featured-content

Showing posts with label Inside F1. Show all posts
Showing posts with label Inside F1. Show all posts

Lotus vs Lotus

Dua pasukan berbeza tetapi menggunakan satu nama iaitu 'Lotus'. Kedua-duanya ingin mengenakan warna klasik hitam dan emas pada jentera mereka yang kali terakhir digunakan ketika Renault dan Lotus bergabung pada 1980. 
Pasukan Renault juga telah mendedahkan foto lakaran jentera F1 R30 dengan warna klasik Lotus. Pasukan itu juga akan dinamakan semula sebagai ‘Lotus-Renault GP’ tidak lama lagi. Group Lotus merupakan anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd yg memiliki kepentingan ekuiti utama dalam Genii (Genii Capital) dan muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar. Genii berpangkalan di Luxembourg merupakan pemegang saham 75 peratus daripada pasukan Renault F1. Bagaimanapun, anak syarikat Proton yang berpangkalan di Hethel, Norfolk, United Kingdom itu tidak menyatakan nilai pembelian serta jumlah ekuiti yang dibelinya. Pembetukan pasukan Lotus-Renault GP  mendapat sokongan dari penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Tony Fernandes telah membeli lesen untuk menggunakan nama 'Lotus' dari Proton, pemilik Group Lotus pada tahun 2009. Pasukan kendaliannya itu dikenali sebagai Lotus Racing dan dianggap sebagai kesinambungan Pasukan Lotus klasik dan mencatat rekod penyertaan 500 Grand Prix di Valencia tahun ini. Bagaimanapun Group Lotus telah menarik balik hak penggunaan nama Lotus oleh pasukan Lotus Racing. Namun Tony kembali mendapatkan hak untuk menggunakan nama Lotus dari David Hunt pemilik nama Team Lotus pada bulan September lalu. Hunt telah memiliki nama Team Lotus pada akhir tahun 1994. Baca entri Team Lotus untuk lebih lanjut.

Group Lotus memutuskan mengadakan pakatan dengan Renault kerana kerjasamanya dengan 1Malaysia Racing Team (1MRT) gagal menghasilkan keputusan diingini. Katanya, walaupun 1MRT adalah pasukan baru yang paling menyerlah, kadar peratusan pendedahan pasukan itu dalam dunia sukan F1 amat sedikit, iaitu berada di tangga ke-10 dengan catatan peratusan 1.2 peratus berbanding Renault F1 Team yang meraih kadar pendedahan 12.9 peratus dan berada di tangga keempat daripada 12 pasukan bertanding.

Kesimpulannya, bagi pendapat saya kedua-dua pasukan perlu bergabung seperti pasukan Red Bull Racing dan Toro Rosso. Persamaan mereka ialah menggunakan enjin Renault dan nama Lotus, yg membezakan adalah pencapai pasukan. Antara Team Lotus dan Lotus-Renault GP, mana pilihan anda?

Read more...

Team Lotus


Tiada lagi nama Lotus Racing pada saingan F1 musim 2011. Pasukan yg mendapat kebenaran untuk terlibat dalam perlumbaan F1 pada lewat tahun 2009 itu akan dikenali dengan nama TEAM LOTUS. Tony Fernandes membeli hakcipta nama Team Lotus dari pemegang sebelumnya David Hunt bagi membolehkan pasukan itu terus menggunakan nama Lotus pada saingan musim 2011. Penukaran nama ini disebabkan GROUP LOTUS menerusi pemiliknya Proton menarik semula lesen yang membenarkan pasukan itu dari terus menggunakan nama Lotus musim depan. Keputusan siapa yang berhak ke atas nama TEAM LOTUS kini bakal ditentukan oleh mahkamah di Britain.

Kontrak Lotus bersama pembekal enjin Cosworth tamat 2 tahun lebih awal. Dan Renault akan membekalkan enjin kepada pasukan Team Lotus bermula musim 2011 dalam satu kenyataan yg dibuat oleh President Renault Sport, Bernard Rey. Pasukan kendalian Tony Fernandes juga telah mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan gearbox dan sistem hydraulic dari Red Bull Technology. Masalah yg sering dihadapi pemandu dengan jentera T127 seperti Hydraulic dan Gearbox dapat diatasi dengan Gearbox dan sistem Hydraulic spesifikasi tahun 2009 dari Red Bull Technology.

Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli kekal sebagai pemandu utama mereka untuk musim 2011. Manakala Fairuz Fauzy juga kekal dengan peranan sebagai pemandu ujian.

Read more...

Lotus Racing : Tiada Apa Yang Mustahil

Jentera T127 milik pasukan Lotus Racing yang menggunakan enjin Cosworth muncul juara di kalangan tiga pasukan baru yg bersaing pada musim ini. Lotus Racing berjaya menduduki tempat ke-10 dari 12 pasukan menewaskan Virgin Racing dan Hispania Racing yg juga menggunakan enjin Coswort. Pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson tewas dalam pertaruhan dengan CEO Air Asia Group, Datuk Seri Tony Fernandes untuk pasukan F1 masing-masing. Kedua-dua tycoon itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Mengikut perjanjian hartawan dari Brittain itu akan ‘ditugaskan’ untuk memakai pakaian pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu dan menjadi pramugari bagi penerbangan jarak jauh dalam salah satu penerbangan AirAsia X antara Kuala Lumpur – London atau London – Kuala Lumpur. Tiada Apa Yang Mustahil.

Tahniah pasukan yang mewakili Malaysia, Lotus Racing atas kejayaan tempat ke-10 untuk musim pertama!

Ikutilah perkembangan pasukan Lotus Racing dan persedian pasukan pada perlumbaan musim hadapan bersama Jiwa Kelajuan. -iRfan Johan-

Read more...

Best Night Moves

Fernando Alonso merupakan pemenang pertama perlumbaan waktu malam di GP Singapore. Litar itu merupakan perlumbaan waktu malam pertama, litar jalanan pertama dalam asia dan trek melawan arah jam. Walaupun kemenangan itu telah dirancang oleh ketua pasukan Renault, Flavio Briatore dengan kemalangan yang disengajakan itu telah membantu rakan sepasukan Nelson Piquet Jr ketika itu, Fernando Alonso muncul juara GP Singapura 2008.

 

Skandal Crashgate 
GP Singapore
Penguasaan Alonso di Litar Marina Bay, Singapore mungkin kerana latihan yg dilakukan oleh Juara Dunia F1 dua kali itu dengan berbasikal disepanjang litar itu. Litar itu telah menjalani beberapa proses baikpulih terutama di laluan yang bumpy. Turapan semula permukaan jalan dilakukan di selekoh 3, 7, 14 dan 19 termasuk selekoh 10 yang dikenali sebagai Singapore Sling dan semua bahagian kerbs juga telah diubahsuai bagi memastikan pelumba tiada masalah semasa melalui setiap selekoh. Laluan di pitlane juga telah direndahkan sebanyak 1 sentimeter supaya pelumba dapat memasuki semula litar dengan lancar.


Read more...

F1 : Bersama Alex Yoong


Lotus Racing
Pasukan ini bermula dari bawah dan hanya ditubuhkan enam bulan sebelum musim F1 2010 bermula. Mereka juga dilihat berada pada landasan yg betul khususnya dari segi peningkatan jentera. Saya yakin mereka bakal menjadi pencabar kepada pasukan gergasi tahun depan.

Pemerhatian serta pandangan Alex Yoong terhadap pasukan Lotus Racing yg bersaing dalam F1 musim ini.










Alex Yoong adalah bekas pelumba F1 dan A1 Malaysia dan juga merupakan penganalisis sukan permotoran serta pengulas F1 di Star Sports. Juga sebagai Ketua Pembangunan Pemandu bagi 1Malaysia Formula 1 Team (1MF1T).

Read more...

Kontroversi Lewis Hamilton & McLaren


Perlumbaan hujung minggu ini akan berlangsung di litar Silverstone. Ia merupakan pusingan ke-10 dalam kalendar F1 2010. Tumpuan sudah pasti kepada pemandu Britain iaitu Jenson Button dan Lewis Hamilton. Dan yg lebih menarik, mereka memandu jentera dari pasukan British iaitu McLaren. "Apabila dua pemandu Britain memandu jentera yang terbaik di hadapan penyokong sendiri, kita pasti akan dapat saksikan saingan yang cukup hebat," kata Damon Hill yang muncul juara dunia F1 1996. Jentera MP4-25 bakal mengunakan blown diffuser di litar ini. Hamilton dan Button kini menduduki dua tangga teratas keseluruhan selepas masing-masing menjuarai dua perlumbaan musim ini.

Sejak bintang muda ini menyertai perlumbaan F1 pada tahun 2007 begitu banyak kontroversi yg melanda sukan F1. Yg menjadi tumpuan perselisihan antara Hamilton dan Alonso. Perselisihan ini juga dikaitkan dengan ketua pasukan McLaren ketika itu, Ron Dennis. Alonso memberitahu ketika bersama McLaren, pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai meskipun dia turut menyumbang ke arah kebangkitan pasukan. Hamilton juga mendakwa dia merupakan individu yg bertanggungjawab atas kebangkitan pasukannya. "Ron Dennis juga sudah bosan dengan perbalahan antara kedua-dua pemandunya," jelas sumber dari akhbar The Times.

Namun, layanan yg diterima Alonso di McLaren menjadi persoalan. Ia diakui oleh bekas pelumba F1, David Coulthard. Coulthard menyuarakan rasa simpatinya terhadap Alonso. "Ketika saya bersama McLaren, mereka lebih memberi tumpuan kepada Hakkinen. Apabila mereka meraikan kejayaannya, ia cukup memedihkan hati saya. Mungkin itu jugalah yg dirasai Alonso," kata Coulthard. Pasukan McLaren juga terperangkap dalam skandal pengintipan maklumat Ferrari dan dikenakan denda USD100 juta dan digugurkan dari kategori pengeluar. Ron Dennis mendakwa Alonso cuba memerangkapnya dalam skandal itu dan pasukan McLaren mula mengalih perhatian kepada Hamilton.

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pernah menyiasat pemanduan Hamilton sehingga menyebabkan kemalangan antara pemandu Red Bull, Mark Webber dengan Sebastian Vettel dari pasukan Toro Rosso ketika itu di Litar Fuji 2007. Webber ternyata berang dengan kemalangan itu. "Saya rasa Hamilton melakukan kerja kotor di belakang kereta keselamatan," kata Webber. Vettel turut mengkritik Hamilton yg sengaja mengalih tumpuan pemandu lain apabila memandu perlahan di sebelah kanan litar. "Saya sangka dia mengalami masalah dan terpaksa menarik diri kerana kelihatan amat perlahan."

Hamilton diberi amaran oleh FIA untuk menjaga kelakuannya di podium sekiranya muncul juara dunia termuda F1. FIA memberi beberapa contoh kelakuan yg tidak disenangi di podium dan bimbang dengan tindakan Hamilton yg akan menunjukkan perangai tidak sopan jika menjadi juara dunia. Harapan menjadi rookie pertama muncul juara gagal apabila ditewaskan oleh Kimi Raikkonen. "Strategi mereka (McLaren) lebih kepada menyekat saya dan bukan Kimi. Saya tiada kuasa untuk membuat keputusan dan perlu berlumba seperti yg diarahkan oleh mereka," kata Alonso.


"McLaren kelihatan seperti sebuah pasukan yg mampu bergelar juara tetapi sebenarnya mereka tidak layak dan tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan dalam tempoh beberapa tahun ini," pendedahan Alonso yg meninggalkan pasukan McLaren untuk bersama Renault. Dakwaan itu ternyata benar dengan rekod kategori pengeluar sepanjang tahun
1999-2009, McLaren gagal menjuarai kategori pengeluar. Hanya ketegori pemandu sahaja yg menjadi juara iaitu Hakkinen (98/99) dan Hamilton (08). Jenson Button menyelar kemenangan Hamilton dengan menyifatkan jika dia memandu untuk pasukan McLaren, sudah pasti dia juga mampu muncul juara dunia F1.


Yg terbaru membabitkan Hamilton di GP Eropah. Boleh membacanya di sini. Alonso telah mengkritik pemandu Britain itu kerana memotong kereta keselamatan tanpa kebenaran. Ferrari pula menuduh ia satu perlumbaan yang tidak sah dan telah dimanipulasikan. "Kami saling menghantar mesej pada hari itu, semuanya telah selesai. Saya hantar mesej untuk bertanya khabar kepadanya dan dia kata semuanya dalam keadaan baik," jelas Hamilton. Musim 2010 masih panjang dan mungkin beberapa kontroversi lagi akan dicipta pemandu McLaren ini, Lewis Hamilton.


Read more...

'Dia Kimi Raikkonen'


Nama: Kimi Matias Raikkonen
Kewarganegaraan: Finland
Tarikh Lahir: October 17, 1979 - Esboo

Bekas pemandu F1 dan juga merupakan Juara Dunia edisi 2007 ini sering dianggap 'playboy' kerana mampu mencairkan hati mana-mana peminat wanita yg memandangnya. Bagaimanapun, Kimi tidak mempedulikan tanggapan negatif yg dilemparkan kepadanya. "Sebagai seorang pemandu F1 yg dikenali di serata dunia, itulah harga yg harus saya bayar," katanya. Pertembungan 3 penjuru Hamilton, Alonso dan Raikkonen pada perlumbaan terakhir di litar Interlagos, Brazil menyaksikan dia meraih kejuaraan dunia pertama dalam kariernya pada tahun 2007 selepas memenangi perlumbaan dengan kelebihan satu mata (110). Kemenangan itu nyata melenyapkan impian Hamilton untuk menjadi rookie pertama dan juga impian Alonso untuk mempertahankan kejuaraan. Kelebihan satu mata itu sudah cukup menceritakan betapa sengitnya perebutan kejuaraan dunia pada 2007.


"Ferrari ibarat keluarga yg hebat buat saya dan saya berbangga dapat menghadiahkan gelaran juara kepada mereka," kata Kimi. Kejayaan Kimi merangkul kejuaraan dunia merupakan keputusan paling sensasi dalam musim yg paling dramatik dalam sejarah F1 kerana dia bukanlah pilihan untuk muncul juara dunia. Kimi menjadi pemandu Finland ketiga yg berjaya merangkul gelaran Juara Dunia F1, selain Keke Rosberg (1982) dan Mika Hakkinen (1998/99). Kimi sebelum ini beberapa kali mencuri tumpuan untuk memenangi gelaran itu namum sekadar naib juara pada 2003 dan 2005. Pada 2003 dia bersaing sengit dengan Schumacher, hanya dipisahkan dua mata. Pada 2005, Kimi sekali lagi menguasai petak depan sebanyak 5 kali dan 5 kali menang, namum sekadar muncul naib juara.


Kimi tampil pertama kali bersama pasukan Sauber pada 2001 sebelum berhijrah ke pasukan McLaren pada 2002 dan bakatnya dalam perlumbaan F1 mula terserlah dengan berjaya meraih 3 kali pelengkap podium dan sekali tempat ke-2. Pada tahun 2006 jentera Mclaren gagal untuk memenangi perlumbaan dan setelah 5 tahun bersama McLaren, Kimi berhijrah ke pasukan Ferrari. Kimi menggantikan tempat yg ditinggalkan oleh Schumacher pada 2007. Kimi mendapat pujian dari Schumacher ketika itu yg bertindak sebagai penasihat teknikal Ferrari. "Ia memang penyudah yg cukup menarik dan hebat," dalam satu kenyataan di dalam laman web www.michael-schumacher.de selepas Kimi dan Massa mengungguli 1-2 buat pasukan Ferrari.

Pada tahun 2008, Kimi bermula cemerlang namun gagal mempertahankan kejuaraan dan membantu rakan sepasukannya Massa dalam perebutan juara dengan Hamilton. Tahun 2009 pula, sekali lagi jentera Ferrari kurang bersaing dengan pencabar-pencabar utama lain. Selepas gagal mendapatkan khidmat dengan mana-mana pasukan dalam F1, Kimi mengumumkan untuk meninggalkan dunia F1. Kimi meneruskan kariernya dalam sukan lumba dengan menyertai rally.


Perkembangan terkini pemilik pasukan Renault, Gerard Lopez dikhabarkan akan cuba mendapatkan khidmat Kimi Raikkonen untuk musim 2011 bagi menggantikan Petrov yang setakat ini masih lagi tidak menunjukkan prestasi memberangsangkan. Kimi Raikkonen telahpun menegaskan sebelum ini bahawa dia tidak akan kembali ke kancah sukan F1 jika tidak diberikan jentera yang mampu mencabar kejuaraan dunia.

Read more...

Idea-Idea Baru Dalam F1


Setiap musim perlumbaan F1 akan memperlihatkan pelbagai peraturan baru diadakan bagi terus mendapat sambutan dan yg utamanya menjadikan perlumbaan lebih banyak aksi yg menarik. Salah satu perubahan musim 2010 ialah tiada lagi pengisian minyak di hentian pit sepanjang perlumbaan kali ini. Semua pasukan akan memperbesarkan ruang tangki minyak dan membuat rekaan yg sesuai bagi mengelak jentera F1 terlalu berat semasa berada atas litar. Antara idea-idea baru yg menjadi kenyataan ialah penglibatan lebih banyak litar baru & perlumbaan pada waktu malam. FIA bertanggungjawab dalam menentukan peratutan baru dalam sukan F1.

Penglibatan pelumba wanita sukan F1 tidak lagi mustahil apabila FIA menubuhkan Women & Motor Sport Commision bagi menggalakkan lagi penyertaan kaum wanita di dalam kancah perlumbaan permotoran. Bekas ketua pasukan Renault, Flavio Briatore berkata "Perlumbaan terlalu lama dan mudah diramal". Briatore mencadangkan salah satu cara untuk menjadikan perlumbaan ini lebih menarik ialah dengan meletakkan pemandu terpantas di petak terakhir. Dengan cara ini kehebatan pemandu menjadi taruhan dalam aksi pintas memintas.

Selain itu, Presiden Ferrari Luca di Montezemolo mahu semua pasukan dalam F1 meletakkan jentera lumba ke-3 dalam perlumbaan. Ferrari juga akan menarik diri daripada perlumbaan F1 sekiranya sukan itu tidak menampakkan sebarang perubahan positif. "Kalau dahulu dalam kawasan pit ada ramai gadis-gadis cantik, sekarang ia kelihatan seperti satu kem tahanan. Kita perlu mengubahnya," kata di Montezemolo.

Pemilik F1 iaitu Bernie Ecclestone juga bertanggungjawab dalam setiap perubahan yg berlaku. Antara negara yg baru bakal menganjurkan perlumbaan ialah di Poland & India. Apa cadangan semua blogger untuk lihat F1 lebih menarik? Tinggalkan komen.







Read more...

Video Kemalangan Webber & Lotus Racing








Read more...

13 Website F1 Yang Menarik

Pasukan seperti McLaren, Ferrari, Mercedes, Red Bull dan Renault yg mana satu pilhan anda untuk meraih kejuaraan musim 2010 ini? Nantikan sehingga penghujung perlumbaan di Abu Dhabi. Entry ini berkenaan website pasukan F1 yg menarik untuk dikongsi.

McLaren

Enjin: Mercedes-Benz FO 108X
Kejuaraan Dunia: 8

Mercedes GP

Enjin: Mercedes-Benz
Kejuaraan Dunia: 1 (dikenali sebagai Brawn GP)

Red Bull

Enjin: Renault RS27-2010

Ferrari

Enjin: Ferrari 056
Kejuaraan Dunia: 16

Renault

Enjin: Renault RS27-2010
Kejuaraan Dunia: 2

Williams

Enjin: Cosworth CA2010
Kejuaraan Dunia: 9

Force-India

Enjin: Mercedes-Benz

Toro Rosso

Enjin: Ferrari 056

BMW Sauber

Enjin: Ferrari 056

Lotus

Enjin: Cosworth CA2010

Hispania (HRT)

Enjin: Cosworth CA2010

Virgin

Enjin: Cosworth CA2010

Formula 1

The Official F1 Website

Read more...

'He Robert Kubica'


Nama: Robert Kubica
Kewarganegaraan: Poland
Tarikh Kelahiran: December 7, 1984

Atas permintaan seorang kenalan dari FB dan Blog iaitu Hans Hanis, saya keluarkan entry bertajuk 'Dia Robert Kubica'. Kariernya dalam sukan F1 bermula pada pertengahan musim 2006 bersama sebuah pasukan BMW-Sauber F1 selepas dinaikkan pangkat dari pemandu uji. Pasukan itu diketuai oleh Mario Theissen yg bercita-cita tinggi dan meletakkan harapan di bahu pemandunya Robert Kubica dan Nick Heidfeld. Pada saingan musim 2010, Kubica kini menjadi harapan pasukan Renault yg kehilangan juara dunia 2 kali Fernando Alonso.

Podium pertamanya dalam perlumbaan di Itali dan kemenangan pertama Kubica di GP Kanada 2008. Kemenangan itu penuh dengan kontroversi apabila Kimi Raikkonen dan Lewis Hamilton berlanggar di pitlane. Hasil kemenangan dan konsisten mengutip point di setiap perlumbaan, Kubica juga terbabit dalam pertarungan tiga penjuru bagi kejuaraan F1 di antara Hamilton (84) Massa (79) Kubica (72) dalam 2 perlumbaan. Peluang kubica menjadi tipis apabila gagal menempatkan diri dalam kedudukan 10 terbaik untuk perlumbaan GP China 2008. Musim 2008 berakhir dengan Kubica ke-4 keseluruhan dengan 75 points.




Saingan Kubica pada musim 2009 agak hambar dengan masalah yg di hadapi pasukan BMW-Sauber. Status Kubica sebagai pelumba juga turut terjejas dengan penarikan BMW-Sauber untuk keluar dalam pasukan F1 2010. Peluang ini disambar pasukan Renault untuk menggantikan Alonso yg berpindah ke pasukan Ferrari. Kontrak bersama Renault selama 3 tahun sehingga 2012.



Jentera pasukan Renault ternyata kembali sebagai saingan pertengahan dengan kedudukan beberapa podium pada musim 2010. Ternyata gandingan Renault dan Kubica membuahkan hasil. Di bawah ini di sediakan gambar kemalangan Kubica di GP Kanada 2007 dengan video:





Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP