featured-content

About Me


Salam Ceria,

Ingin aku perkenalkan 'Jiwa Maskulin' diilhamkan sebagai blog yang menampilkan bahan berkenaan dunia sukan permotoran. Antaranya Formula Satu, Grand Prix A1, dan pelbagai lagi info menarik yang boleh dikongsikan. Perkembangan sukan permotoran turut diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Datuk Seri Tony Fernandes sendiri yang mempunyai perancangan yang besar untuk melahirkan jaguh dunia di kalangan anak tempatan dalam sukan permotoran antarabangsa. Beliau juga merupakan Prinsipal pasukan Lotus F1 Racing.

Nama Jiwa Maskulin diambil dari gabungan perkataan Jiwa dan Maskulin. Maskulin berasal daripada bahasa Latin yang membawa makna lelaki yang mempunyai kualiti tertentu. Kelajuan merupakan satu dari sifat kelakian yang menunjukkan keberanian dalam diri.

Kewujudan Jiwa Maskulin adalah untuk Generasi Y yang meminati sukan permotoran dan teknologi kelajuan. Aku juga lahir pada era Generasi Y yang mengikut trend semasa. Tujuan sebenar aku menulis blog ini adalah untuk berkongsi sesuatu kepada masyarakat. Memandangkan kerajaan mengambil berat bagi memajukan lagi industri sukan itu dengan cadangan untuk mewujudkan sebuah Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang menjurus kepada pengajian berkaitan kemahiran kejuruteraan dan teknikal dalam sukan permotoran dan dibangunkan dengan kerjasama pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Harapan aku adalah dapat memaparkan maklumat yang dapat menarik minat pembaca untuk menyelami sukan permotoran yang sebenarnya. Akhir kata dari aku, "biar cepat, asalkan selamat" dan pastikan "laju seperti Ferrari, selamat seperti Volvo".

Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP