featured-content

Showing posts with label Brazil. Show all posts
Showing posts with label Brazil. Show all posts

GP Brazil : Vettel Hampiri Juara

Kedudukan 1-2 pasukan Red Bull kali ke-4 membawa kepada kejuaraan kategori pengeluar yg pertama dalam sejarah pasukan. Red Bull yg berusia 6 tahun mula menunjukkan sebagai kuasa baru dalam F1 pada tahun 2009 apabila menjadi pencabar utama pasukan Brawn GP (kini Mercedes GP) yg menjuarai kategori yg sama. Jentera RB6 yg diihasilkan oleh Adrian Newey merupakan jentera F1 terbaik musim ini dengan penguasaan atas setiap litar lumba dan merupakan pasukan paling pantas di sepanjang perlumbaan tahun ini, namun menghadapi pelbagai cabaran akibat kesilapan pelumba serta masalah mekanikal.

GP Brazil di litar Interlagos dimenangi oleh Sebastian Vettel diikuti rakan sepasukan Mark Webber. Vettel kini menduduki tempat ketiga keseluruhan kategori pemandu dengan 231 dan Webber kedua dengan 238 mata. Juara Dunia berganda Fernando Alonso sentiasa mengekori rapat kedua-dua pemandu pasukan Red Bull dengan penamat tempat ke 3. Alonso kini mengumpul 246 mata sebagai pendahulu kategori pemandu.

Pelumba Williams Nico Hulkenberg gagal memanfaat kedudukan petak pertama apabila seawal selekoh pertama Vettel telah berjaya memintas dan Vettel terus kekal menguasai litar sepanjang 71 pusingan dengan catatan 1 jam 33 minit dan 11.803 saat. Webber yg ketinggalan di belakang Vettel juga memberi cabaran dengan hanya dipisahkan tidak sampai 3 saat di belakang. Alonso yg banyak kehilangan masa ketika cubaan untuk memintas Hamilton dan Hulkenberg untuk berada di kedudukan ke 3. 

 "I think we lost too much ground in first laps of the race, trying to overtake Hamilton and then Hulkenberg" -Alonso-

Kedudukan itu kekal sehingga tamat perlumbaan. Namun ketika berbaki 6 pusingan, Alonso memberi sedikit tekanan kepada Webber dengan mengejarnya. Walaupun gagal untuk terus mencabar Webber, Alonso tetap menamatkan perlumbaan di atas podium kali kelima berturut-turut sejak  menjuarai GP Itali. Kejuaraan Dunia F1 akan ditentukan pada perlumbaan seterusnya di litar terakhir iaitu Litar Yas Marina, Abu Dhabi pada November ini. Nantikan ramalan kejuaraan dari saya. -iRfan Johan-

Read more...

GP Brazil : Button Dan Brawn GP Juara Dunia

Mark Webber menjuarai GP Brazil dan kemenangan ke duanya musim ini. Robert Kubica berada tempat kedua untuk BMW Sauber dan Lewis Hamilton bermula dari grid ke 17 dan berjaya mengambil posisi podium terakhir. Di Litar Interlagos ini Button mengesahkan kejuaraan dunia pemandu F1 miliknya. Walaupun bermula di kedudukan grid ke 14, Button menamatkan perlumbaan di tempat ke 5. Sementara  tempat kelapan dari Rubens Barrichello sudah cukup untuk Brawn GP meraih gelaran pengeluar. 
 

Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP