GP Itali : Kemenangan Alonso buat Ferrari
Kemenangan Alonso di Litar Monza GP Itali ini merupakan yang pertama selepas Michael Schumacher melakarkan kejayaan serupa pada 2006. Kemenangan ke-3 Alonso ini menyaksikan perebutan kejuaraan F1 musim ini kembali terbuka kepada 5 pemandu yg mengumpul mata tidak kurang dari 25 mata beza dengan kedudukan pendahulu keseluruhan dengan baki 5 perlumbaan.
Kejayaan Alonso itu disambut dengan penuh kegembiraan oleh penyokong-penyokong setia Ferrari yang menunggu selama tiga tahun bagi menyaksikan pasukan yang berpangkalan di Itali itu bergelar juara di tempat sendiri. "Ini satu minggu yang menakjubkan,” kata Alonso. “Ia satu saat penuh emosi bagi saya kerana ini antara kemenangan paling hebat pernah saya kecapi. Ia sama dengan saat saya memenangi Grand Prix Sepanyol 2006. Ferrari kini harus mencari rentak konsisten berbaki lima perlumbaan terakhir," jelas Alonso yang memulakan perlumbaan kali di petak hadapan.
Kemenangan Alonso bukan sesuatu yg mudah sekalipun bermula di petak utama apabila diasak hebat oleh Button dari McLaren pada permulaan perlumbaan di selekoh pertama yang menyaksikan Button berjaya memintas Alonso. 36 pusingan dari 53 pusingan didahului oleh Button sebelum Alonso berjaya memintas Button apabila beliau keluar dari pit stop 1 pusingan selepas Button melakukan pit stop. Di belakang mereka Massa terus mengekalkan momentum untuk tempat ke-3 sebagai pelengkap podium buat pasukan Ferrari.
1 comments:
selamat hari raya
Post a Comment