featured-content

Sistem NGV


Salam 1Malaysia. Entry kali ini yang terbaru dalam 'POWER PAGES', dilabelkan sebagai Sudut Teknikal. Post pertama Sudut Teknikal tentang NGV. NGV ringkasan Natural Gas of Vehicle merupakan satu contoh terbaik dalam usaha menangani masalah bahan bakar kenderaan. Kenderaan yang menggunakan NGV adalah sangat menjimatkan dan tahap keberkesanan pembakarannya adalah baik. POWER PAGES menjalankan kajian di NICE Network Diversied Sdn Bhd dan hasilnya cukup baik di sini.

Pada dasarnya NGV ini bertujuan untuk penjimatan kos minyak petrol kepada pengguna. Kos bagi gas asli adalah hamper 70 peratus lebih murah berbanding petrol. Kos bagi penyenggaraan kenderaan dapat dikurangkan kerana bahan api ini membakar dengan lebih bersih. Namun dari segi aspek penjagaan ia lebih kepada mengelak pencemaran alam sekitar dan tidak dapat dinafikan gas adalah bahan api yang mempunyai proses pembakaran yang lebih bersih.

Gas asli adalah melalui proses tinggalan haiwan atau organisma purba dan diambil dalam bentuk gas berbeza dengan minyak petrol dari bentuk cecair. Gas asli juga boleh meledak dan terbakar ketika nyalaan.Pemasangan jenis NGV berbeza mengikut jenis kenderaan. Bagi kaedah pemasangan, pemasangan bermula di bahagian enjin. Pemasangan seperti Pressure Regulator, Refuelling Valve dan lain-lain komponen untuk bahagian bonet dipasang terlebih dahulu.

Kemudian kerja-kerja pemasangan salur-salur NGV dilakukan di bawah kenderaan. Setelah pemasangan salur NGV dilakukan, pemasangan tong NGV pula dilakukan. Manakala bagi kaedah percubaan, percubaan akan hasil penggunaan NGV akan ditaksir. Ini adalah kerana diperingkat permulaan pemasangan, terdapat beberapa kesalahan ataupun kesilapan teknikal seperti kebocoran salur, masalah ‘wiring’, hasil kuasa, serta tindak balas apabila pendikit minyak ditekan.


Bagi kaedah setting dan penyudahan akan dijalankan seperti penetapan nisbah pembakaran, nisbah pengeluaran gas ke kebuk pembakaran akan ditetapkan dengan menggunakan perisian khas berbantukan computer. Ini adalah kerana setiap kenderaan mempunyai ciri-ciri yang berbeza bagi nisbah tersebut. Setelah penetapan dilakukan, kenderaan yang dipasang kit NGV tersebut akan menjalani ujian sehinggalah nisbah yang ditetapkan mencukupi bagi memberikan kuasa kepada kenderaan.


Kekurangan menggunakan sistem ini adalah ruang but kereta yang akan berkurangan dan menjadi sempit. Walau apa pun, sistem NGV mula mendapat sambutan kerana kerajaan telah memberikan pengurangan cukai jalan sebanyak 25 peratus kepada pemilik kenderaan dengan sistem NGV. NGV bukan sahaja untuk kegunaan pengankutan awam malah sesiapa jua boleh memilikinya, asalkan ada kemahuan dan kewangan. Sekian.





0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP