featured-content

Showing posts with label Motivation. Show all posts
Showing posts with label Motivation. Show all posts

Kenapa Perlu Kerja?

Persoalan ini telah saya jawab ketika pertemuan dengan Dr Zakaria Taib di pejabat beliau yg terletak di Kota Damansara. Kenapa Perlu Kerja? Kerana saya memerlukan pendapatan tetap setiap bulan. Ini bukan bermakna saya melupakan hasrat untuk teruskan usaha dalam bidang Network Marketing yg saya belajar dan usahakan selama ini. Dengan ada kerja tetap, saya tidak perlu risau dengan pendapatan setiap bulan. Asalkan perbelanjaan tidak lebih dari pendapatan. Menjalankan bisnes NWM ini bukanlah sesuatu yg mudah. Sama juga dengan bisnes2 yg lain, adakala naik adakala turun. 100% terletak atas usaha kita. Keputusan saya bekerja dan dalam masa yg sama menjalankan bisnes NWM.
NWM atau Network Marketing

Kenapa memilih bisnes yg berbentuk Networking? Saya masih muda dan perlu bersedia menghadapi perubahan ekonomi yg menyebabkan kos hidup semakin tinggi dari hari ke hari. Bisnes NWM ini satu permulaan sebelum menceburi bisnes konvensional. Dalam NWM kita bermula dengan modal yg rendah dan risiko yg kurang. Jika kita tidak dapat mengatasi sekiranya gagal dalam bisnes ini, bagaimana ingin menjalankan bisnes konvensional yg ternyata memerlukan modal yg lebih tinggi dan berisiko? Memandangkan saya masih muda, jika gagal ia tidak memberi kesan dalam tempoh jangka masa yg panjang.
Take The Challenge

Kita hari ini selalu mendengar tanggapan negatif terhadap NWM. Sering kali mendengar kisah-kisah mereka yg rasa tertipu dengan NWM. Tetapi jarang-jarang mendengar kisah kejayaan mereka ini. Mereka yg berjaya mengakui bukan mudah untuk berjaya. Sama seperti bisnes konvensional, kita hanya mendengar dan membaca kisah mereka yg telah berjaya. Tidak pula kita mengambil tahu tentang mereka yg gagal dan ditipu dalam bisnes mereka. Tertipu atau ditipu inilah salah satu risiko dalam bisnes. Belajar dari pengalaman mereka sangat berguna untuk kita membuat keputusan dan sebagai panduan supaya tidak tertipu atau ditipu.

Ini adalah pandangan saya secara peribadi berdasarkan pengalaman, fikir-fikirkan... Lihat Profile saya -iRfan Johan-

Read more...

Syabas Malaysia!


Malaysia Boleh! Apapun kritikan yg diberi, skuad bola sepak negara tetap berjaya mara ke pusingan separuh akhir. Pernahkah anda mendengar lagu "Fikirkan Boleh"? Lagu ini sangat sesuai untuk menaikkan semangat juang yang tinggi terutama kepada pemain-pemain bola yang berjuang untuk negara. Liriknya yang membakar semangat itu mampu menaikkan semangat positif dalam diri untuk boleh melakukan. Bukan hanya di mulut  mengatakan Boleh! Tetapi hati dan fikiran juga harus seiring dengan kata-kata itu. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Tiada apa yg mustahil.

Malaysia dan seterunya Indonesia sama-sama layak ke separuh akhir dalam Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010. Jika sebelum ini Indonesia membedil Malaysia dengan 5-1, kini giliran Malaysia pula membedil Laos dengan 5-1. Skuad bola sepak negara layak ke peringkat seterusnya apabila Indonesia berjaya menewaskan Thailand 2-1. Kedua-dua goal itu hasil dari sepakan penalti Bambang Pamungkas pada minit ke-81 dan 88.

Amri Yahyah menjaringkan 2 gol dan Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli masing-masing dengan 1 gol. Syabas Malaysia!

Read more...

Ada Apa Dengan Kereta Mewah

Jika membicarakan soal kenderaan mewah, persepsi orang ramai tidak dapat lari daripada jenama dari jerman ini seperti Mercedes dan BMW. Kedua-dua jenama sedan eksklusif ini sentiasa menjadi pilihan rakyat Malaysia sebagai lambang prestij dengan gaya serba mewah. Golongan yg terlibat dalam perniagaan yang berbentuk networking atau perkhidmatan yg berhubung secara langsung dengan pelanggan semestinya menjadikan penampilan pertama sebagai kunci untuk menarik sasaran pasaran yg lebih tinggi.

Bagi golongan ini ia menunjukkan yang mereka juga mempunyai gaya hidup yang tinggi dalam kehidupan. Mereka yg berumur 20 an keatas yg berjaya dalam perniagaan networking akan beralih kepada jentera pretasi tinggi demi minat dan kepuasan memandu. Membawa kereta buatan dari negara matahari terbit seperti Nissan Skyline, Fairlady dan lain-lain lagi sememangnya suatu kepuasan kerana minat. Sekiranya digunakan dengan strategi yang betul, boleh menjadi satu faktor strategi pelaburan untuk menarik pelanggan. Selain itu ia sebagai bukti kejayaan anda yang lalu.
Apabila ada sindiket skim cepat kaya yg turut menggunakan kereta mewah untuk dijadikan umpan untuk menarik orang ramai menyertai skim mereka menjadi punca kepada hilangnya kepercayaan umum terhadap perniagaan networking. Kesimpulannya, jika anda menggunakan kereta mewah dengan tujuan yg betul tidak menjadi satu kesalahan. Jangan menggunakan kereta mewah kerana menipu orang lain dan hanya untuk bangga diri serta menunjuk-nunjuk tetapi hakikatnya terpaksa mengikat perut nak membayar pinjaman dan maintenance kereta setiap bulan.

p/s: skim cepat kaya bukanlah perniagaan network marketing (MLM). Ia sama sekali berbeza.-iRfan Johan-

Read more...

Suatu Impian Ku

Impian untuk memiliki sesuatu yang mesti di capai dalam hidup seperti sebuah rumah dan kereta idaman adalah satu keperluan hidup. Aku menetapkan 3 matlamat utama dan bagaimana dengan anda?


Jika Aku Punya Rumah

Kriteria rumah idaman bagi setiap orang tentulah tidak sama. Aku idamkan sebuah rumah yg sempurna dan lengkap dengan pelbagai kemudahan. Seperti konsep 'Rumah Ku, Syurga Ku'. Semua diserahkan pada yg pakar untuk mengubahsuai dalaman rumah iaitu Deko Bersama Eric. Jika rumah sudah ku miliki, pasti tidak lupa untuk keperluan gaya hidup sebagai lelaki kelas pertama dengan memandu sebuah kereta mewah...

Jika Aku Punya Kereta

Pastinya ramai yg dapat meneka jenis kereta yg menjadi idaman aku. Dengan melihat pada lampunya sahaja rata-rata mengatakan ianya pasti sebuah kereta keluaran Jerman iaitu BMW. Maksud  lain BMW bagi aku 'Best Man Win' atau 'Bijak Menguruskan Wang'. Model BMW yg menjadi kegilaan ku ialah E60. Memandu kereta idaman merentasi kota raya seterusnya memasuki ruang beranda rumah dengan Auto Gate terbuka dengan hanya menekan butang di hujung jari, suatu saat yg di nanti-nanti kan. Amin!!!

Jika Aku Punya Isteri

Last But Not Least
-Motivation-


Read more...

'Dia M. Rajoli' -al fatihah-


Nama: Haji Mohd Rajoli @ Mohd Rajab
Kewarganegaraan: Malaysia
Tempat Lahir: Pasir Mas, Kelantan - 65
Al Fatihah kepada Allahyarham M Rajoli yang telah meninggal dunia di Hospital Ampang (10.55 malam 17 September 2010). Hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd Arif.

Pelbagai watak telah beliau lakonkan dan kebanyakan watak yang dibawanya adalah watak orang alim. Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa. Amin!!!

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w. antara lain menyatakan perguna lima perkara sebelum datang lima perkara masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati.



Read more...

Salah ke berbuka puasa di Masjid?

Seorang sahabat bertanya, "Ke mana nak berbuka puasa hari ni?"
Kata saya, "Di masjid Pantai Dalam pun boleh, Masjid Shah Alam pun boleh..."
"Gila!" katanya.

Terkejut saya, kenapa pula gila???

"Apa kelas berbuka di masjid?" tanyanya.
"Kelas apa yang tuan nampak?" tanyaku, tidak menjawab.
"Takkan nak berbuka di masjid, banyak kan hotel atau restoran buat majlis berbuka?" celotehnya, diakhiri soalan juga.
"Di mana-mana pun boleh, yang penting amal kita bernilai ibadah di sisiNya."
"Yelah engkau... mula la nak ceramah tu..."

Walaupun umat Islam beranggapan berbuka puasa di rumah lebih seronok, tetapi ramai yang tidak menyedari mengakhiri puasa setiap hari di masjid juga amat meriah apabila menikmati juadah bersama jemaah. Dengan kemewahan rezeki yang melimpah ruah, ramai umat Islam lebih suka berbuka puasa di restoran, atau di hotel berbanding dengan di masjid. Kalau yang datang ke masjid pun

Semakin ramai berbuka puasa di masjid walaupun tidak semua tetapi tinjauan The Malaysian Insider di Masjid Jamek Kampung Baru di Kuala Lumpur cukup teruja dengan kehadiran masyarakat tempatan dan luar.

Di manapun kita berbuka puasa, yang penting amal kita bernilai di sisiNya. Amin.

Read more...

Ada apa dengan blog?

Dunia blog kini semakin menjadi trend baru dan pengaruhnya tidak dapat disangkal lagi. Tidak kira siapa anda, para blogger mampu untuk bergiat aktif kerana era teknologi yang tiada sempadan. Keupayaan untuk menyampaikan maklumat dengan pantas dan mudah menjadikan blog sebagai medium penting penyebaran informasi. Penulisan dalam sesebuah laman blog mampu untuk menjana pendapatan. Bulan lepas, saya baru sahaja mengikuti kelas Dr. Hisham Dzakiria bertajuk 'Role of ICT'.

Internet Marketing telah terbukti membantu meningkatkan jualan dengan memasarkan produk tertentu melalui blog. Blog juga membantu penjenamaan semula (re-branding) sesebuah produk atau perkhidmatan melalui Internet. Dengan menggunakan imej yg baru mampu meningkatkan jualan. Ini untuk blogger yg memasarkan produk fizikal untuk menjana pendapatan.

Blogger juga boleh meraih pendapatan melalui rangkaian iklan yg disediakan oleh Nuffnang, Advertlets dan yg terbaru ManggaAd. Namun, masih ramai yang tidak menyedari akan potensi blog dalam menjana pendapatan sama ada secara sampingan mahupun sepenuh masa. Untuk penerangan lebih lanjut, tunggu post akan datang. Sekian.

Read more...

Sistem Piramid

Rata-rata orang apabila mendengar suatu sistem yg di panggil sistem pyramid ini ramai yg cenderung kepada persepsi yg negatif. Dalam sedar atau tidak sistem pyramid tidak pernah lari dari kehidupan kita. Dalam struktur masyarakat sendiri adalah piramid. Struktur sistem ini tetap digunakan kerana sistem ini adalah susunan mengikut heiraki. Sudah menjadi lumrah orang-orang yg mempunyai high population income akan berada diatas dalam masyarakat dan dikategorikan upper class seterusnya diikuti middle class, working class dan lower class.

Siapa golongan upper class? Peratusan mereka ini tidak banyak mungkin hanya 5%. Middle class pula golongan yg berduit dan mereka ini lebih ramai dari upper class. Working class yg masih bekerja dan lower class yg terus bekerja untuk hidup. Begitu juga dalam struktur organisasi sesebuah syarikat. CEO akan menerima gaji paling tinggi dalam organisasi. Berapa ramai CEO? Hanya seorang. Dan yg bawah sekali ialah pekerja biasa dalam organisasi iaitu Kerani. Kerani menerima gaji yg rendah berbanding penjawat jawatan yg lebih tinggi darinya. Bukankah ini juga struktur sistem piramid? Menggunakan konsep yg sama. Tetapi dalam organisasi ramai yg menghalalkan sistem piramid.

Bila sistem piramid diadakan dalam pemasaran rangkaian (MLM) persepsi negatif akan timbul. ‘Siapa masuk dulu yg dapat banyak duit, orang atas saja yg kaya’. Bagi saya itu adatlah sebabnya orang yg masuk dulu, terlebih dahulu menempuh cabaran dan dugaan dalam pemasaran rangkaian. Sudah pasti akan berada diatas. Bukankah pelik jika orang yg masuk kemudian terus berada diatas. Itu satu manipulasi. CEO dalam organisasi juga melalui perkara yg sama, berapa lama CEO itu bekerja untuk berada pada tahap itu? Tiada kesalahan dalam sistem piramid. Yang salah hanyalah konsep yg digunakan iaitu orang diatas akan 'makan' orang bawah tanpa mengira siapa yg buat sponsoring.

Lihat Profile lengkap saya iRfan Johan

Read more...

Age is only numbers


Salam semua. Untuk menjadikan sebuah laman blog yg penuh dengan information, entry ini diadakan dan dilabelkan sebagai Motivation. Umur hanyalah angka, itu kata bapa kepada seorang anak. Dan anak itu adalah saya sendiri. Umur bukanlah halangan untuk kita terus mencuba dan menerokai sesuatu yg baru. Generasi Y mahupun generasi X tidak sepatutnya menjadikan alasan faktor usia sebagai pemisah kepada kejayaan. Kejayaan itu berhak kepada mereka yg terus berusaha. Jika kita merasakan diri ini muda, kita akan berasa muda walaupun usia semakin hari semakin meningkat.

Di usia yg muda inilah kita seharusnya mencari ruang dan peluang untuk membina empayar. Membina empayar yg berpengaruh bukan mudah dan tiada jalan pintas. Apabila empayar yg dibina ini mula kukuh, kekayaan yg dinikmati. Kekayaan bukan hanya dari segi wang ringgit tetapi dari semua aspek seperti kekayaan masa, ilmu, budi perketi dan sebagainya. Sekalipun kita gagal diusia yg muda perjalanan itu masih jauh. Setiap kali menempuh kegagalan ingatlah bahawa Empayar Rom tidak terbina dalam sehari. Empayar Rom dibina dengan kesusahan dan kesungguhan orangnya. Begitu juga dengan anda dan diri saya yg memerlukan kesungguhan untuk
berjaya.

Jika seseorang itu telah berusia, mungkin mereka akan berasa terlambat untuk mencuba. Tetapi saya katakan tidak kerana kejayaan itu berhak kepada sesiapa yg berusaha. Kita renungkan seketika semangat dua orang yg bergelar nenek ini menggenggam segulung ijazah. Nenek pertama, Hazel Soares berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) ketika berusia 98 tahun. Nenek kedua pula, Nola Ochs, kini berusia 99 tahun menerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Pertanian (Agribusiness). Dua orang nenek ini membuktikan jika hendak seribu daya. Kita ambil contoh Kolonel Saunders yg mencipta ayam KFC pada umur 68 tahun. Ideanya itu digunakan untuk membina empayar dan sehingga kini francais KFC ada di mana-mana negara termasuk Malaysia. Jadi, ini bermakna tidak terlewat untuk kita melakukan sesuatu walaupun usia dah lanjut. Apa yg penting ialah terus berusaha.

Read more...

Ilmu Yang Tidak Relevan


Salam semua. Entry ke dua dalam Motivation. Ilmu menjadi tidak relevan apabila orang belajar hanya untuk belajar, untuk dapatkan sijil tetapi tidak tahu bagaimana ilmu itu boleh dikaitkan dengan masyarakat atau dengan kehidupan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan. Bukan tujuan saya untuk merendahkan mereka ini tetapi sekadar renungan untuk kita menjadi yg lebih baik.

Mahasiswa yg keluar dari IPT, kalau tidak diberi kerja tidak tahu macam mana hendak bekerja. Mereka akan menganggur. Sedangkan orang yg tidak belajar di IPT pun pandai kerja dan pandai cari jalan kehidupan. Benarlah kata kawan saya, "Orang yg pandai belajar belum pasti pandai untuk hidup". Kenapa ilmu ini menjadi tidak relevan?

Kadang-kadang apa yg dipentingkan sangat bukanlah ilmu tetapi sijil yg bakal diperoleh. Belajar untuk lulus ujian supaya dapat sijil. Sebelum ujian, belajar, hafal dan ingat semua. Selepas ujian, lupa segala-galanya. Balik macam asal. Kenapa?
Ini kerana niat belajar bukan untuk memperjuangkan sesuatu atau sebagai ibadah.

Ia adalah untuk tujuan komersial supaya bila dapat sijil, senang dapat kerja atau jawatan. Yang penting ialah dapat sijil, bukan ilmu. Kalau boleh dapat sijil tanpa belajar, atau kalau sijil itu boleh dibeli. Itu lagi baik. Ini adalah menurut pandangan saya sahaja. Saya juga masih mencari jalan kehidupan yg terbaik.

Saya selalu percaya bahawa perjalanan menuju puncak kejayaan sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja kerana ia tidak bergantung kepada kelulusan. Tetapi dengan ilmu kita boleh pergi lebih jauh sehingga tidak terfikir oleh akal kita. Apa pendapat anda?



Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP