Weekend@Lata Kinjang (part 2)
Esok : Waktu Pagi
Ramai yg terlepas subuh kerana keletihan dan ade yg solat subuh gajah. Pagi tu destinasi kami ialah ke kedai seorang lagi peserta iaitu Al-Naim. Kerana ramai yang lambat bersiap, maka kami bertolak agak lewat sikit. Dan masa nak bertolak pula, apa guna ade kamera kalau x guna kan. Ambil gambar banyak2 nak upload dalam FB. Perjalanana masih jauh dan diteruskan untuk sarapan pagi di kedai Hajjah Rohayah. Semua hanya sarapan roti canai dan air ikut selera tekak masing2 la. Dan kelengkapan untuk bbq yang disponsor oleh student turut di bawa dan nasi goreng yang di taja oleh Al juga tersedia, tinggal nak angkat letak dalam bonet kete.
11.00
Semua konvoi menuju ke pasar behrang stesen untuk beli sotong dan ikan (ikan ape pn ak x ingt). Di kesempatan semasa menunggu Nas dan geng2 membeli, ade yang tidur, bergambar, skodeng, dgar lagu, ngorat dan lain2. Perjalanan diteruskan ke Lata Kinjang yang memakan masa sejam lebih kerana ikut peraturan had laju.
1.20 kot
Kami selamat sampai ke Lata Kinjang dan mencari parking. Kebetulan memang sesak dan penuh orang, datang hari weekend macam ni la jdi nye. Setelah dapat park kete dengan selamat, kami cari port untuk wt aktiviti. Masing2 saling berkerjasama, bantu-membantu dan tolong-menolong. Dan aku ngan Anasz spt segan2 pilu nak mandi, sebab ramai bunga2 yg ada. Tapi akan rasa rugi kalau lepaskan peluang untuk beramah mesra.
4.30 ptg
Maka setelah semua penat dan keletihan berendam dalam air terjun. Sayonara Lata Kinjang. Mengikut jadual, selepas saja aktiviti di Lata selesai, konvoi akan terus blk ke K2. Tapi kami 'mampu merancang hanya tuhan menentukan'. Konvoi ke kedai Hajjah ??? untuk rehat dan solat. Semua sepakat untuk tidur sebentar di rumah Kaizer. Ada yg tidur, xleh tidur dan mcm2 ragam.
8.45 mlm
Kami berkumpul di depan rumah untuk 'check out'. Aku terpaksa ke kedai Hajjah ??? semula untuk ambil Al yg tertinggal di situ. Aku agak ketinggalan dari konvoi kete2 lain. Apa lagi semangat 'jiwa kelajuan' aku pun membara untuk memecut laju. Kebetulan ada sebuah Wira yang follow aku rapat2, maintain lane kanan aje la. Xleh nak pecut sgt sekadar 160 km/j. Lepas tol, semua konvoi berkumpul dan ambil gambar kenang-kenangan.
11.15
Singgah di Damansara untuk mkn mlm. Aku dan beberapa yg lain mkn Nasi Ayam Bragas. Selesai mkn mlm, kete berkurangan jadi 3. Bukan sebab kete hilang tapi Kaizer yg hendak blk awl ke rumah kediaman. So, kete aku dinaiki seramai 6 orang. Syukur alhamdulillah, kami selamat sampai di K2 pada pukul 12.30.
1 comments:
dah boleh komen
alhamdulillah semua selamat pergi dan pulang
Post a Comment