Ilmu Yang Tidak Relevan
Salam semua. Entry ke dua dalam Motivation. Ilmu menjadi tidak relevan apabila orang belajar hanya untuk belajar, untuk dapatkan sijil tetapi tidak tahu bagaimana ilmu itu boleh dikaitkan dengan masyarakat atau dengan kehidupan dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan. Bukan tujuan saya untuk merendahkan mereka ini tetapi sekadar renungan untuk kita menjadi yg lebih baik.
Mahasiswa yg keluar dari IPT, kalau tidak diberi kerja tidak tahu macam mana hendak bekerja. Mereka akan menganggur. Sedangkan orang yg tidak belajar di IPT pun pandai kerja dan pandai cari jalan kehidupan. Benarlah kata kawan saya, "Orang yg pandai belajar belum pasti pandai untuk hidup". Kenapa ilmu ini menjadi tidak relevan?
Kadang-kadang apa yg dipentingkan sangat bukanlah ilmu tetapi sijil yg bakal diperoleh. Belajar untuk lulus ujian supaya dapat sijil. Sebelum ujian, belajar, hafal dan ingat semua. Selepas ujian, lupa segala-galanya. Balik macam asal. Kenapa?
Ini kerana niat belajar bukan untuk memperjuangkan sesuatu atau sebagai ibadah.
Ia adalah untuk tujuan komersial supaya bila dapat sijil, senang dapat kerja atau jawatan. Yang penting ialah dapat sijil, bukan ilmu. Kalau boleh dapat sijil tanpa belajar, atau kalau sijil itu boleh dibeli. Itu lagi baik. Ini adalah menurut pandangan saya sahaja. Saya juga masih mencari jalan kehidupan yg terbaik.
Saya selalu percaya bahawa perjalanan menuju puncak kejayaan sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja kerana ia tidak bergantung kepada kelulusan. Tetapi dengan ilmu kita boleh pergi lebih jauh sehingga tidak terfikir oleh akal kita. Apa pendapat anda?
7 comments:
slm,
sy stju,dgn ilmu kt blh prgi lbh dr jangkauan kt. hrga sbuah prjuangan utk mnntt ilmu makin kurang nilainya krn kt terlupa matlamat sbnr kt,utk ibadah. skrg dah byk jg kes ttg ilmu yg dieksploitasi utk keburukan. ini buktinya harga ilmu smkn diperlekehkan.. btl kt irfan,mnuntut ilmu biarlah ikhlas krn kt btl2 menghargai ilmu n berniat utk menggunakannya ke arah pmbgnn diri n masyarakat..segulung ijazah xspttnya dijual beli,sblknya didapatkan dgn usaha krn dgn kesungguhan barulah setiap titik peluh kt n org2 di sekeliling kt akan terbayar. kualiti graduan jg xkan terserlah dlm alam pkerjaan kalau cara kerjanya x seberapa. jd usaha kenalah sggh2 n bkn cuma cincai.. slain tu,sy rs kt jg prlu singkirkan tanggapan cuma graduan shj yg berkualiti. krn ada jg insan tnpa ijazah yg htnya ikhlas n krn keikhlasannya itu,hsl krjanya blh jd lbh berkualiti dr org yg mpunyai ijazah-ini ptt jd cbrn pd para penuntut. trm ksh pd irfan sb igtkn prkra ni,tmbh plk ramai kwn2 yg br dftr msk ke ipt/trskan pengajian dlm semester br..insyaAllah apa yg kurang akan diperbaiki.. :)
erm begitu lah orang belajar mencari ilmu..
belajar tinggi2, tapi bangga pula pastu..begitulah kehidupan..
a'ah..btul tu..saya pun setuju..sebab tu ramai graduan x dpt keje. mungkin kebanyakan majikan dh tau mcm mn cara diaorang bljr.
dulu time pratikal saya pnah dgr ada seorg staf yg bgtau psal nie..dia kate harap belajar je tinggi2 tp xleh buat kerja. semua bergantung pada org lama sedangkan klu ikut pangkat dia lebih rendah coz yg graduan tu bknnya thap yg rendah.
stu lagi contoh kawan sy lepasan PMR je tp sekarang dh berjaya jadi bisnesman. 2 ar..kate org kan, nk berjaya bukan hanya belajar tinggi2 tp kene ada kemahiran dan pndai menggunakan kemahiran tersebut kn dan juga pandai mencari peluang..
saya bukan x sokong belajar tinggi2, mmg kita kena menuntut ilmu, ilmu itu sgt meluas, sy pun graduan tp kita kena pandai aplikasikan apa yang kita belajar walupun sy sendiri pun kdang2 xpndai.hihi..=)
ilmu tanpa amalan seperti BMW tanpa petrol, tersadai di laman rumah tanpa kegunaan. bersusah payah mengumpul duit membelinya,tapi x mengisi minyak, xkan kemana.
sokong sgt entry ni..bagusla...sbb mmg btol apa yg irfan ckp tuh..
I like your artikel
Visit me too
Post a Comment