featured-content

Syabas Malaysia!


Malaysia Boleh! Apapun kritikan yg diberi, skuad bola sepak negara tetap berjaya mara ke pusingan separuh akhir. Pernahkah anda mendengar lagu "Fikirkan Boleh"? Lagu ini sangat sesuai untuk menaikkan semangat juang yang tinggi terutama kepada pemain-pemain bola yang berjuang untuk negara. Liriknya yang membakar semangat itu mampu menaikkan semangat positif dalam diri untuk boleh melakukan. Bukan hanya di mulut  mengatakan Boleh! Tetapi hati dan fikiran juga harus seiring dengan kata-kata itu. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Tiada apa yg mustahil.

Malaysia dan seterunya Indonesia sama-sama layak ke separuh akhir dalam Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2010. Jika sebelum ini Indonesia membedil Malaysia dengan 5-1, kini giliran Malaysia pula membedil Laos dengan 5-1. Skuad bola sepak negara layak ke peringkat seterusnya apabila Indonesia berjaya menewaskan Thailand 2-1. Kedua-dua goal itu hasil dari sepakan penalti Bambang Pamungkas pada minit ke-81 dan 88.

Amri Yahyah menjaringkan 2 gol dan Amirulhadi Zainal, Norshahrul Idlan Talaha dan Mahali Jasuli masing-masing dengan 1 gol. Syabas Malaysia!

2 comments:

nasri December 7, 2010 at 8:57 PM  

boleh la blasah laos cukup2... blasan indon tgok..huhu! skuad malaysia hanya boleh main bola.. tp susah nak perform! coach masia kena buat sesuatu...

ape2 pun..aku masih meminati bola sepak tempatan... hoben jang hoben! hahaha!

Mohd Wakiyuddin Rosnan December 8, 2010 at 4:56 AM  

erm.. bnyk lg nk kne improve.. tp dpt ke prgkt strusnya still kne ucapkan tahniah.. tahniah malaysia team!

Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP