featured-content

Showing posts with label Sudut Teknikal. Show all posts
Showing posts with label Sudut Teknikal. Show all posts

Evolusi Kereta Hibrid

Kereta yg menggunakan teknologi Hibrid semakin mendapat perhatian pengguna apabila teknologi Hibrid ini bukan sahaja mesra alam sekitar malah juga memberi penjimatan tenaga yg dihasilkan oleh dua sumber tenaga iaitu petrol dan elektrik. Penggunaannya pada pemanduan standard akan digerakkan menggunakan motor elektrik yg di caj semula dari bateri ion litium dan menggunakan petrol pada pemanduan yg lebih laju.

Gambar kereta yg dipaparkan di atas merupakan Honda CRZ. CRZ merupakan kereta sport hibrid pertama dunia. Kereta Honda spesifikasi UK ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC IMA dengan transmisi enam kelajuan manual. Dianugerahkan Most Economical & Environment Friendly Sports HEV ketika menyertai pertandingan perlumbaan pertama RAC Brighton to London. Ini membuktikan Evolusi Kereta Hibrid menjanjikan sebuah kenderaan yg lebih pantas, berkuasa, stabil dan lebih mesra alam. 
 Proton keluaran Malaysia juga semakin ghairah meneroka teknologi ini selepas pelbagai gergasi automotif terkemuka menggunakan teknologi Hibrid. Harga model kereta hibrid pertama yg bakal dikeluarkan oleh proton pada tahun hadapan berharga bawah RM 100 ribu menurut penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Proton juga dijangka akan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yg berpangkalan di Britain Lotus.

 "Kemenangan ini memang tidak dijangka dan ianya membuktikan teknologi kami ini boleh bersaing dengan yang lain. Ianya momen yang membanggakan," kata Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir. Exora hibrid yg dihantar oleh Proton untuk bersaing di pertandingan kereta elektrik antarabansa di London berjaya muncul juara. Proton juga menghantar Saga Elektrik dalam pertandingan yang disertai oleh 64 buah kereta lain bagi menentukan kereta dengan penggunaan tenaga yg paling menjimatkan.

Read more...

Kerana Sebuah Skyline


Ada apa dengan sebuah kereta yg diberi nama Nissan Skyline ini? Tiada yg lebih gembira jika anda mampu untuk memilikinya. Apabila memiliki sebuah Nissan Skyline, anda pasti merasa seperti 'RAJA' di jalan raya.

Testimoni 1
Testimoni 2

Skyline yg dimakdudkan ialah Skyline R34 GT-T. Ia dikuasakan oleh penjana RB25DET NEO yg mampu menghasilkan 280 hp (206 kW, 343 N m). Orang Jepun memilih nama 'Skyline' kerana kebanyakan kereta yg dihasilkan di Jepun masa itu menggunakan singkatan Amerika bagi menggalakkan jualan. R34 merupakan generasi ke-5 dalam keluarga Skyline dikeluarkan pada tahun 1999. GT-T membawa maksud Gran Turismo-T? Jika GT-R ialah Gran Turismo-Racing, apa pula GT-T dan GT-S? Mungkin Gran Turismo Touring atau Turbo. GT-S pula Gran Turismo Sport. Semuanya hebat, tidak kira yg mana anda miliki. RB singkatan nama 'Race breed'. 25 ialah 2.5 L atau 2498 cc. DET pula Dual Electronic Turbo kalau tak silap baca.

Gambar ehsan dari blog SUKESUKI

Apa kata mereka?

Read more...

Penjagaan Stereng


Pemilik kereta yg tidak boleh membiarkan barangan standard seperti stereng pasti akan menukar stereng bagi memberi kepuasan ketika memandu. Stereng yg ditukar ini kelihatan lebih sporty dari biasa walaupun harganya kadang kala mencecah ratusan ringgit. Namun, jangan lupa akan penjagaan stereng. Bahagian bawah stereng knuckle arm/stering arm perlu diberi perhatian dalam penjagaannya kerana kegagalan mengendalikannya dengan baik boleh menyebabkan tragedi tak diduga.

Terdapat 2 lengan stereng pada setiap kereta dan fungsinya apabila memutar stereng ke kiri, lengan stereng kiri menggerakkan roda kiri manakala yg kanan menggerakkan roda kanan. Lengan stereng disambungkan pada ikatan nut dan bolt skru. Hentakan dan goncangan stereng menyebabkan ia longgar. Oleh sebab itu, lengan stereng perlu perhatian dan diperiksa. Lengan stereng boleh diketatkan semula. Bagaimanapun, ia boleh tahan sehingga lebih 10 tahun.

Lengan stereng boleh didapati di kedai alat ganti kereta dengan harga tawar menawar tidak lebih rm50 bagi satu unit. Mekanik akan syorkan sepasang kiri dan kanan supaya ada keseimbangan. Jika bercadang untuk menggantikan sendiri, dinasihatkan hantar kepada yg pakar kerana lebih mudah, selamat dan cepat.



Read more...

Kerosakan Bateri Kereta


Ketahui antara punca-punca kerosakan bateri kereta anda. Bateri kereta mempunyai tempoh hayatnya. Biasanya tempoh hayat bateri antara 2 hingga 3 tahun. Bateri akan rosak apabila sampai tempoh hayatnya. Kerosakan ini sudah diketahui semua pengguna, masih ada beberapa lagi punca kerosakan. Antaranya:

-Penjagaan air beteri tidak sempurna.
-Alternator tidak berfungsi dengan baik.
-Tali sawat dalam alternator kendur menyebabkan arus elektrik yang terjana tidak mengikut tahap yang diperlukan untuk mengecas bateri.
-Tali sawat dalam alternator tegang menyebabkan arus elektrik berlebihan kerana penjana berpusing laju.


Read more...

Sistem Ekzos


Bertemu kembali entry ke dua dalam Sudut Teknikal. Bahagian yg paling kerap dilakukan modifikasi pada kereta ialah sistem ekzosnya. Bahagian ini juga dapat meningkatkan kuasa dari sebuah enjin mengikut T&S, kerana tanpa mengikut modifikasi ekzos yang betul akan memberi kesan pada kereta dan bunyi bising je lebih. Kebiasaannya kereta standard keluaran kilang menggunakan ekzos yg mengikut kualiti bunyi yg mesra alam tidak menyakitkan telinga.

Untuk menghasilkan ekzos yg mampu memberi peningkatan kuasa dan kepuasan, apa yg perlu ialah pada bahagian ekstraktor. Gunakan ekstraktor 4-2-1 yang mempunyai lengkokan lebih panjang dari asal. Selepas itu, teruskan dengan bahagian paip penyalur ekzos dan tabung tengah. Tabung tengah untuk 'redaman' pada bunyi ekzos sebelum ke muffler dan menyimpan angin sebelum dilepaskan.

Dan bahagian akhir, giliran memilih muffler. Ada S flow dan straight type. Kata seorang chinese di Kedai Ekzos "U kasi angkat S flow la..itu prestasi kereta lebih 'pick up' sikit". Jadi, fikir-fikirkanlah. Sistem ekzos yg dilakukan dengan betul mampu memberi sedikit hp. Di bawah ini, hasil yg dijalankan ke atas kereta seorang member.


Petikan dari blog tuan kerata, nasri-rs.blogspot.com
'baru2 nie aku telah mmberi sentuhan baru terhadap Wira RS ku ini.. RS-R muffler telah disumbatkn bersama tabung tengah 'twist flow' utk lebih mmberi kelancaran terhadap perfomance Wira RS.. hahahaaha.. bunyi xla kuat sgt sbb aku just guna S-Flow.. so, kegunaan minyak msih standard.. perfomance??? baek punyer... vrooooommmmmmmmmm....'

p/s: 'laju seperti Ferrari, selamat seperti Volvo'.

Read more...

Sistem NGV


Salam 1Malaysia. Entry kali ini yang terbaru dalam 'POWER PAGES', dilabelkan sebagai Sudut Teknikal. Post pertama Sudut Teknikal tentang NGV. NGV ringkasan Natural Gas of Vehicle merupakan satu contoh terbaik dalam usaha menangani masalah bahan bakar kenderaan. Kenderaan yang menggunakan NGV adalah sangat menjimatkan dan tahap keberkesanan pembakarannya adalah baik. POWER PAGES menjalankan kajian di NICE Network Diversied Sdn Bhd dan hasilnya cukup baik di sini.

Pada dasarnya NGV ini bertujuan untuk penjimatan kos minyak petrol kepada pengguna. Kos bagi gas asli adalah hamper 70 peratus lebih murah berbanding petrol. Kos bagi penyenggaraan kenderaan dapat dikurangkan kerana bahan api ini membakar dengan lebih bersih. Namun dari segi aspek penjagaan ia lebih kepada mengelak pencemaran alam sekitar dan tidak dapat dinafikan gas adalah bahan api yang mempunyai proses pembakaran yang lebih bersih.

Gas asli adalah melalui proses tinggalan haiwan atau organisma purba dan diambil dalam bentuk gas berbeza dengan minyak petrol dari bentuk cecair. Gas asli juga boleh meledak dan terbakar ketika nyalaan.Pemasangan jenis NGV berbeza mengikut jenis kenderaan. Bagi kaedah pemasangan, pemasangan bermula di bahagian enjin. Pemasangan seperti Pressure Regulator, Refuelling Valve dan lain-lain komponen untuk bahagian bonet dipasang terlebih dahulu.

Kemudian kerja-kerja pemasangan salur-salur NGV dilakukan di bawah kenderaan. Setelah pemasangan salur NGV dilakukan, pemasangan tong NGV pula dilakukan. Manakala bagi kaedah percubaan, percubaan akan hasil penggunaan NGV akan ditaksir. Ini adalah kerana diperingkat permulaan pemasangan, terdapat beberapa kesalahan ataupun kesilapan teknikal seperti kebocoran salur, masalah ‘wiring’, hasil kuasa, serta tindak balas apabila pendikit minyak ditekan.


Bagi kaedah setting dan penyudahan akan dijalankan seperti penetapan nisbah pembakaran, nisbah pengeluaran gas ke kebuk pembakaran akan ditetapkan dengan menggunakan perisian khas berbantukan computer. Ini adalah kerana setiap kenderaan mempunyai ciri-ciri yang berbeza bagi nisbah tersebut. Setelah penetapan dilakukan, kenderaan yang dipasang kit NGV tersebut akan menjalani ujian sehinggalah nisbah yang ditetapkan mencukupi bagi memberikan kuasa kepada kenderaan.


Kekurangan menggunakan sistem ini adalah ruang but kereta yang akan berkurangan dan menjadi sempit. Walau apa pun, sistem NGV mula mendapat sambutan kerana kerajaan telah memberikan pengurangan cukai jalan sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan dengan sistem NGV. NGV bukan sahaja untuk kegunaan pengankutan awam malah sesiapa jua boleh memilikinya, asalkan ada kemahuan dan kewangan. Sekian.





Read more...

Tulen VS Tiruan


Sekarang sudah hujung bulan MAY. Dalam tak sedar, belanja harian makin bertambah. Keperluan seperti gula hilang lagi. Itu belum masuk minyak akan naik lagi bulan depan. Sebagai pengguna, jadilah pembeli yang bijak. Begitu juga dalam penjagaan sesebuah kenderaan, pemilihan alat ganti perlu dititikberatkan kerana banyak barangan tiruan. Entah di mana silapnya, kita lebih terdorong memilih alat ganti tiruan kerana harganya yang lebih rendah berbanding alat ganti tulen.

Kebanyakan alat ganti tiruan yang melanda pasaran tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan risiko kepada keselamatan kenderaan adalah tinggi. Kegagalan fungsi alat ganti tiruan adalah punca kemalangan yang pernah berlaku. Sebagai contoh, timing belt tiruan yang digunakan lebih mudah terputus sebelum tiba masanya. Bayangkan jika ia terputus ketika kenderaan sedang memecut laju minimum 110km/j di jalan raya, sudah tentu membahayakan nyawa si pemandu selain kerosakan teruk pada kereta.

Fikirkanlah mengenai keselamatan sebelum memikirkan penjimatan wang, walaupun harga barangan semakin hari semakin naik. Rasionalnya, alat ganti tulen lebih mahal dan kualitinya lebih terjamin. Dalam memilih alat ganti kereta, teorinya tak sama seperti barangan lain.

p/s: alat ganti terpakai di uptown cheras, leh caye ke?

Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP