Lawatan ke NICE
Pihak POWER PAGES telah membuat satu lawatan ke NICE Network Diversified SDN BHD yang menjalankan khidmat pemasangan & penyelenggaraan Sistem NGV di Batu Caves, Selangor DE. Tujuan utama untuk mengetahui serba sedikit kelebihan penggunaan NGV. Laporan telah di sediakan di ruangan Sudut Teknikal di sini. Kedatangan kami (Aku, Nas, Fiq & Al) di sambut baik oleh pihak NICE dan kami berjumpa dengan Pengarahnya iaitu En Suhaizi sebelum En Hanif yang juga juru teknikal yang menerangkan operasi pemasangan NGV.
Produk mereka juga mengikut piawaian bagi pengiktirafan antarabangsa oleh ISO 9000-EURO 4, ISO 15500 dan juga SIRIM tempatan. Bengkel-bengkel yang menjalankan pemasangan NGV ini diakui oleh RTD. Produk yang digunakan juga mempunyai ansuran produk dimana ia terjamin, kukuh dan berkualiti. Pihak NICE juga menawarkan pembayaran untuk pemasangan secara ansuran dengan bantuan dan sokongan dari institusi kewangan.
NGV merupakan bahan api yang boleh dipercayai kerana terdapat lebih lima juta kenderaan yang menggunakan gas asli di seluruh dunia dan di Malaysia memiliki simpanan gas asli sebanyak 97.6 trilion meter padu. Nice Network telah beroperasi pada Ogos 2002 dengan nama NICE Network Enterprise. Selama 3 bulan beroperasi, mereka berjaya menubuhkan rangkaian mereka sendiri di Pulau Pinang dan Johor Bahru. Sejak permulaannya, mereka telah bekerjasama dengan Petronas NGV, DOE dan beberapa lagi organisasi yang lain di Malaysia untuk mendidik kepada orang awam dan mengembangkan penggunan NGV sebagai alternatif bagi menggantikan minyak petrol.
Mereka juga mempunyai pusat latihan yang dipanggil NICE Academy yang membimbing latihan tentang sistem NGV dan Teknologi Automotif berdasarkan MLVK (Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) dan NOSS (National Occupational Safety dan Standard) yang diperlukan.
Terlebih info tentang NICE, kena bayar royalti sikit ni. Hehehe..Setelah Dua jam, selesailah tugas kami. Waktu OTW nk balik tu, ternampak satu BMW yang dikategorikan sebagai NICE Car. Sempat snap dan lihat la gambar di bawah ni.
1 comments:
hahahaha! giler arh.... igt lg..
Post a Comment