Kenapa Perlu Kerja?
Persoalan ini telah saya jawab ketika pertemuan dengan Dr Zakaria Taib di pejabat beliau yg terletak di Kota Damansara. Kenapa Perlu Kerja? Kerana saya memerlukan pendapatan tetap setiap bulan. Ini bukan bermakna saya melupakan hasrat untuk teruskan usaha dalam bidang Network Marketing yg saya belajar dan usahakan selama ini. Dengan ada kerja tetap, saya tidak perlu risau dengan pendapatan setiap bulan. Asalkan perbelanjaan tidak lebih dari pendapatan. Menjalankan bisnes NWM ini bukanlah sesuatu yg mudah. Sama juga dengan bisnes2 yg lain, adakala naik adakala turun. 100% terletak atas usaha kita. Keputusan saya bekerja dan dalam masa yg sama menjalankan bisnes NWM.
NWM atau Network Marketing
Kenapa memilih bisnes yg berbentuk Networking? Saya masih muda dan perlu bersedia menghadapi perubahan ekonomi yg menyebabkan kos hidup semakin tinggi dari hari ke hari. Bisnes NWM ini satu permulaan sebelum menceburi bisnes konvensional. Dalam NWM kita bermula dengan modal yg rendah dan risiko yg kurang. Jika kita tidak dapat mengatasi sekiranya gagal dalam bisnes ini, bagaimana ingin menjalankan bisnes konvensional yg ternyata memerlukan modal yg lebih tinggi dan berisiko? Memandangkan saya masih muda, jika gagal ia tidak memberi kesan dalam tempoh jangka masa yg panjang.
Take The Challenge
Kita hari ini selalu mendengar tanggapan negatif terhadap NWM. Sering kali mendengar kisah-kisah mereka yg rasa tertipu dengan NWM. Tetapi jarang-jarang mendengar kisah kejayaan mereka ini. Mereka yg berjaya mengakui bukan mudah untuk berjaya. Sama seperti bisnes konvensional, kita hanya mendengar dan membaca kisah mereka yg telah berjaya. Tidak pula kita mengambil tahu tentang mereka yg gagal dan ditipu dalam bisnes mereka. Tertipu atau ditipu inilah salah satu risiko dalam bisnes. Belajar dari pengalaman mereka sangat berguna untuk kita membuat keputusan dan sebagai panduan supaya tidak tertipu atau ditipu.
Ini adalah pandangan saya secara peribadi berdasarkan pengalaman, fikir-fikirkan... Lihat Profile saya -iRfan Johan-
5 comments:
kena ada kerja tetap dulu baru bleh buat kerja lainkn... skurg2nya hidup lebih terjaminkan..
dulu2..org selalu buat kerja lain sebagai income sampingan...tp ia berubah menjadi keutamaan sbb income sampingan mengatasi income utama kta. :)
yayyaayya..betul3x...
leh caya ke???hahhahaha
betul juga, sekarang kos hidup makin tinggi, elok juga kalo part time buat bisnes cam nih ker..muda2 kudrat kuat mmg elok cari duit..
risiko bisnes mmg tinggi, tapi bisnes kalo dah mantap mmg berjaya n agak mewah hidup berbanding makan gaji..
bekerja untuk menambah pengalaman
bekerja untuk menimba ilmu
bekerja untuk belajar erti berdikari
:)
Post a Comment