Sejarah Mitsubishi
Logo pengeluar kereta terunggul dari Jepun iaitu Mitsubishi bermaksud tiga berlian. Mitsubishi hari ini lebih dikenali sebagai pembuat kereta yang berprestasi tinggi seperti Lancer Evolution X. Syarikat ini sebenarnya ditubuhkan sebagai firma perkapalan oleh Yataro Iwasaki pada tahun 1870 dan aktif dalam perusahaan perlombongan arang batu, bagi menggerakkan kapal-kapal laut mereka. Nama Mitsubishi mula terkenal semasa tempoh Perang Dunia Kedua, apabila syarikat tersebut membina pesawat perang yang dinamakan Mitsubishi A6M Zero Fighter di bawah arahan Jiro Horikoshi dan pesawat inilah yang bertanggungjawab menyerang Pearl Harbour dan
seluruh rantau Asia Pasifik.
Kemampuan Mitsubishi membina pesawat juang ketika itu amat mengagumkan dan digeruni oleh Tentera Bersekutu kerana mudah dikendalikan, berkeupayaan menembak dengan pantas dan laju.
Mitsubishi turut terlibat dengan aktiviti pembinaan kapal, perbankan, insurans, pergudangan dan perdagangan selaun perindustrian kertas, keluli, gas, peralatan elektrik, minyak dan hartanah. Pendek kata, ia antara syarikat yang memainkan peranan utama dalam pemodenan industri Jepun.
1 comments:
Ooooo gitu kisahnya....
Post a Comment