featured-content

Showing posts with label Lotus Racing. Show all posts
Showing posts with label Lotus Racing. Show all posts

Lotus vs Lotus

Dua pasukan berbeza tetapi menggunakan satu nama iaitu 'Lotus'. Kedua-duanya ingin mengenakan warna klasik hitam dan emas pada jentera mereka yang kali terakhir digunakan ketika Renault dan Lotus bergabung pada 1980. 
Pasukan Renault juga telah mendedahkan foto lakaran jentera F1 R30 dengan warna klasik Lotus. Pasukan itu juga akan dinamakan semula sebagai ‘Lotus-Renault GP’ tidak lama lagi. Group Lotus merupakan anak syarikat milik penuh Proton Holdings Bhd yg memiliki kepentingan ekuiti utama dalam Genii (Genii Capital) dan muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar. Genii berpangkalan di Luxembourg merupakan pemegang saham 75 peratus daripada pasukan Renault F1. Bagaimanapun, anak syarikat Proton yang berpangkalan di Hethel, Norfolk, United Kingdom itu tidak menyatakan nilai pembelian serta jumlah ekuiti yang dibelinya. Pembetukan pasukan Lotus-Renault GP  mendapat sokongan dari penasihat Proton Tun Dr Mahathir Mohamad.

Datuk Tony Fernandes telah membeli lesen untuk menggunakan nama 'Lotus' dari Proton, pemilik Group Lotus pada tahun 2009. Pasukan kendaliannya itu dikenali sebagai Lotus Racing dan dianggap sebagai kesinambungan Pasukan Lotus klasik dan mencatat rekod penyertaan 500 Grand Prix di Valencia tahun ini. Bagaimanapun Group Lotus telah menarik balik hak penggunaan nama Lotus oleh pasukan Lotus Racing. Namun Tony kembali mendapatkan hak untuk menggunakan nama Lotus dari David Hunt pemilik nama Team Lotus pada bulan September lalu. Hunt telah memiliki nama Team Lotus pada akhir tahun 1994. Baca entri Team Lotus untuk lebih lanjut.

Group Lotus memutuskan mengadakan pakatan dengan Renault kerana kerjasamanya dengan 1Malaysia Racing Team (1MRT) gagal menghasilkan keputusan diingini. Katanya, walaupun 1MRT adalah pasukan baru yang paling menyerlah, kadar peratusan pendedahan pasukan itu dalam dunia sukan F1 amat sedikit, iaitu berada di tangga ke-10 dengan catatan peratusan 1.2 peratus berbanding Renault F1 Team yang meraih kadar pendedahan 12.9 peratus dan berada di tangga keempat daripada 12 pasukan bertanding.

Kesimpulannya, bagi pendapat saya kedua-dua pasukan perlu bergabung seperti pasukan Red Bull Racing dan Toro Rosso. Persamaan mereka ialah menggunakan enjin Renault dan nama Lotus, yg membezakan adalah pencapai pasukan. Antara Team Lotus dan Lotus-Renault GP, mana pilihan anda?

Read more...

Team Lotus


Tiada lagi nama Lotus Racing pada saingan F1 musim 2011. Pasukan yg mendapat kebenaran untuk terlibat dalam perlumbaan F1 pada lewat tahun 2009 itu akan dikenali dengan nama TEAM LOTUS. Tony Fernandes membeli hakcipta nama Team Lotus dari pemegang sebelumnya David Hunt bagi membolehkan pasukan itu terus menggunakan nama Lotus pada saingan musim 2011. Penukaran nama ini disebabkan GROUP LOTUS menerusi pemiliknya Proton menarik semula lesen yang membenarkan pasukan itu dari terus menggunakan nama Lotus musim depan. Keputusan siapa yang berhak ke atas nama TEAM LOTUS kini bakal ditentukan oleh mahkamah di Britain.

Kontrak Lotus bersama pembekal enjin Cosworth tamat 2 tahun lebih awal. Dan Renault akan membekalkan enjin kepada pasukan Team Lotus bermula musim 2011 dalam satu kenyataan yg dibuat oleh President Renault Sport, Bernard Rey. Pasukan kendalian Tony Fernandes juga telah mengesahkan bahawa mereka akan menggunakan gearbox dan sistem hydraulic dari Red Bull Technology. Masalah yg sering dihadapi pemandu dengan jentera T127 seperti Hydraulic dan Gearbox dapat diatasi dengan Gearbox dan sistem Hydraulic spesifikasi tahun 2009 dari Red Bull Technology.

Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli kekal sebagai pemandu utama mereka untuk musim 2011. Manakala Fairuz Fauzy juga kekal dengan peranan sebagai pemandu ujian.

Read more...

Lotus Racing : Tiada Apa Yang Mustahil

Jentera T127 milik pasukan Lotus Racing yang menggunakan enjin Cosworth muncul juara di kalangan tiga pasukan baru yg bersaing pada musim ini. Lotus Racing berjaya menduduki tempat ke-10 dari 12 pasukan menewaskan Virgin Racing dan Hispania Racing yg juga menggunakan enjin Coswort. Pemilik Virgin Airlines, Sir Richard Branson tewas dalam pertaruhan dengan CEO Air Asia Group, Datuk Seri Tony Fernandes untuk pasukan F1 masing-masing. Kedua-dua tycoon itu membuat cabaran sewaktu bermulanya musim F1 pada Mac lalu dan berakhir di Litar Yas Marina, Abu Dhabi.

Mengikut perjanjian hartawan dari Brittain itu akan ‘ditugaskan’ untuk memakai pakaian pramugari syarikat penerbangan tambang murah itu dan menjadi pramugari bagi penerbangan jarak jauh dalam salah satu penerbangan AirAsia X antara Kuala Lumpur – London atau London – Kuala Lumpur. Tiada Apa Yang Mustahil.

Tahniah pasukan yang mewakili Malaysia, Lotus Racing atas kejayaan tempat ke-10 untuk musim pertama!

Ikutilah perkembangan pasukan Lotus Racing dan persedian pasukan pada perlumbaan musim hadapan bersama Jiwa Kelajuan. -iRfan Johan-

Read more...

Dr. Mahathir & Sukan Permotoran


Tun Dr. Mahathir merupakan individu yang bertanggungjawab mewujudkan sukan permotoran skala besar dalam negara dengan pembinaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Litar ini terletak kira-kira 85km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Litar yg hanya mengambil masa selama 14 bulan untuk disiapkan ini dilancarkan pada 9 Mac 1999. Pembinaan litar ini oleh seorang arkitek dan pereka bentuk litar berbangsa Jerman iaitu Hermann Tilke. Bangunan yg dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden dan canggih itu menerima penghormatan meletakkan logo F1 pada nama Dr. Mahathir. Antara sukan lumba yg berlangsung di litar Sepang selain perlumbaan F1 adalah MotoGP, Super Siri Malaysia, Merdeka Millennium Endurance, A1 dan banyak lagi.


Idea kreatif Dr. Mahathir ini menjadikan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan penuh berprestij F1 Petronas Grand Prix, buat julung-julung kalinya. Penglibatan Malaysia dalam F1 semakin berkembang selepas syarikat petroleum nasional, Petronas terlibat dalam menaja pasukan Sauber, BMW dan kini Mercedes GP. Alex Yoong menambah sejarah dengan muncul sebagai pemandu F1 pertama Malaysia yg beraksi untuk pasukan Minardi pada 2001. 2010 menyaksikan kehadiran pasukan F1 Lotus Racing terus melonjakkan nama Malaysia dan ia sebagai merialisasikan hasrat Dr. Mahathir yg mahu Malaysia terlibat dalam industri perlumbaan berprestij itu. Lebih bermakna apabila Fairuz Fauzy menjadi pemandu uji pasukan.



PROTON atau Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd juga berasaskan idea Dr. Mahathir kepada presiden Mitsubishi sebagai syarikat automotif pertama Malaysia. Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM) berperanan dalam membuat penyelidikan. Proton Saga merupakan keluaran model pertama yg berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Bertitik tolak dari permulaan ini membawa kepada kereta pertama buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Proton Waja. Juga dikenali Proton Impian di Eropah. Bukan sahaja mampu mereka bentuk kereta, Proton juga menghasilkan enjin Campro, yg pertama dikeluarkan oleh pembuat kereta Malaysia dengan kerjasama Lotus. Dengan adanya enjin Campro telah membuktikan kemampuan Proton untuk membina enjin yang berkuasa.

Dr. Mahathir menjadi pemimpin pertama di dunia menjawab pertanyaan secara langsung di Internet pada 1995. Anda semua boleh pergi melawat di blog chedet.co.cc/chedetblog.

Read more...

F1 : Bersama Alex Yoong


Lotus Racing
Pasukan ini bermula dari bawah dan hanya ditubuhkan enam bulan sebelum musim F1 2010 bermula. Mereka juga dilihat berada pada landasan yg betul khususnya dari segi peningkatan jentera. Saya yakin mereka bakal menjadi pencabar kepada pasukan gergasi tahun depan.

Pemerhatian serta pandangan Alex Yoong terhadap pasukan Lotus Racing yg bersaing dalam F1 musim ini.










Alex Yoong adalah bekas pelumba F1 dan A1 Malaysia dan juga merupakan penganalisis sukan permotoran serta pengulas F1 di Star Sports. Juga sebagai Ketua Pembangunan Pemandu bagi 1Malaysia Formula 1 Team (1MF1T).

Read more...

Lotus Racing


Ketika aku menulis entry ni, jam dah pukul 10.45 PM waktu Malaysia dan tak lama lagi akan masuk bulan baru. Perlumbaan F1 GP Turkey baru saja melabuhkan tirainya dan yang mengecewakan aku ialah tahap Pasukan Lotus Racing. Pasukan milik Malaysia itu gagal mencari kedudukan terbaik apabila kedua-dua kereta Lotus Racing gagal menamatkan perlumbaan. Jarno Trulli terpaksa berhenti selepas mengalami masalah hidraulik pada pusingan ke-33 manakala Heikki Kovalainen juga menghadapi masalah stereng kereta bocor pada pusingan ke-34. Tapi masih ada 12 litar untuk memperbaiki prestasi. Itu bukan persoalan utama, bagi aku Pasukan Lotus Racing memerlukan masa untuk memperkemaskan setiap bahagian dalam jentera Lotus. Di entry ni aku nak cerita What, Why, When, Where and How Lotus F1 Racing terbina.

Pangkalan: Norfolk, UK
Prinsipal Pasukan: Tony Fernandes
Ketua Teknikal: Mike Gascoyne
Pemandu: J Trulli dan H Kovalainen
Pemandu Uji: F Fauzy
Chasis: T127
Enjin: Cosworth CA2010


Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya 'tewas pertaruhan'. "Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya cabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyiapkannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini, nasib tidak melibatkan wang," katanya. Harapan Dr. Mahathir mahu pasukan itu mampu mengembalikan saat gemilang Lotus dan demi menjaga imej serta reputasi jenama Lotus itu sendiri. Dr. Mahathir juga merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk yang turut disertai oleh Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia-F1 Lotus, Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne. Lotus F1 Racing ditadbir oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd.


Pemilihan Pemandu Lotus F1 Racing oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Pemilihan bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan bekas pemandu McLaren Merc, Heikki Kovalainen sebagai pemandu atas dasar pengalaman. Kata Prinsipal Lotus Racing Datuk Seri Tony Fernandes "Experience is the most important thing for us, because it’s a value you can’t buy". Pemandu negara, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.

Lotus Racing membuat penampilan sulung di Pavilion Kuala Lumpur dan pada masa yang sama PROTON Holdings Bhd melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Model Neo yang di naik taraf ini berharga RM 115 ribu sebagai simbolik kelahiran pasukan 1Malaysia Lotus F1 dan pemilik pertamanya ialah Pelakon terkenal, Rosyam Nor.

Spesifikasi dan fakta Proton Satria Neo R3 Lotus Racing:

1. Berkongsi chasis yang sama dengan model Neo R3 – dijana enjin CamPro Swithching (CPS), 16 injap Transverse FF, kuasa maksimum 145hp pada kelajuan 7 000 rpm.
2. 100 km/j dalam masa 9.2 saat, kelajuan maksimum 200 km/j.
3. Suspensi dual flow Ohlins Adjustable.
4. Transmisi manual 5 kelajuan.
5. Seat kulit Nappa dengan logo Lotus dan kemasan gentian karbon.
6. Bonet depan karbon fibre dan fender FRP.
7. Brek AP Racing merupakan OEM brek model Lotus.
8. Engine upgrade penggunaan ECU R3 talaan semula, ratio gear 1-4 yang lebih pendek dan sistem ekzos R3.
9. 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.




Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP