featured-content

Showing posts with label F1 News. Show all posts
Showing posts with label F1 News. Show all posts

2010 Milik Red Bull

Pada Isnin lalu Vettel bersama Webber dan ketua pasukan, Cristian Horner dan ketua teknikal, Adrian Neway kembali ke pengkalan Red Bull di Salzburg, Austria dari Abu Dhabi selepas berjaya mendominasi musim 2010 dengan gelaran Juara Pengeluar dan Juara Pemandu. Vettel kini ke Timur Tengah di Litar Yas Marina, Abu Dhabi untuk mewakili Red Bull dalam sesi khas untuk menguji tayar Pirelli sebagai pembekal baru menggantikan Bridgestone selepas 14 tahun berada di arena F1. Sesi khas itu pada Jumaat dan Sabtu. Sesi pertama pada hari jumaat menyaksikan Vettel berjaya melakukan catatan masa terpantas dan Felipe Massa berjaya memintas catatan masa yang dilakukan Vettel pada sesi kedua sementara Vettel ke 2 terpantas. Sesi 3 dan 4 akan bersambung pada hari Sabtu ini. 

Pasukan Red Bull terlebih dahulu meraikan kejayaan kategori pengeluar ketika kedua-dua pemandunya menamatkan kedudukan 1-2 di GP Brazil. Manakala bagi ketegori pemandu yg penuh dramatik kerana kedua-dua pemandu berada dalam situasi perebutan kejuaraan. Pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, buat pertama kalinya Vettel mendahului pungutan mata dan menjadi pemandu F1 termuda menjuarainya. Ketika jentera Red Bull yg dipandu Vettel melintasi garisan penamat, ketua pasukan memberitahu menerusi radio bahawa WDC menjadi miliknya.
Penasihat Red Bull yg juga bekas pemandu pasukan itu, David Coulthard percaya Mark Webber akan dapat mengatasi rasa kecewa beliau musim ini dan akan kembali dengan semangat baru musim depan untuk mencabar kejuaraan dunia. "Tidak selalunya mudah buat kami sepanjang tahun ini, namun ia adalah normal apabila kami bersaing sesama sendiri diperingkat ini," kata Webber pada sidang akhbar. Webber turut mengakui bahawa Vettel berhak mendapat kejuaraan itu.

19 perlumbaan pada musim ini, 15 kedudukan petak pertama (10 kali petak pertama dari Vettel dan 5 kali dari Webber) dengan 9 kemenangan oleh Vettel 5 kali menang dan Webber 4 kali menang dan 4 kali penamat pada kedudukan 1-2 membawa kejuaraan ketegori pengeluar milik Red Bull Racing. Kejuaraan kategori pemandu menjadi milik Sebastian Vettel yg mencatat 10 kali petak pertama dan 5 kali menang sementara Webber dengan 5 kali petak pertama dan 4 kali menang ke 3 keseluruhan kategori pemandu.



Read more...

F1 : Teka Teki Terjawab

Segala ramalan dan teka teki siapa juara dalam saingan F1 musim 2010 sudah terjawab. Tahniah kepada Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Racing setelah memenangi perlumbaan terakhir di Abu Dhabi dan menjadi Juara Dunia termuda yg sebelum ini dipegang oleh Lewis Hamilton. Vettel menangis teresak-esak ketika masih memakai topi keledar selepas tamat perlumbaan apabila  menerima ucapan tahniah oleh pengurusan pasukannya. Vettel merupakan pemandu kelahiran Jerman kedua yg menjuarai gelaran Juara Dunia Pemandu F1 selepas Michael Schumacher.  
Sebastian Vettel sememangnya layak untuk memenangi kejuaraan itu. Jentera RB6 yg dipandunya telah mencatat 10 kali kedudukan grid pertama dan 5 kali kemenangan untuk musim ini. Begitu juga dengan rakan sepasukannya, Mark Webber apabila memandu jentera yg sama dan 5 kali kedudukan drid pertama dan 4 kali kemenangan telah membawa pasukan yg menggunakan enjin Renault ini menjuarai kategori Pengeluar. Pasukan Red Bull Racing yg baru berusia 6 tahun dalam kancah F1 kini merupakan kuasa baru dalam arena sukan lumba itu.

Read more...

GP Abu Dhabi : Juara Milik Vettel

Pemandu Red Bull Racing, Sebastian Vettel muncul Juara Dunia Pemandu F1 termuda selepas menjuarai perlumbaan terakhir di Litar Yas Marina Abu Dhabi. Vettel yg berusia 23 tahun dan 134 hari memanfaat kedudukan grid mula petak pertama dengan memulakan perlumbaan dengan sempurna di depan Hamilton dan terus kekal di hadapan sehingga tamat 55 pusingan.. Hamilton tetap memberi tekanan kepada pemandu Jerman itu tetapi tidak berjaya mengekang kemaraan pemandu muda itu.
Permulaan yg sedikit perlahan pemandu Ferrari, Fernando Alonso apabila sebaik perlumbaan dimulakan Jenson Button  terlebih dahulu melalui selekoh pertama. Button bermula cemerlang pada permulaan perlumbaan dengan memintas Alonso untuk tempat ke 3 di sini. Keadaan mula berubah apabila safety car keluar untuk mengawal litar apabila jentera Mercedes GP yg dipandu Schumacher bergesel dengan jentera Rosberg sehingga berpusing dan dirempuh oleh Liuzzi. Selama 4 pusingan dikawal safety car perlumba dari kelompok pertengahan memasuki pit untuk tukar ke tayar prime lebih awal.

Strategi yg tidak tepat telah memusnahkan harapan Alonso untuk kekal ditempat ke 4. Alonso memasuki pit stop lebih awal kerana terikut rentak Webber yang masuk pit stop lebih awal dan terperangkap dibelakang Vitaly Petrov dengan jentera Renault. Webber turut terperangkap dan kekal di belakang Alonso. Alonso menamatkan perlumbaan di kedudukan ke 7 dan muncul naib juara dunia. Mark Webber di tempat ketiga keseluruhan selepas sekadar menamatkan perlumbaan semalam di tempat ke 8.


Read more...

F1 : Keputusan Kelayakan - Abu Dhabi

Sebastian Vettel akan memulakan Grand Prix Abu Dhabi  dari kedudukan pole position yg ke 10 pada musim ini dengan catatan masa 1minit 39.394 saat. Lewis Hamilton kedua terpantas  manakala Fernando Alonso di tempat ketiga dan berada pada kedudukan yg selesa untuk merangkul gelaran WDC jika Alonso dapat mempertahan kedudukan pada hari Ahad ia akan menjadi Juara Dunia untuk ketiga kalinya. Alonso dalam kenyataannya berkata dia tidak akan terlalu kecewa sekiranya gagal menjadi juara dunia musim ini. "Sudah pasti saya sedia jika tewas pada perlumbaan terakhir tetapi saya tidak akan terlalu kecewa kerana ini merupakan musim yang amat positif buat saya," kata Alonso.

Namun, Mark Webber kurang menyerlah pada sesi kelayakan kali ini apabila berada dibelakang semua seterunya. Manakala Jenson Button menjadi pengacau dengan kedudukan ke 4 terpantas. Seorang lagi pemandu Ferrari, Felipe Massa ke 6 di belakang Webber. Barrichello, Schumacher, Rosberg dan Petrov melengkapkan senarai 10 pelumba yg bakal memulakan perlumbaan di 10 petak paling depan di grid.

Raceday: Ahad 9:00 malam waktu Malaysia.

Read more...

Alonso, Webber, Vettel atau Hamilton?

Fernando Alonso, Mark Webber, Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton adalah 4 pelumba yg masih dalam perebutan untuk memenangi 2010 F1 Drivers Championship di perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi. Alonso dengan 246 mata menjadi pilihan untuk memenangi gelaran tahun ini apabila 8 mata mengatasi Webber dan Vettel 7 mata di belakang rakan sepasukan sementara Hamilton 24 mata di belakang Alonso. Juara Dunia musim lalu, Jenson Button sudah terkeluar dalam perebutan ini apabila  sekadar menamatkan tempat ke 5 di litar Interlagos, Brazil. "I won the Drivers World Championship in Brazil last year, and I lost it here this year," kata Button. 

Tahun 2009, jentera RB5 sangat pantas dan  mendominasi Litar Yas Marina di Abu Dhabi dengan Vettel muncul Juara dan Webber ke-2 dan tahun ini RB6 masih mengekalkan prestasi yg sama. Kini Webber dan Vettel  kembali ke litar yg sama dengan harapan mampu muncul Juara kategori pelumba musim ini. Ada kemungkinan bahawa keputusan Grand Prix Brazil akan berulang dan jika keputusan di Abu Dhabi masih sama seperti di Brazil, kedua-dua pemandu Red Bull akan berkongsi 256 mata tetapi Alonso akan menjuarai WDC dengan 261 mata. Jika Alonso menamatkan perlumbaan di tempat pertama atau kedua dia akan memenangi kejuaraan itu tidak kira dimana Webber, Vettel dan Hamilton menamatkan perlumbaan. 

Bagi Alonso, mengatasi pemandu Red Bulls di sesi kelayakan adalah tujuan utamanya pada hari Sabtu  ini  dan memberinya kelebihan pada hari perlumbaan. Lewis Hamilton mengetahui akan harapan untuk bergelar juara sangat tipis menjelang ke perlumba akhir tetapi dia akan terus mencuba sehingga pusingan terakhir.

Lewis Hamilton (McLaren)

Kemenangan 2010:
Turki, Kanada, Belgium

Musim lalu di Abu Dhabi: Tidak Menamatkan Perlumbaan

Mata: 222



Sebastian Vettel (Red Bull)

Kemenangan 2010: Malaysia, Eropah, Jepun, Brazil

Musim lalu di Abu Dhabi: Juara

Mata: 231




Mark Webber (Red Bull)
Kemenangan 2010: Sepanyol, Monaco, Britain, Hungary

Musim lalu di Abu Dhabi: Kedua

Mata: 238




Fernando Alonso (Ferrari)

Kemenangan 2010: Bahrain, Jerman, Itali, Singapura, Korea Selatan

Musim lalu di Abu Dhabi: 14

Mata: 246


"I need second place if Mark wins to be Champion, a fifth if Seb wins so we see what happens"


Read more...

GP Brazil : Vettel Hampiri Juara

Kedudukan 1-2 pasukan Red Bull kali ke-4 membawa kepada kejuaraan kategori pengeluar yg pertama dalam sejarah pasukan. Red Bull yg berusia 6 tahun mula menunjukkan sebagai kuasa baru dalam F1 pada tahun 2009 apabila menjadi pencabar utama pasukan Brawn GP (kini Mercedes GP) yg menjuarai kategori yg sama. Jentera RB6 yg diihasilkan oleh Adrian Newey merupakan jentera F1 terbaik musim ini dengan penguasaan atas setiap litar lumba dan merupakan pasukan paling pantas di sepanjang perlumbaan tahun ini, namun menghadapi pelbagai cabaran akibat kesilapan pelumba serta masalah mekanikal.

GP Brazil di litar Interlagos dimenangi oleh Sebastian Vettel diikuti rakan sepasukan Mark Webber. Vettel kini menduduki tempat ketiga keseluruhan kategori pemandu dengan 231 dan Webber kedua dengan 238 mata. Juara Dunia berganda Fernando Alonso sentiasa mengekori rapat kedua-dua pemandu pasukan Red Bull dengan penamat tempat ke 3. Alonso kini mengumpul 246 mata sebagai pendahulu kategori pemandu.

Pelumba Williams Nico Hulkenberg gagal memanfaat kedudukan petak pertama apabila seawal selekoh pertama Vettel telah berjaya memintas dan Vettel terus kekal menguasai litar sepanjang 71 pusingan dengan catatan 1 jam 33 minit dan 11.803 saat. Webber yg ketinggalan di belakang Vettel juga memberi cabaran dengan hanya dipisahkan tidak sampai 3 saat di belakang. Alonso yg banyak kehilangan masa ketika cubaan untuk memintas Hamilton dan Hulkenberg untuk berada di kedudukan ke 3. 

 "I think we lost too much ground in first laps of the race, trying to overtake Hamilton and then Hulkenberg" -Alonso-

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlumbaan. Namun ketika berbaki 6 pusingan, Alonso memberi sedikit tekanan kepada Webber dengan mengejarnya. Walaupun gagal untuk terus mencabar Webber, Alonso tetap menamatkan perlumbaan di atas podium kali kelima berturut-turut sejak  menjuarai GP Itali. Kejuaraan Dunia F1 akan ditentukan pada perlumbaan seterusnya di litar terakhir iaitu Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada November ini. Nantikan ramalan kejuaraan dari saya. -iRfan Johan-

Read more...

F1 : Siapa Bakal Juara?


Dengan berbaki dua perlumbaan dalam kalendar F1 musim 2010 ini, hanya 50 mata maksimum yg menjadi rebutan 4 pemandu ini. Selepas perlumbaan GP Korea, peluang Jenson Button untuk mempertahankan gelaran Juara Dunia F1 menjadi suatu misi mustahil kerana ketinggalan 42 mata dibelakang pendahulu keseluruhan kategori pemandu iaitu Fernando Alonso 231 mata.

"Dengan baki dua perlumbaan dan hakikat berapa jauh saya ketinggalan dari segi pungutan mata ketika ini ia pasti sukar dari mana saya berada ketika ini," kata Button. Button bermula musim ini dengan harapan untuk muncul pemandu pertama memenangi gelaran secara berturut-turut dengan pasukan berbeza.

Pusingan ke18 bakal berlangsung di Litar Interlagos Brazil. Perhatian kini lebih terarah kepada pemandu Red Bull Racing iaitu Mark Webber. Webber pastinya mahu mengulangi pencapaian musim 2009 apabila muncul Juara dilitar ini.

Apa Kata Mereka:

5. Jenson Button (189)
"Naturally, I’ve got great memories of this track because it was here that I secured my two titles, in 2005 and 2006. Every time I go to Sao Paolo it’s a special feeling and the atmosphere is really great. I don’t want to think about the chances of history repeating itself for a third time: I know it is theoretically possible, but that does not count for me. We want to tackle this Grand Prix in the same way as all the others, concentrating on ourselves with our feet on the ground, trying to do a good job, without making mistakes and with the aim of beating our rivals. I have said it before and I say it again: we will do the maths in Abu Dhabi."

Read more...

GP Korean : Alonso Kini Selesa

GP Korea di litar Yeongam merupakan kemenangan ke-5 pemandu pasukan Ferrari ini. Fernando Alonso meneruskan kemaraan dan memburu kejuaraan dunia ke 3 nya dengan mengutip mata penuh 25 mata seterusnya mengatasi pendahulu sebelum ini Mark Webber dengan 11 mata.

Kegagalan dua pemandu Red Bull itu, membuka ruang dan peluang Alonso untuk mencipta kejuaraan dunia bersama pasukan Ferrari. Webber gagal mengawal jenteranya sehingga melanggar jentera Mercedes GP yg dipandu Rosberg. Manakala, Vettel mengalami masalah kerosakan enjin. Alonso yg berada di belakang Vettel terus kekal di tempat pertama sehingga tamat perlumbaan. Di ikuti oleh pemandu pasukan McLaren Hamilton di tempat ke 2 dan Massa pelengkap podium untuk Ferrari.

"Hebat... hebat. Anda dan seluruh pasukan berhak meraih kemenangan ini. Syabas!" laung bos pasukan Ferrari, Stefano Domenicali di radio.

Alonso, kini dengan tiga kemenangan dalam empat perlumbaan dan 26 kemenangan dalam kerjayanya, menjerit kegembiraan selepas mengambil bendera berpetak tiga jam selepas perlumbaan sepatutnya dijadualkan bermula.
"Ini adalah perlumbaan terbaik buat pasukan tahun ini," katanya.
"Tetapi tiada apa yang berubah sebenarnya. Kami mengetahui sistem kiraan mata. Apa-apa mungkin berlaku."

Read more...

GP Japan : Vettel Kembali Mencabar

Sebastian Vettel dari pasukan Red Bull Racing kini kembali mencabar kejuaraan apabila berjaya memenangi GP Japan di litar Suzuka. Kemenangan itu sudah dapat diramal hampir semua penganalisa sukan F1 dengan penguasaan Vettel pada sesi latihan dan kelayakan. Ini merupakan kemenangan berturut-turut Vettel di litar itu dengan menjuarai GP Japan 2009-2010. Seorang lagi pemandu Red Bull juga tidak kurang hebatnya dengan berada di kedudukan ke-2 dan tempat ke-3 milik pemandu utama Ferrari, Fernando Alonso. Ini merupakan kali ketiga Red Bull menamatkan saingan di kedudukan 1-2 musim ini.























Mark Webber masih kekal sebagai pendahulu kejuaraan dengan 220 mata sementara Alonso dan Vettel berkongsi mata dengan 206. Pemandu pasukan McLaren pula terus ketinggalan dengan memungut 192 mata untuk berada ditempat ke-4 manakala Button ditempat ke-5 dengan 189.

Kedudukan Kategori Pemandu

Read more...

GP Singapore : Alonso Layak Menang

Pemandu Ferrari yang juga Juara Dunia F1 dua kali Fernando Alonso sekali membuktikan bahawa dia memang sukar digugat pada perlumbaan waktu malam dengan kemenangan ke-4 pada musim ini. GP Singapore yg baru memasuki edisi ke-3 dalam kalendar F1 juga memberi makna tersendiri bagi Alonso dengan 3 kali penyudah podium bermula tahun 2008 selaku juara dan 2009 tempat ke-3.

Alonso berjaya mengekalkan kelebihan kedudukan petak pertama sebaik perlumbaan dimulakan dan diekori rapat oleh Vettel. Cabaran sengit dari pemandu Red Bull itu tidak menggugat kemaraan Alonso untuk memburu kejuaraan dunia ke-3. Dengan kemenangan itu, Alonso kini hanya ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu ketika ini, Mark Webber. "Kemenangan ini cukup bermakna. Kami berjaya membuktikan bahawa jentera kami mampu mempamerkan prestasi terbaik dan mampu memberi saingan di litar mana sekali pun," kata Alonso.

Vettel
dan
Alonso
dipisahkan 0.293 saat

Malang buat pemandu McLaren Lewis Hamilton apabila jenteranya dilanggar dari belakang oleh Webber di selekoh 7 pada pertengahan perlumbaan yang menyebabkan Hamilton terkeluar daripada perlumbaan. Manakala Webber pula menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 dengan 15 mata dan masih kekal mendahului senarai keseluruhan kategori pemandu dengan mengumpul 202 mata.


Read more...

Best Night Moves

Fernando Alonso merupakan pemenang pertama perlumbaan waktu malam di GP Singapore. Litar itu merupakan perlumbaan waktu malam pertama, litar jalanan pertama dalam asia dan trek melawan arah jam. Walaupun kemenangan itu telah dirancang oleh ketua pasukan Renault, Flavio Briatore dengan kemalangan yang disengajakan itu telah membantu rakan sepasukan Nelson Piquet Jr ketika itu, Fernando Alonso muncul juara GP Singapura 2008.

 

Skandal Crashgate 
GP Singapore
Penguasaan Alonso di Litar Marina Bay, Singapore mungkin kerana latihan yg dilakukan oleh Juara Dunia F1 dua kali itu dengan berbasikal disepanjang litar itu. Litar itu telah menjalani beberapa proses baikpulih terutama di laluan yang bumpy. Turapan semula permukaan jalan dilakukan di selekoh 3, 7, 14 dan 19 termasuk selekoh 10 yang dikenali sebagai Singapore Sling dan semua bahagian kerbs juga telah diubahsuai bagi memastikan pelumba tiada masalah semasa melalui setiap selekoh. Laluan di pitlane juga telah direndahkan sebanyak 1 sentimeter supaya pelumba dapat memasuki semula litar dengan lancar.


Read more...

GP Itali : Kemenangan Alonso buat Ferrari

Kemenangan Alonso di Litar Monza GP Itali ini merupakan yang pertama selepas Michael Schumacher melakarkan kejayaan serupa pada 2006. Kemenangan ke-3 Alonso ini menyaksikan perebutan kejuaraan F1 musim ini kembali terbuka kepada 5 pemandu yg mengumpul mata tidak kurang dari 25 mata beza dengan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan baki 5 perlumbaan.

Kejayaan Alonso itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh penyokong-penyokong setia Ferrari yang menunggu selama tiga tahun bagi menyaksikan pasukan yang berpangkalan di Itali itu bergelar juara di tempat sendiri. "Ini satu minggu yang menakjubkan,” kata Alonso. “Ia satu saat penuh emosi bagi saya kerana ini antara kemenangan paling hebat pernah saya kecapi. Ia sama dengan saat saya memenangi Grand Prix Sepanyol 2006. Ferrari kini harus mencari rentak konsisten berbaki lima perlumbaan terakhir," jelas Alonso yang memulakan perlumbaan kali di petak hadapan.


Kemenangan Alonso bukan sesuatu yg mudah sekalipun bermula di petak utama apabila diasak hebat oleh Button dari McLaren pada permulaan perlumbaan di selekoh pertama yang menyaksikan Button berjaya memintas Alonso. 36 pusingan dari 53 pusingan didahului oleh Button sebelum Alonso berjaya memintas Button apabila beliau keluar dari pit stop 1 pusingan selepas Button melakukan pit stop. Di belakang mereka Massa terus mengekalkan momentum untuk tempat ke-3 sebagai pelengkap podium buat pasukan Ferrari.

Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP