featured-content

GP Belgium : Kuasa Hamilton

Hamilton rampas kedudukan pendahulu kejuaraan F1 daripada Webber setelah berjaya memintas Webber ketika perlumbaan dimulakan dan penguasaan permukaan licin litar pada tujuh kilometer terakhir perlumbaan sekaligus muncul juara GP Belgium.

Meskipun mengharungi perlumbaan yang sukar, Hamilton berjaya melepasi semua halangan untuk mengambil alih kedudukan teratas ketegori pemandu dengan kelebihan tiga mata. Hamilton yang mengambil risiko tidak menukar tayar sebaik hujan turun ketika perlumbaan berbaki sembilan pusingan, terbabas ketika mengambil selekoh tetapi berjaya kembali ke litar dan terus menuju ke pit untuk menukar tayar.

Pemandu Britain itu mengekalkan pemanduan cemerlang untuk menamatkan perlumbaan, diikuti oleh Webber yang memulakan perlumbaan dari petak paling hadapan berpuas hati menamatkan perlumbaan di tempat ke-2 dan Kubica cemerlang untuk pasukan Renault dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-3.

Hamilton kini menghuni tangga teratas dalam kategori pemandu dengan 182 mata, diikuti oleh Webber dengan 179 mata. Red Bull Racing kekal di tangga teratas kategori pengeluar dengan 330 mata.


2 comments:

De'din August 30, 2010 at 7:44 AM  

x berapa minat tgk f1 skrang..
x tau kenapa..

btw, Salam merdeka

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP