featured-content

Showing posts with label Neo R3. Show all posts
Showing posts with label Neo R3. Show all posts

Neo R3 [Turbo] Concept

Proton Satria Neo R3 Concept ini dilengkapi dengan enjin Campro CPS 1.6 liter turbo yg dinaik taraf untuk menghasilkan 200 kuasa kuda dan merupakan Neo terpantas talaan Proton melalui konsep Race, Rally and Research (R3). Kereta ini dipamerkan kepada umum di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS'10) di PWTC sehingga 12 Disember. Neo R3 ini berwarna hitam dengan garisan kuning diatas badan kereta, seperti satria Neo R3 Lotus Racing yg bertemakan warna hijau sempena kelahiran pasukan F1 pertama Malaysia Lotus Racing. Neo R3 Turbo Concept ini terdapat beberapa persamaan dengan model edisi terhad itu.

Spesifikasi Proton Satria Neo R3 [Turbo] Concept:
 ENGINE








  • 16V 1597cc CAMPRO 4-cylinder in line DOHC
  • R3 forged pistons 11:1 comp ratio
  • R3 steel conrod
  • R3 performance camshafts
  • R3 reworked cylinder head
  • R3 4-2 exhaust system stage 3
  • R3 carbon airbox
  • R3 management computer
  • 200hp & 200Nm (170 hp and 200 Nm on wheel)
 INTERIOR
  • R3-designed interior wrapped with Alcantara and Nappa leather
  • SPARCO steering wheel R323, 330mm with R3 60mm spacer
  • R3 4-point half roll-cage, colour-coded yellow

WHEELS AND TYRES
  • 15” wheels M7510 Wheel Assy 15 x 7 ET 37
  • Bridgestone Potenza RE55S semi slick tyre 190/50 R15



BRAKES
  • AP Racing 4-pot brake system
  • AP Racing floating disc 295mm
  • AP Racing performance brake pads



Konsep R3 talaan Proton ini merupakan penawaran aksesori dan ciri-ciri sporty kepada model-model keluaran proton. Tidak mustahil jika Proton Inspira juga mengalami proses model dinaik taraf yg akan dikenali sebagai Proton Inspira R3. Kerjasama Proton dengan Mitsubishi untuk mengeluarkan Inspira dan mendapat sentuhan R3 atau Lotus sesuatu yg dinanti-nantikan. -iRfanJohan

    Read more...

    Lotus Racing


    Ketika aku menulis entry ni, jam dah pukul 10.45 PM waktu Malaysia dan tak lama lagi akan masuk bulan baru. Perlumbaan F1 GP Turkey baru saja melabuhkan tirainya dan yang mengecewakan aku ialah tahap Pasukan Lotus Racing. Pasukan milik Malaysia itu gagal mencari kedudukan terbaik apabila kedua-dua kereta Lotus Racing gagal menamatkan perlumbaan. Jarno Trulli terpaksa berhenti selepas mengalami masalah hidraulik pada pusingan ke-33 manakala Heikki Kovalainen juga menghadapi masalah stereng kereta bocor pada pusingan ke-34. Tapi masih ada 12 litar untuk memperbaiki prestasi. Itu bukan persoalan utama, bagi aku Pasukan Lotus Racing memerlukan masa untuk memperkemaskan setiap bahagian dalam jentera Lotus. Di entry ni aku nak cerita What, Why, When, Where and How Lotus F1 Racing terbina.

    Pangkalan: Norfolk, UK
    Prinsipal Pasukan: Tony Fernandes
    Ketua Teknikal: Mike Gascoyne
    Pemandu: J Trulli dan H Kovalainen
    Pemandu Uji: F Fauzy
    Chasis: T127
    Enjin: Cosworth CA2010


    Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya 'tewas pertaruhan'. "Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya cabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyiapkannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini, nasib tidak melibatkan wang," katanya. Harapan Dr. Mahathir mahu pasukan itu mampu mengembalikan saat gemilang Lotus dan demi menjaga imej serta reputasi jenama Lotus itu sendiri. Dr. Mahathir juga merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk yang turut disertai oleh Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia-F1 Lotus, Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne. Lotus F1 Racing ditadbir oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd.


    Pemilihan Pemandu Lotus F1 Racing oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Pemilihan bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan bekas pemandu McLaren Merc, Heikki Kovalainen sebagai pemandu atas dasar pengalaman. Kata Prinsipal Lotus Racing Datuk Seri Tony Fernandes "Experience is the most important thing for us, because it’s a value you can’t buy". Pemandu negara, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.

    Lotus Racing membuat penampilan sulung di Pavilion Kuala Lumpur dan pada masa yang sama PROTON Holdings Bhd melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Model Neo yang di naik taraf ini berharga RM 115 ribu sebagai simbolik kelahiran pasukan 1Malaysia Lotus F1 dan pemilik pertamanya ialah Pelakon terkenal, Rosyam Nor.

    Spesifikasi dan fakta Proton Satria Neo R3 Lotus Racing:

    1. Berkongsi chasis yang sama dengan model Neo R3 – dijana enjin CamPro Swithching (CPS), 16 injap Transverse FF, kuasa maksimum 145hp pada kelajuan 7 000 rpm.
    2. 100 km/j dalam masa 9.2 saat, kelajuan maksimum 200 km/j.
    3. Suspensi dual flow Ohlins Adjustable.
    4. Transmisi manual 5 kelajuan.
    5. Seat kulit Nappa dengan logo Lotus dan kemasan gentian karbon.
    6. Bonet depan karbon fibre dan fender FRP.
    7. Brek AP Racing merupakan OEM brek model Lotus.
    8. Engine upgrade penggunaan ECU R3 talaan semula, ratio gear 1-4 yang lebih pendek dan sistem ekzos R3.
    9. 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.




    Read more...

    Recent Comments

    Editor

    My photo
    Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
    myfreecopyright.com registered & protected

      © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

    Back to TOP