Nama: Jason Statham
Kewarganegaraan: England
Tarikh Lahir: September 12, 1972 - Sydenham, South London
Pelakon ber'Jiwa Maskulin' pilihan minggu ini ialah Jason Statham. Entri sebelum ini Paul Walker pilihan pertama saya. Frank Martin merupakan nama watak yg dibawa oleh Jason dalam siri The Transporter (2002), Transporter 2 (2005) dan Transporter 3 (2008). Selain itu, The Italian Job, Death Race dan The Expendables antara filem lakonan Statham.
Frank Martin -Transporter-
Handsome Rob -The Italian Job-
Frankenstein -Death Race-
The Expendables, sebuah carita tentang pasukan elit upahan yang menyelesaikan sesuatu misi. Selain menjadi bintang filem, Statham juga merupakan selebriti kecergasan. Berat badan Statham menurun 17 kg dalam masa 6 minggu dengan workout routine 6 hari seminggu, 35 minit sehari. Rahsia penurunan berat badan Jason Statham terdiri daripada tiga tahap:
First he does a 10 minute warm up. Then he does 10 minutes at medium intensity. He does this with heavy strength training, circuits, kettle bells, or medicine balls. He closes with some high intensity interval training to really burn fat. His preferred exercises for this part of the routine are ball slams, rope climbs, pull ups, snappers, hanging knee raises, bur pees, bear crawl, farmer walk, front squats, rope pulls, weighted step ups and other compound movements.
Rahsia Tarikh Lahir 8Hb, 17Hb, 26Hb
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Tarikh Lahir pada 5 & 17
Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita tinggi dan
punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia adalah seorang yang
berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya dipenuhi.Memandangkan sesuatu
selalunya dari segi yang menguntungkan.Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh
pada orang lain.Dalam soal cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar
pasangan.
Rahsia tarikh lahir mengikut warna
December 12th - December 21st = Maroon
Anda cerdas, dan tahu apa yang benar. Anda ingin membuat sesuatu pergi anda
cara, yang kadang-kadang boleh menyebabkan masalah untuk tidak berfikir tentang yang lain
orang perasaan. Tapi anda boleh bersabar ketika datang ke cinta ... Selepas anda
mendapatkan suatu pegangan dari orang yang tepat, sukar bagi anda untuk mencari cinta yang lebih baik.
Nama: Nurzul Suphian
Kewarganegaraan: Malaysia
Tempat Lahir: N9, Seremban - 35
Namanya lebih dikenali sebagai Zul Handy Black walaupun sudah lama meninggalkan band rock itu sejak tahun 2005. Zul memulakan kariernya bersama Kumpulan Handy Black pada era 90an sebagai vokalis baru mereka. Lagu bertajuk Kau Yang Bernama Seri bagi aku sebagai killer song dari Zul. Kisah cinta dengan aktres tinggi lampai Aida Aris menjadi buruan media dan namanya semakin popular. "Yang berakhir cuma hubungan kami berdua, tetapi silaturahim yang terjalin dengan keluarganya tidak akan putus," kata Zul.
Zul kini semakin aktif menggilap nama sebagai pelakon. Karier lakonannya bermula atas saranan Rosyam Nor yg membuka jalan untuknya mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. "Memang sejak dulu saya minat berlakon," kata Zul yang berlakon sejak 2005 bermula dengan Janji Diana dibawah Skop Production arahan Datuk Yusof Haslam. Zul yang diberi kepercayaan oleh MIG untuk memegang watak Muzir dalam Mantra mengakui berpuas hati dengan peranan yang dimainkan. Filem arahan Azhari Zain itu berjaya menyerlahkan kemampuan Zul sebagai seorang pengamal ilmu hitam.
Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi (Hasnul Rahmat) demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir, Rindiani (Ana Dahlia). Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup. Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah (Rozaidi Abdul Rahman) yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long (Hamdan Hj. Ramli), seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi. Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.
"Sekarang ini saya tidak mempunyai sesiapa selepas hubungan dengan Aida Aris selama tiga tahun putus. Saya belum terfikir lagi wanita macam mana yang akan menjadi pilihan, tapi saya tak kisah artis atau orang biasa"
Konsep ubahsuai yg menggabungkan antara Proton dan Mitsubishi sejak dari keluaran model pertama Proton iaitu Saga tidak pernah pupus. Model yg sering mendapat perhatian orang muda untuk melakukan ubahsuai ialah kerangka sebuah Proton Wira dipadankan dengan Mitsubishi Evolution. Trend ini membuatkan fenomena pengubahsuaian kereta tidak pernah berhenti.
Wira standard (gambar kecil) telah melalui proses penyamaran menyerupai sebuah Lancer Evolution III
Begitu juga dengan Proton Waja tidak terlepas dari trend penyamaran kepada sebuah model jenama lain. Pada hari pertama pelancaran model Waja, kebanyakan pencinta dunia modifikasi membayangkan Waja menyerupai Lancer Evolution VII.
Proton Waja, Waja R3, Waja CPS
Waja dalam proses tranformasi
Waja masih dalam pembikinan (gambar atas), belakang Waja mirip Lancer Evolution IX
Kegilaan modifikasi Waja tidak setakat itu sahaja, malah ada yg lebih extreme dengan merubah hampir keseluruhan rupa menjadi Lancer Evolution X.
Kereta Polis dan Waja Convert EVO X hampir sama
EVO VIII bertukar menjadi EVO X
3hb. September 2010 penantian rakyat Malaysia terhadap model pengganti Waja yang ditunggu-tunggu selama ini telah terjawab. Artikel lepas Keluaran Terbaru PROTON telah menjawab persoalan ini. Waja baru hanyalah sebuah model rebadge dan Waja baru ini juga akan mengalami nasib yg sama seperti model sebelumnya. Percaya atau tidak? Lihat bukti ini.
Kisah sejarah PROTON sehingga kini telah ada di entri bertajuk Dr. Mahathir dan Sukan Permotoran. Entri kali ini sebagai kesinambungan Proton hari ini. Proton Waja bakal menggantikan model lamanya kepada model baru yang menyerupai model Mitsubishi Lancer telah terjawab di berita tv3.
Penerangan model Proton Waja baru ini di blog SUKESUKI.
Perkongsian casis bukanlah suatu perkara yg baru bagi Proton. Model waja sebelum ini juga adalah hasil dari pembangunan kerangka contoh dari Volvo S40. Sudah pasti Proton akan memberi sentuhan teknologi dari Lotus yg digunakan pada keluaran Proton sebelum ini. Ford Focus juga adalah hasil perkongsian teknologi dengan Mazda 3. Begitu juga yg dilakukan oleh Proton-Mitsubishi-Lotus.
Setelah MPV pertama Proton dilancarkan iaitu Exora, Proton dikatakan dalam usaha untuk mencari pengganti bagi model segan mewah pertama Proton iaitu Perdana. Proton Perdana telah berada dalam pasaran dari tahun 1995-1999 bagi model Sei dengan menggunakan enjin 4G63 4 silinder 2.0 SOCH, model Perdana V6 pula dari tahun 1999-2010 dengan dua bentuk rekaan facelift yg berbeza menggunakan enjin 6A12 V6 2.0 DOCH. Perdana dibina dari asas model Mitsubishi Galant Eterna merupakan model pertama dari Proton yg dilengkapi sistem anti kekunci pada brek ABS.
Persoalan mengenai model pengganti Proton Waja telah terjawab bagaimana pula dengan model Proton Perdana? Adakah seperti dua gambar di bawah? Nantikan...
Pengalaman merasai kuasa i-VTEC pada sebuah Honda Civic FD 2.0 sehingga mencecah kelajuan 225 km/h ketika merentasi LPT cukup mendebarkan. Walaupun kuasa yg dihasilkan tidak sama seperti model Type R yg merupakan prestasi tertinggi keluarga Civic tetapi ianya sudah mampu menggambarkan akan kekuatan yg dihasilkan oleh penjana sistem VTEC itu.
VTEC singkatan kepada Variable Valve Timing and Lift Electronic Control dibangunkan oleh pengeluar terkemuka kereta Jepun iaitu HONDA. Sistem VTEC ini adalah yang pertama yg menjadi identiti tersendiri berbeza dengan pengeluar lain yg hanya menggunakan sistem variable valve timing.
'The Power of Dream' membawa maksud Kuasa Idaman sesuai dengan kuasa yg mampu dikeluarkan oleh penjana VTEC. Pada awal tahun 80-an Honda memulakan misi untuk menghasilkan enjin bersasaran kecil tetapi penghasilan kuasa kuda yg tinggi. Kereta pertama yg menggunakan sistem VTEC pada tahun 1989 ialah Integra JDM-spec dan Civic CRX SIR, yang menggunakan enjin B16A. Pembangunan enjin VTEC berterusan sehingga kini dengan kemunculan i-VTEC dan AVTEC.
i-VTEC: Intelligent VTEC diperkenalkan pada tahun 2001 dan dikendalikan oleh komputer untuk pengendalian output torque yg optimum dan penjimatan bahan api.
AVTEC: Advanced VTEC diumumkan oleh Honda pada tahun 2006 yg menggabungkan kekuatan dari sistem i-VTEC. Honda menyatakan sistem AVTEC akan membolehkan penggunaan bahan bakar 13% lebih baik dari i-VTEC. Sehingga kini sistem AVTEC masih belum dilancarkan.
Tun Dr. Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan sukan permotoran skala besar dalam negara dengan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Litar ini terletak kira-kira 85km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Litar yg hanya mengambil masa selama 14 bulan untuk disiapkan ini dilancarkan pada 9 Mac 1999. Pembinaan litar ini oleh seorang arkitek dan pereka bentuk litar berbangsa Jerman iaitu Hermann Tilke. Bangunan yg dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan canggih itu menerima penghormatan meletakkan logo F1 pada nama Dr. Mahathir. Antara sukan lumba yg berlangsung di litar Sepang selain perlumbaan F1 adalah MotoGP, Super Siri Malaysia, Merdeka Millennium Endurance, A1 dan banyak lagi.
Idea kreatif Dr. Mahathir ini menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan penuh berprestij F1 Petronas Grand Prix, buat julung-julung kalinya. Penglibatan Malaysia dalam F1 semakin berkembang selepas syarikat petroleum nasional, Petronas terlibat dalam menaja pasukan Sauber, BMW dan kini Mercedes GP. Alex Yoong menambah sejarah dengan muncul sebagai pemandu F1 pertama Malaysia yg beraksi untuk pasukan Minardi pada 2001. 2010 menyaksikan kehadiran pasukan F1 Lotus Racing terus melonjakkan nama Malaysia dan ia sebagai merialisasikan hasrat Dr. Mahathir yg mahu Malaysia terlibat dalam industri perlumbaan berprestij itu. Lebih bermakna apabila Fairuz Fauzy menjadi pemandu uji pasukan.
PROTON atau Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd juga berasaskan idea Dr. Mahathir kepada presiden Mitsubishi sebagai syarikat automotif pertama Malaysia. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) berperanan dalam membuat penyelidikan. Proton Saga merupakan keluaran model pertama yg berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Bertitik tolak dari permulaan ini membawa kepada kereta pertama buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Proton Waja. Juga dikenali Proton Impian di Eropah. Bukan sahaja mampu mereka bentuk kereta, Proton juga menghasilkan enjin Campro, yg pertama dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia dengan kerjasama Lotus. Dengan adanya enjin Campro telah membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa.
Dr. Mahathir menjadi pemimpin pertama di dunia menjawab pertanyaan secara langsung di Internet pada 1995. Anda semua boleh pergi melawat di blog chedet.co.cc/chedetblog.
Sejak memiliki kereta, dia dan kereta macam tak ada jodoh apabila asyik bernasib malang. "Sejak jadi pelawak lebih kurang tiga tahun lalu, saya sudah mempunyai tiga buah kereta. Saya bukan nak bangga diri sebab ada tiga kereta, tapi saya nak cakap, saya rasa saya ini sentiasa bernasib malang dan macam tak ada jodoh dengan kereta," kata Zizan.
Kereta Proton Satria miliknya telah dicuri orang dan kereta itu adalah kereta pertamanya. "Kemudian menggantikan kereta itu, saya beli sebuah kereta baru. Malang betul, kereta kedua itu pun kena curi juga," kata Zizan lagi.
Bosan dengan kereta tempatan, Zizan telah membeli dan memiliki sebuah kerata baru yg merupakan kerata ketiganya keluaran Subaru. Itupun bernasib malang juga. "Baru-baru ini, sewaktu saya bertugas di luar Kuala Lumpur, kereta itu kena pecah. Habis semua barang-barang dalam kereta kena curi. Nasib baiklah kereta ketiga saya ni tak dibawa lari," kata Zizan serius.
Nama: Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Harta: RM64 bilion
Umur: 63
Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia menurut GTSpirit. Anggaran harga keseluruhan mencecah AS$5 bilion atau dalam Ringgit Malaysia bernilai RM 15.9 bilion. Menurut akhbar Daily Mirror, pemerintah Brunei itu memiliki 604 buah Rolls Royce, 574 Mercedes-Benz, 452 Ferrari, 382 Bentley, 209 BMW, 179 Jaguar, 134 Koenigsegg, 21 Lamborghini, 11 Aston Martin dan sebuah SSC.
Logo pengeluar kereta terunggul dari Jepun iaitu Mitsubishi bermaksud tiga berlian. Mitsubishi hari ini lebih dikenali sebagai pembuat kereta yang berprestasi tinggi seperti Lancer Evolution X. Syarikat ini sebenarnya ditubuhkan sebagai firma perkapalan oleh Yataro Iwasaki pada tahun 1870 dan aktif dalam perusahaan perlombongan arang batu, bagi menggerakkan kapal-kapal laut mereka. Nama Mitsubishi mula terkenal semasa tempoh Perang Dunia Kedua, apabila syarikat tersebut membina pesawat perang yang dinamakan Mitsubishi A6M Zero Fighter di bawah arahan Jiro Horikoshi dan pesawat inilah yang bertanggungjawab menyerang Pearl Harbour dan seluruh rantau Asia Pasifik.
Kemampuan Mitsubishi membina pesawat juang ketika itu amat mengagumkan dan digeruni oleh Tentera Bersekutu kerana mudah dikendalikan, berkeupayaan menembak dengan pantas dan laju.
Mitsubishi turut terlibat dengan aktiviti pembinaan kapal, perbankan, insurans, pergudangan dan perdagangan selaun perindustrian kertas, keluli, gas, peralatan elektrik, minyak dan hartanah. Pendek kata, ia antara syarikat yang memainkan peranan utama dalam pemodenan industri Jepun.
Sekarang musim bola Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sedang hangat berlangsung. Walaupun minat aku terhadap sukan permotoran, perkembangan dunia bola juga harus diikuti. Gambar diatas merupakan pemandu F1 pasukan Red Bull Racing iaitu Mark Webber sedang menimbang bola. Sudah pasti Webber adalah penyokong kuat pasukan bola dari Australia memandangkan Webber sendiri berasal di Queanbeyan, Australia.
Aksi pertama Kumpulan D antara Jerman dengan Australia menyaksikan pasukan Jerman beraksi cemerlang dengan mencatat kejayaan besar ke atas pasukan Autralia 4-0. Gol yang dihasilkan oleh Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Muller dan Cacau telah melemahkan pasukan lawan. Permulaan yang cemerlang buat Jerman dalam kempen Piala Dunia 2010.
Juara Dunia 7 kali MotoGP Valentino Rossi (Fiat Yamaha), mengalami kemalangan pada sesi latihan terakhir GP Itali 2010 di Sirkuit Mugello. Rossi mengalami patah di bahagian tulang kaki kanan. Kecelakaan yang menimpa pelumba berusia 31 tahun itu terjadi setelah Rossi gagal mengawal motornya ketika waktu sesi latihan berbaki 15 minit. Ini bukan pertama kali kemalangan yang dialami Rossi. Pada April lalu, juara bertahan MotoGP ini juga mengalami kecederaan di bahu. Bagaimanapun Rossi masih mampu membuat penampila. Tapi kali ini Rossi kehilangan peluang berlumba di depan penyokongnya sendiri di sirkuit Mugello. Rossi kemudiannya diterbangkan dengan helikopter ke Hospital Careggi di Florence untuk pemeriksaan lanjut.
Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin adalah contoh seorang usahawan Bumiputera yg berjaya. Beliau bermula daripada bawah, mengumpul duit untuk membawa masuk kenderaan terpakai dari Jepun dan kemudian memohon permit import untuk mengembangkan lagi perniagaan secara berdikit-dikit. Bermula dengan sebuah kedai kecil pada tahun 1976 dengan nama Naza Motor Trading, NAZA kini menjadi gergasi automotif yg membawa masuk Mercedes-Benz, Bentley, Ferrari, Maserati dll. Pada tahun 2004, beliau membelanja sebanyak RM 300 juta untuk membina kilang Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd di Gurun, Kedah yg akan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang yg memerlukan kerja. Dilahirkan di Kuala Pilah, N9 dan meninggal dunia pada usia 53 tahun. Al Fatihah.
Antara Pencapaian beliau:
Anugerah Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) 1998 Anugerah Automotive Industry Man of the year oleh NST 2002/2006 Anugerah Fellowship oleh Institute of The Motor Industry (IMI)