Alonso, Webber, Vettel atau Hamilton?
Fernando Alonso, Mark Webber, Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton adalah 4 pelumba yg masih dalam perebutan untuk memenangi 2010 F1 Drivers Championship di perlumbaan terakhir musim ini di Abu Dhabi. Alonso dengan 246 mata menjadi pilihan untuk memenangi gelaran tahun ini apabila 8 mata mengatasi Webber dan Vettel 7 mata di belakang rakan sepasukan sementara Hamilton 24 mata di belakang Alonso. Juara Dunia musim lalu, Jenson Button sudah terkeluar dalam perebutan ini apabila sekadar menamatkan tempat ke 5 di litar Interlagos, Brazil. "I won the Drivers World Championship in Brazil last year, and I lost it here this year," kata Button.
Tahun 2009, jentera RB5 sangat pantas dan mendominasi Litar Yas Marina di Abu Dhabi dengan Vettel muncul Juara dan Webber ke-2 dan tahun ini RB6 masih mengekalkan prestasi yg sama. Kini Webber dan Vettel kembali ke litar yg sama dengan harapan mampu muncul Juara kategori pelumba musim ini. Ada kemungkinan bahawa keputusan Grand Prix Brazil akan berulang dan jika keputusan di Abu Dhabi masih sama seperti di Brazil, kedua-dua pemandu Red Bull akan berkongsi 256 mata tetapi Alonso akan menjuarai WDC dengan 261 mata. Jika Alonso menamatkan perlumbaan di tempat pertama atau kedua dia akan memenangi kejuaraan itu tidak kira dimana Webber, Vettel dan Hamilton menamatkan perlumbaan.
Bagi Alonso, mengatasi pemandu Red Bulls di sesi kelayakan adalah tujuan utamanya pada hari Sabtu ini dan memberinya kelebihan pada hari perlumbaan. Lewis Hamilton mengetahui akan harapan untuk bergelar juara sangat tipis menjelang ke perlumba akhir tetapi dia akan terus mencuba sehingga pusingan terakhir.
Lewis Hamilton (McLaren)
Musim lalu di Abu Dhabi: Tidak Menamatkan Perlumbaan
Mata: 222
Sebastian Vettel (Red Bull)
Kemenangan 2010: Malaysia, Eropah, Jepun, Brazil
Musim lalu di Abu Dhabi: Juara
Mata: 231
Mark Webber (Red Bull)
Kemenangan 2010: Sepanyol, Monaco, Britain, Hungary
Musim lalu di Abu Dhabi: Kedua
Mata: 238
Fernando Alonso (Ferrari)
Kemenangan 2010: Bahrain, Jerman, Itali, Singapura, Korea Selatan
Musim lalu di Abu Dhabi: 14
Mata: 246
"I need second place if Mark wins to be Champion, a fifth if Seb wins so we see what happens"
1 comments:
aku xminat pemandu2 F1 sebab aku jeles dorg bawak F1...hahahaha! alangkah seronoknya kalau aku yang naik podium..hahahaha!
papepun...Alonso menang lah! betol...siyes... si sotong dah pilih gmbar alonso sbelum dia mati..haha!
Post a Comment