featured-content

Showing posts with label Mark Webber. Show all posts
Showing posts with label Mark Webber. Show all posts

2010 Milik Red Bull

Pada Isnin lalu Vettel bersama Webber dan ketua pasukan, Cristian Horner dan ketua teknikal, Adrian Neway kembali ke pengkalan Red Bull di Salzburg, Austria dari Abu Dhabi selepas berjaya mendominasi musim 2010 dengan gelaran Juara Pengeluar dan Juara Pemandu. Vettel kini ke Timur Tengah di Litar Yas Marina, Abu Dhabi untuk mewakili Red Bull dalam sesi khas untuk menguji tayar Pirelli sebagai pembekal baru menggantikan Bridgestone selepas 14 tahun berada di arena F1. Sesi khas itu pada Jumaat dan Sabtu. Sesi pertama pada hari jumaat menyaksikan Vettel berjaya melakukan catatan masa terpantas dan Felipe Massa berjaya memintas catatan masa yang dilakukan Vettel pada sesi kedua sementara Vettel ke 2 terpantas. Sesi 3 dan 4 akan bersambung pada hari Sabtu ini. 

Pasukan Red Bull terlebih dahulu meraikan kejayaan kategori pengeluar ketika kedua-dua pemandunya menamatkan kedudukan 1-2 di GP Brazil. Manakala bagi ketegori pemandu yg penuh dramatik kerana kedua-dua pemandu berada dalam situasi perebutan kejuaraan. Pada perlumbaan terakhir di Abu Dhabi, buat pertama kalinya Vettel mendahului pungutan mata dan menjadi pemandu F1 termuda menjuarainya. Ketika jentera Red Bull yg dipandu Vettel melintasi garisan penamat, ketua pasukan memberitahu menerusi radio bahawa WDC menjadi miliknya.
Penasihat Red Bull yg juga bekas pemandu pasukan itu, David Coulthard percaya Mark Webber akan dapat mengatasi rasa kecewa beliau musim ini dan akan kembali dengan semangat baru musim depan untuk mencabar kejuaraan dunia. "Tidak selalunya mudah buat kami sepanjang tahun ini, namun ia adalah normal apabila kami bersaing sesama sendiri diperingkat ini," kata Webber pada sidang akhbar. Webber turut mengakui bahawa Vettel berhak mendapat kejuaraan itu.

19 perlumbaan pada musim ini, 15 kedudukan petak pertama (10 kali petak pertama dari Vettel dan 5 kali dari Webber) dengan 9 kemenangan oleh Vettel 5 kali menang dan Webber 4 kali menang dan 4 kali penamat pada kedudukan 1-2 membawa kejuaraan ketegori pengeluar milik Red Bull Racing. Kejuaraan kategori pemandu menjadi milik Sebastian Vettel yg mencatat 10 kali petak pertama dan 5 kali menang sementara Webber dengan 5 kali petak pertama dan 4 kali menang ke 3 keseluruhan kategori pemandu.



Read more...

Alonso, Webber, Vettel atau Hamilton?

Fernando Alonso, Mark Webber, Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton adalah 4 pelumba yg masih dalam perebutan untuk memenangi 2010 F1 Drivers Championship di perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi. Alonso dengan 246 mata menjadi pilihan untuk memenangi gelaran tahun ini apabila 8 mata mengatasi Webber dan Vettel 7 mata di belakang rakan sepasukan sementara Hamilton 24 mata di belakang Alonso. Juara Dunia musim lalu, Jenson Button sudah terkeluar dalam perebutan ini apabila  sekadar menamatkan tempat ke 5 di litar Interlagos, Brazil. "I won the Drivers World Championship in Brazil last year, and I lost it here this year," kata Button. 

Tahun 2009, jentera RB5 sangat pantas dan  mendominasi Litar Yas Marina di Abu Dhabi dengan Vettel muncul Juara dan Webber ke-2 dan tahun ini RB6 masih mengekalkan prestasi yg sama. Kini Webber dan Vettel  kembali ke litar yg sama dengan harapan mampu muncul Juara kategori pelumba musim ini. Ada kemungkinan bahawa keputusan Grand Prix Brazil akan berulang dan jika keputusan di Abu Dhabi masih sama seperti di Brazil, kedua-dua pemandu Red Bull akan berkongsi 256 mata tetapi Alonso akan menjuarai WDC dengan 261 mata. Jika Alonso menamatkan perlumbaan di tempat pertama atau kedua dia akan memenangi kejuaraan itu tidak kira dimana Webber, Vettel dan Hamilton menamatkan perlumbaan. 

Bagi Alonso, mengatasi pemandu Red Bulls di sesi kelayakan adalah tujuan utamanya pada hari Sabtu  ini  dan memberinya kelebihan pada hari perlumbaan. Lewis Hamilton mengetahui akan harapan untuk bergelar juara sangat tipis menjelang ke perlumba akhir tetapi dia akan terus mencuba sehingga pusingan terakhir.

Lewis Hamilton (McLaren)

Kemenangan 2010:
Turki, Kanada, Belgium

Musim lalu di Abu Dhabi: Tidak Menamatkan Perlumbaan

Mata: 222



Sebastian Vettel (Red Bull)

Kemenangan 2010: Malaysia, Eropah, Jepun, Brazil

Musim lalu di Abu Dhabi: Juara

Mata: 231




Mark Webber (Red Bull)
Kemenangan 2010: Sepanyol, Monaco, Britain, Hungary

Musim lalu di Abu Dhabi: Kedua

Mata: 238




Fernando Alonso (Ferrari)

Kemenangan 2010: Bahrain, Jerman, Itali, Singapura, Korea Selatan

Musim lalu di Abu Dhabi: 14

Mata: 246


"I need second place if Mark wins to be Champion, a fifth if Seb wins so we see what happens"


Read more...

F1 : Siapa Bakal Juara?


Dengan berbaki dua perlumbaan dalam kalendar F1 musim 2010 ini, hanya 50 mata maksimum yg menjadi rebutan 4 pemandu ini. Selepas perlumbaan GP Korea, peluang Jenson Button untuk mempertahankan gelaran Juara Dunia F1 menjadi suatu misi mustahil kerana ketinggalan 42 mata dibelakang pendahulu keseluruhan kategori pemandu iaitu Fernando Alonso 231 mata.

"Dengan baki dua perlumbaan dan hakikat berapa jauh saya ketinggalan dari segi pungutan mata ketika ini ia pasti sukar dari mana saya berada ketika ini," kata Button. Button bermula musim ini dengan harapan untuk muncul pemandu pertama memenangi gelaran secara berturut-turut dengan pasukan berbeza.

Pusingan ke18 bakal berlangsung di Litar Interlagos Brazil. Perhatian kini lebih terarah kepada pemandu Red Bull Racing iaitu Mark Webber. Webber pastinya mahu mengulangi pencapaian musim 2009 apabila muncul Juara dilitar ini.

Apa Kata Mereka:

5. Jenson Button (189)
"Naturally, I’ve got great memories of this track because it was here that I secured my two titles, in 2005 and 2006. Every time I go to Sao Paolo it’s a special feeling and the atmosphere is really great. I don’t want to think about the chances of history repeating itself for a third time: I know it is theoretically possible, but that does not count for me. We want to tackle this Grand Prix in the same way as all the others, concentrating on ourselves with our feet on the ground, trying to do a good job, without making mistakes and with the aim of beating our rivals. I have said it before and I say it again: we will do the maths in Abu Dhabi."

Read more...

Video Kemalangan Webber & Lotus Racing








Read more...

Webber Demam Bola


Sekarang musim bola Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan sedang hangat berlangsung. Walaupun minat aku terhadap sukan permotoran, perkembangan dunia bola juga harus diikuti. Gambar diatas merupakan pemandu F1 pasukan Red Bull Racing iaitu Mark Webber sedang menimbang bola. Sudah pasti Webber adalah penyokong kuat pasukan bola dari Australia memandangkan Webber sendiri berasal di Queanbeyan, Australia.

Aksi pertama Kumpulan D antara Jerman dengan Australia menyaksikan pasukan Jerman beraksi cemerlang dengan mencatat kejayaan besar ke atas pasukan Autralia 4-0. Gol yang dihasilkan oleh Lukas Podolski, Miroslav Klose, Thomas Muller dan Cacau telah melemahkan pasukan lawan. Permulaan yang cemerlang buat Jerman dalam kempen Piala Dunia 2010.


Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP