featured-content

Showing posts with label Proton. Show all posts
Showing posts with label Proton. Show all posts

Neo R3 [Turbo] Concept

Proton Satria Neo R3 Concept ini dilengkapi dengan enjin Campro CPS 1.6 liter turbo yg dinaik taraf untuk menghasilkan 200 kuasa kuda dan merupakan Neo terpantas talaan Proton melalui konsep Race, Rally and Research (R3). Kereta ini dipamerkan kepada umum di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS'10) di PWTC sehingga 12 Disember. Neo R3 ini berwarna hitam dengan garisan kuning diatas badan kereta, seperti satria Neo R3 Lotus Racing yg bertemakan warna hijau sempena kelahiran pasukan F1 pertama Malaysia Lotus Racing. Neo R3 Turbo Concept ini terdapat beberapa persamaan dengan model edisi terhad itu.

Spesifikasi Proton Satria Neo R3 [Turbo] Concept:
 ENGINE








  • 16V 1597cc CAMPRO 4-cylinder in line DOHC
  • R3 forged pistons 11:1 comp ratio
  • R3 steel conrod
  • R3 performance camshafts
  • R3 reworked cylinder head
  • R3 4-2 exhaust system stage 3
  • R3 carbon airbox
  • R3 management computer
  • 200hp & 200Nm (170 hp and 200 Nm on wheel)
 INTERIOR
  • R3-designed interior wrapped with Alcantara and Nappa leather
  • SPARCO steering wheel R323, 330mm with R3 60mm spacer
  • R3 4-point half roll-cage, colour-coded yellow

WHEELS AND TYRES
  • 15” wheels M7510 Wheel Assy 15 x 7 ET 37
  • Bridgestone Potenza RE55S semi slick tyre 190/50 R15



BRAKES
  • AP Racing 4-pot brake system
  • AP Racing floating disc 295mm
  • AP Racing performance brake pads



Konsep R3 talaan Proton ini merupakan penawaran aksesori dan ciri-ciri sporty kepada model-model keluaran proton. Tidak mustahil jika Proton Inspira juga mengalami proses model dinaik taraf yg akan dikenali sebagai Proton Inspira R3. Kerjasama Proton dengan Mitsubishi untuk mengeluarkan Inspira dan mendapat sentuhan R3 atau Lotus sesuatu yg dinanti-nantikan. -iRfanJohan

    Read more...

    Proton Inspira

    Model baru PROTON yg diberi nama Inspira merupakan model Rebadge daripada Mitsubishi Lancer. Proton Inspira dibangunkan bersama oleh Proton dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model Proton. "Proton melakukan usaha penambahbaikan terhadap model asal bagi memberikan nilai tambah kepada pemiliknya," kata Datuk Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan Proton. 

    Zulkiflee Bidin, Pengurus Projek Proton Inspira merupakan individu yg bertanggungjawab dalam pembangunan model itu. Dengan kendalian dan sistem gantungan yg dipertingkatkan dengan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan tempatan telah mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model itu lebih dari Mitsubishi Lancer. Ia diakui oleh tiga jurutera MMC yang ditugaskan memantau pembangunan model itu apabila memberi maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.

    Model Inspira ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8l M/T, 1.8L CVT dan 2.0L CVT dan didatangkan dalam empat warna iaitu Plum Red, Solid White, Tranquility Black dan Genetic Silver. Model ini ditawarkan dengan harga permulaan RM 79 888 seunit. Harga yg ditawarkan pada Inspira 1.8L M/T ini akan lebih berdaya saing dan mampu dimiliki pelbagai golongan rakyat Malaysia. Tutur ditawarkan oleh Proton ialah jaminan 3 tahun atau 100 000 km pertama dan servis percuma 2 tahun. 

    Read more...

    Modifikasi Waja Replacement 2010

    Konsep ubahsuai yg menggabungkan antara Proton dan Mitsubishi sejak dari keluaran model pertama Proton iaitu Saga tidak pernah pupus. Model yg sering mendapat perhatian orang muda untuk melakukan ubahsuai ialah kerangka sebuah Proton Wira dipadankan dengan Mitsubishi Evolution. Trend ini membuatkan fenomena pengubahsuaian kereta tidak pernah berhenti.

    Wira standard (gambar kecil) telah melalui proses penyamaran menyerupai sebuah Lancer Evolution III

    Begitu juga dengan Proton Waja tidak terlepas dari trend penyamaran kepada sebuah model jenama lain. Pada hari pertama pelancaran model Waja, kebanyakan pencinta dunia modifikasi membayangkan Waja menyerupai Lancer Evolution VII.

    Proton Waja, Waja R3, Waja CPS
     Waja dalam proses tranformasi
    Waja masih dalam pembikinan (gambar atas), belakang Waja mirip Lancer Evolution IX

    Kegilaan modifikasi Waja tidak setakat itu sahaja, malah ada yg lebih extreme dengan merubah hampir keseluruhan rupa menjadi Lancer Evolution X.

    Kereta Polis dan Waja Convert EVO X hampir sama
    EVO VIII bertukar menjadi EVO X

    3hb. September 2010 penantian rakyat Malaysia terhadap model pengganti Waja yang ditunggu-tunggu selama ini telah terjawab. Artikel lepas Keluaran Terbaru PROTON telah menjawab persoalan ini. Waja baru hanyalah sebuah model rebadge dan Waja baru ini juga akan mengalami nasib yg sama seperti model sebelumnya. Percaya atau tidak? Lihat bukti ini.


    Apa kesannya dari model baru Waja ini?

    Read more...

    Keluaran Terbaru PROTON

    Kisah sejarah PROTON sehingga kini telah ada di entri bertajuk Dr. Mahathir dan Sukan Permotoran. Entri kali ini sebagai kesinambungan Proton hari ini. Proton Waja bakal menggantikan model lamanya kepada model baru yang menyerupai model Mitsubishi Lancer telah terjawab di berita tv3.

    Penerangan model Proton Waja baru ini di blog SUKESUKI.

    Perkongsian casis bukanlah suatu perkara yg baru bagi Proton. Model waja sebelum ini juga adalah hasil dari pembangunan kerangka contoh dari Volvo S40. Sudah pasti Proton akan memberi sentuhan teknologi dari Lotus yg digunakan pada keluaran Proton sebelum ini. Ford Focus juga adalah hasil perkongsian teknologi dengan Mazda 3. Begitu juga yg dilakukan oleh Proton-Mitsubishi-Lotus.

    Setelah MPV pertama Proton dilancarkan iaitu Exora, Proton dikatakan dalam usaha untuk mencari pengganti bagi model segan mewah pertama Proton iaitu Perdana. Proton Perdana telah berada dalam pasaran dari tahun 1995-1999 bagi model Sei dengan menggunakan enjin 4G63 4 silinder 2.0 SOCH, model Perdana V6 pula dari tahun 1999-2010 dengan dua bentuk rekaan facelift yg berbeza menggunakan enjin 6A12 V6 2.0 DOCH. Perdana dibina dari asas model Mitsubishi Galant Eterna merupakan model pertama dari Proton yg dilengkapi sistem anti kekunci pada brek ABS.

    Persoalan mengenai model pengganti Proton Waja telah terjawab bagaimana pula dengan model Proton Perdana? Adakah seperti dua gambar di bawah? Nantikan...

    Read more...

    Dr. Mahathir & Sukan Permotoran


    Tun Dr. Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan sukan permotoran skala besar dalam negara dengan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Litar ini terletak kira-kira 85km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Litar yg hanya mengambil masa selama 14 bulan untuk disiapkan ini dilancarkan pada 9 Mac 1999. Pembinaan litar ini oleh seorang arkitek dan pereka bentuk litar berbangsa Jerman iaitu Hermann Tilke. Bangunan yg dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan canggih itu menerima penghormatan meletakkan logo F1 pada nama Dr. Mahathir. Antara sukan lumba yg berlangsung di litar Sepang selain perlumbaan F1 adalah MotoGP, Super Siri Malaysia, Merdeka Millennium Endurance, A1 dan banyak lagi.


    Idea kreatif Dr. Mahathir ini menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan penuh berprestij F1 Petronas Grand Prix, buat julung-julung kalinya. Penglibatan Malaysia dalam F1 semakin berkembang selepas syarikat petroleum nasional, Petronas terlibat dalam menaja pasukan Sauber, BMW dan kini Mercedes GP. Alex Yoong menambah sejarah dengan muncul sebagai pemandu F1 pertama Malaysia yg beraksi untuk pasukan Minardi pada 2001. 2010 menyaksikan kehadiran pasukan F1 Lotus Racing terus melonjakkan nama Malaysia dan ia sebagai merialisasikan hasrat Dr. Mahathir yg mahu Malaysia terlibat dalam industri perlumbaan berprestij itu. Lebih bermakna apabila Fairuz Fauzy menjadi pemandu uji pasukan.



    PROTON atau Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd juga berasaskan idea Dr. Mahathir kepada presiden Mitsubishi sebagai syarikat automotif pertama Malaysia. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) berperanan dalam membuat penyelidikan. Proton Saga merupakan keluaran model pertama yg berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Bertitik tolak dari permulaan ini membawa kepada kereta pertama buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Proton Waja. Juga dikenali Proton Impian di Eropah. Bukan sahaja mampu mereka bentuk kereta, Proton juga menghasilkan enjin Campro, yg pertama dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia dengan kerjasama Lotus. Dengan adanya enjin Campro telah membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa.

    Dr. Mahathir menjadi pemimpin pertama di dunia menjawab pertanyaan secara langsung di Internet pada 1995. Anda semua boleh pergi melawat di blog chedet.co.cc/chedetblog.

    Read more...

    Lotus Racing


    Ketika aku menulis entry ni, jam dah pukul 10.45 PM waktu Malaysia dan tak lama lagi akan masuk bulan baru. Perlumbaan F1 GP Turkey baru saja melabuhkan tirainya dan yang mengecewakan aku ialah tahap Pasukan Lotus Racing. Pasukan milik Malaysia itu gagal mencari kedudukan terbaik apabila kedua-dua kereta Lotus Racing gagal menamatkan perlumbaan. Jarno Trulli terpaksa berhenti selepas mengalami masalah hidraulik pada pusingan ke-33 manakala Heikki Kovalainen juga menghadapi masalah stereng kereta bocor pada pusingan ke-34. Tapi masih ada 12 litar untuk memperbaiki prestasi. Itu bukan persoalan utama, bagi aku Pasukan Lotus Racing memerlukan masa untuk memperkemaskan setiap bahagian dalam jentera Lotus. Di entry ni aku nak cerita What, Why, When, Where and How Lotus F1 Racing terbina.

    Pangkalan: Norfolk, UK
    Prinsipal Pasukan: Tony Fernandes
    Ketua Teknikal: Mike Gascoyne
    Pemandu: J Trulli dan H Kovalainen
    Pemandu Uji: F Fauzy
    Chasis: T127
    Enjin: Cosworth CA2010


    Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya 'tewas pertaruhan'. "Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya cabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyiapkannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini, nasib tidak melibatkan wang," katanya. Harapan Dr. Mahathir mahu pasukan itu mampu mengembalikan saat gemilang Lotus dan demi menjaga imej serta reputasi jenama Lotus itu sendiri. Dr. Mahathir juga merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk yang turut disertai oleh Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia-F1 Lotus, Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne. Lotus F1 Racing ditadbir oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd.


    Pemilihan Pemandu Lotus F1 Racing oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Pemilihan bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan bekas pemandu McLaren Merc, Heikki Kovalainen sebagai pemandu atas dasar pengalaman. Kata Prinsipal Lotus Racing Datuk Seri Tony Fernandes "Experience is the most important thing for us, because it’s a value you can’t buy". Pemandu negara, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.

    Lotus Racing membuat penampilan sulung di Pavilion Kuala Lumpur dan pada masa yang sama PROTON Holdings Bhd melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Model Neo yang di naik taraf ini berharga RM 115 ribu sebagai simbolik kelahiran pasukan 1Malaysia Lotus F1 dan pemilik pertamanya ialah Pelakon terkenal, Rosyam Nor.

    Spesifikasi dan fakta Proton Satria Neo R3 Lotus Racing:

    1. Berkongsi chasis yang sama dengan model Neo R3 – dijana enjin CamPro Swithching (CPS), 16 injap Transverse FF, kuasa maksimum 145hp pada kelajuan 7 000 rpm.
    2. 100 km/j dalam masa 9.2 saat, kelajuan maksimum 200 km/j.
    3. Suspensi dual flow Ohlins Adjustable.
    4. Transmisi manual 5 kelajuan.
    5. Seat kulit Nappa dengan logo Lotus dan kemasan gentian karbon.
    6. Bonet depan karbon fibre dan fender FRP.
    7. Brek AP Racing merupakan OEM brek model Lotus.
    8. Engine upgrade penggunaan ECU R3 talaan semula, ratio gear 1-4 yang lebih pendek dan sistem ekzos R3.
    9. 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.




    Read more...

    Recent Comments

    Editor

    My photo
    Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
    myfreecopyright.com registered & protected

      © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP