Modifikasi Waja Replacement 2010
Konsep ubahsuai yg menggabungkan antara Proton dan Mitsubishi sejak dari keluaran model pertama Proton iaitu Saga tidak pernah pupus. Model yg sering mendapat perhatian orang muda untuk melakukan ubahsuai ialah kerangka sebuah Proton Wira dipadankan dengan Mitsubishi Evolution. Trend ini membuatkan fenomena pengubahsuaian kereta tidak pernah berhenti.
Wira standard (gambar kecil) telah melalui proses penyamaran menyerupai sebuah Lancer Evolution III
Begitu juga dengan Proton Waja tidak terlepas dari trend penyamaran kepada sebuah model jenama lain. Pada hari pertama pelancaran model Waja, kebanyakan pencinta dunia modifikasi membayangkan Waja menyerupai Lancer Evolution VII.
Proton Waja, Waja R3, Waja CPS
Waja dalam proses tranformasi
Waja masih dalam pembikinan (gambar atas), belakang Waja mirip Lancer Evolution IX
Kegilaan modifikasi Waja tidak setakat itu sahaja, malah ada yg lebih extreme dengan merubah hampir keseluruhan rupa menjadi Lancer Evolution X.
Kereta Polis dan Waja Convert EVO X hampir sama
EVO VIII bertukar menjadi EVO X
3hb. September 2010 penantian rakyat Malaysia terhadap model pengganti Waja yang ditunggu-tunggu selama ini telah terjawab. Artikel lepas Keluaran Terbaru PROTON telah menjawab persoalan ini. Waja baru hanyalah sebuah model rebadge dan Waja baru ini juga akan mengalami nasib yg sama seperti model sebelumnya. Percaya atau tidak? Lihat bukti ini.
Apa kesannya dari model baru Waja ini?
0 comments:
Post a Comment