Lotus vs Lotus
Dua pasukan berbeza tetapi menggunakan satu nama iaitu 'Lotus'. Kedua-duanya ingin mengenakan warna klasik hitam dan emas pada jentera mereka yang kali terakhir digunakan ketika Renault dan Lotus bergabung pada 1980.
Pasukan Renault juga telah mendedahkan foto lakaran jentera F1 R30 dengan warna klasik Lotus. Pasukan itu juga akan dinamakan semula sebagai ‘Lotus-Renault GP’ tidak lama lagi. Group Lotus merupakan anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd yg memiliki kepentingan ekuiti utama dalam Genii (Genii Capital) dan muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar. Genii berpangkalan di Luxembourg merupakan pemegang saham 75 peratus daripada pasukan Renault F1. Bagaimanapun, anak syarikat Proton yang berpangkalan di Hethel, Norfolk, United Kingdom itu tidak menyatakan nilai pembelian serta jumlah ekuiti yang dibelinya. Pembetukan pasukan Lotus-Renault GP mendapat sokongan dari penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.
Datuk Tony Fernandes telah membeli lesen untuk menggunakan nama 'Lotus' dari Proton, pemilik Group Lotus pada tahun 2009. Pasukan kendaliannya itu dikenali sebagai Lotus Racing dan dianggap sebagai kesinambungan Pasukan Lotus klasik dan mencatat rekod penyertaan 500 Grand Prix di Valencia tahun ini. Bagaimanapun Group Lotus telah menarik balik hak penggunaan nama Lotus oleh pasukan Lotus Racing. Namun Tony kembali mendapatkan hak untuk menggunakan nama Lotus dari David Hunt pemilik nama Team Lotus pada bulan September lalu. Hunt telah memiliki nama Team Lotus pada akhir tahun 1994. Baca entri Team Lotus untuk lebih lanjut.
Group Lotus memutuskan mengadakan pakatan dengan Renault kerana kerjasamanya dengan 1Malaysia Racing Team (1MRT) gagal menghasilkan keputusan diingini. Katanya, walaupun 1MRT adalah pasukan baru yang paling menyerlah, kadar peratusan pendedahan pasukan itu dalam dunia sukan F1 amat sedikit, iaitu berada di tangga ke-10 dengan catatan peratusan 1.2 peratus berbanding Renault F1 Team yang meraih kadar pendedahan 12.9 peratus dan berada di tangga keempat daripada 12 pasukan bertanding.
Kesimpulannya, bagi pendapat saya kedua-dua pasukan perlu bergabung seperti pasukan Red Bull Racing dan Toro Rosso. Persamaan mereka ialah menggunakan enjin Renault dan nama Lotus, yg membezakan adalah pencapai pasukan. Antara Team Lotus dan Lotus-Renault GP, mana pilihan anda?
Read more...