featured-content

Showing posts with label Job Tip. Show all posts
Showing posts with label Job Tip. Show all posts

Hadir Temu Duga


Menghadiri temuduga kerja memerlukan persediaan yg lengkap. Penampilan pada sesi temuduga perkara paling utama kerana ia mampu memberi penilaian pertama kepada calon. Tempoh dua minit pertama, iaitu bermula membuka pintu dan masuk ke ruang temuduga hinggalah duduk di kerusi sebenarnya penilaian pertama oleh penemuduga. Tempoh itu boleh menjadi penentu kejayaan temuduga atau sebaliknya. Jika tarikan pandangan pertama itu berjaya, mungkin soalan yg diajukan tidak susah.

Oleh itu, serlahkan penampilan diri yg terbaik tetapi bukan bermaksud berpakaian secara berlebihan. Cukup sekadar kemas dan menepati kriteria jawatan yg dipohon di organisasi itu. Persediaan itu penting kerana apa jua ciri luaran yg ditonjolkan, ia memberi kesan dan persepsi daripada majikan. Antara cirri-ciri yg perlu ada bagi seorang bakal pekerja ialah kemahiran komunikasi dengan baik dalam English, mempunyai nilai kepimpinan yg tinggi, personality menarik, positif, boleh membuat keputusan yg bijak dan dapat bekerja dalam kumpulan.

Kemahiran itu perlu dan ia menjadi nilai tambah selain ijazah yg diperolehi sebagai pengukur kelayakan akademik. Majikan mengambil kira dalam penilaian dan pemilihan tenaga kerja mereka. Mereka akan memilih yg benar-benar layak dengan jawatan yg dipohon. Menjadi calon untuk di temuduga memang suatu cabaran. Perasaan gementar pasti ada pada setiap calon. Calon perlu fokus dan bersiap sedia supaya ketika hari temuduga tidak terlalu gementar. Perasaan yg terlalu gementar akan menjejaskan penampilan kerana ia menunjukkan keyakinan diri seseorang.


Di sini juga disediakan beberapa tip untuk anda. Tip untuk calon kerja.

Read more...

Tip untuk calon temuduga


Beberapa tip untuk calon temuduga. Anda perlu mempersiapkan diri dengan kualiti berikut yg amat dititikberatkan majikan ketika menemuduga seseorang:

Skill komunikasi-Walaupun mempunyai kelemahan dari segi bahasa, calon tidak harus menunjukkannya sebaliknya bersikap yakin ketika bertutur.

Kejujuran & integriti-Jujur antara sifat penting yg diambilkira majikan dan integriti pula adalah tambahan kepada sifat yg ada.

Skil kerja kumpulan-Keupayaan melakukan kerja secara berkumpulan sering diberi perhatian majikan.

Skil 'interpersonal'-Kemahiran ini menjelaskan peribadi calon sama ada sesuai dengan jawatan yg ditawarkan atau tidak.

Inisiatif & motivasi-Majikan melihat calon yg layak apabila memiliki semangat ingin bekerja dan sangat bermotivasi.

Etika kerja kuat-Perkara ini bersangkut paut dengan sikap calon sama ada menhikut prosedur kerja atau mahu berusaha untuk berjaya atau tidak.

Penerimaan & fleksibel-Ini menjelaskan sama ada calon itu mudah menerima arahan dan sanggup melakukannya atau tidak.

Skil komputer-Kemahiran komputer yg semakin maju berikutan zaman ini yg menitikberatkan teknologi.

Keyakinan diri-Calon perlu dilihat berkeyakinan dan mampu menjawat jawatan yg ditawarkan.

Read more...

Kerja Sambilan Jana Pendapatan Tambahan


Bagi mereka yg mempunyai kerja tetap di sektor awan atau swasta, kerja sambilan yg dilakukan boleh menjana pendapatan sampingan bagi mereka yg berpendapatan rendah. Bagaimanapun, harus diingatkan tugas utama mereka tidak terjejas. Antara kerja sambilan yg mudah untuk dilakukan ialah bekerja dari rumah. Terdapat ratusan iklan dan tawaran bekerja dari rumah tetapi orang ramai perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan pihak yg cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mudah.

Jika tawaran yg dinyatakan terlalu menarik hingga tidak masuk akal, ia perlu disiasat dulu dan jagan mudah terpengaruh. Kita perlu memastikan syarikat yg menawarkan pekerjaan sambilan itu wujud dan jika perlu bertanya kepada pihak berkuasa. Individu seperti suri rumah sepenuh masa atau pesara, idea untuk bekerja dari rumah memang sesuai dilakukan untuk menampung kehidupan seharian.

Antara pekerjaan yg boleh dijalankan adalah membuka pusat jagaan kanak-kanak tetapi memerlukan lesen. Selain itu, gunakan kemahiran yg ada seperti menjahit, mekanik kereta atau motor dan membaiki perkakas elektrik untuk dilakukan di rumah. Kemahiran boleh dipelajari dengan mengikuti kelas latihan, banyak syarikat yg menawarkan perkhidmatan memberi latihan seperti ini. Korbankan masa untuk pulangan yg bakal diperolehi.

Read more...

Kerja Sambilan Pengalaman Berharga


Kebanyakkan kerja sambilan dilakukan oleh mereka yg baru sahaja berakhir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Sementara menunggu keputusan peperiksaan dan berjaya menempatkan diri di menara gading, bekerja secara sambilan adalah rancangan yg baik untuk mengisi masa lapang mereka. Selain itu, dengan bekerja sambilan dapat membantu meringankan beban kewangan sendiri mahupun keluarga. Ia juga adalah sebahagian daripada latihan untuk menghadapi dunia pekerjaaan sebenar.

Mereka ini akan mencuba nasib untuk memohon kerja seperti di cawangan-cawangan kedai makanan segera, stesen minyak, kedai runcit, pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Apa yg perlu dilakukan ialah peka untuk melihat iklan dalam akhbar yg banyak menawarkan kerja sambilan. Carilah kerja sambilan yg berdekatan dengan rumah untuk mengurangkan kos pengangkutan. Pilihlah kerja sambilan yg bersesuaian.

Gaji yg ditawarkan kepada pekerja sambilan ini kecil, tetapi janganlah berkira untuk mencari pengalaman yg tidak bolah dinilaikan harganya dan ia juga bekalan untuk menghadapi dunia yg sebenar. Dan perkara yg paling penting ialah, maklumkan niat anda terlebih dulu kepada keluarga untuk bekerja supaya mereka tidak bimbang akan kegiatan luar anda.

Read more...

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP