featured-content

Age is only numbers


Salam semua. Untuk menjadikan sebuah laman blog yg penuh dengan information, entry ini diadakan dan dilabelkan sebagai Motivation. Umur hanyalah angka, itu kata bapa kepada seorang anak. Dan anak itu adalah saya sendiri. Umur bukanlah halangan untuk kita terus mencuba dan menerokai sesuatu yg baru. Generasi Y mahupun generasi X tidak sepatutnya menjadikan alasan faktor usia sebagai pemisah kepada kejayaan. Kejayaan itu berhak kepada mereka yg terus berusaha. Jika kita merasakan diri ini muda, kita akan berasa muda walaupun usia semakin hari semakin meningkat.

Di usia yg muda inilah kita seharusnya mencari ruang dan peluang untuk membina empayar. Membina empayar yg berpengaruh bukan mudah dan tiada jalan pintas. Apabila empayar yg dibina ini mula kukuh, kekayaan yg dinikmati. Kekayaan bukan hanya dari segi wang ringgit tetapi dari semua aspek seperti kekayaan masa, ilmu, budi perketi dan sebagainya. Sekalipun kita gagal diusia yg muda perjalanan itu masih jauh. Setiap kali menempuh kegagalan ingatlah bahawa Empayar Rom tidak terbina dalam sehari. Empayar Rom dibina dengan kesusahan dan kesungguhan orangnya. Begitu juga dengan anda dan diri saya yg memerlukan kesungguhan untuk
berjaya.

Jika seseorang itu telah berusia, mungkin mereka akan berasa terlambat untuk mencuba. Tetapi saya katakan tidak kerana kejayaan itu berhak kepada sesiapa yg berusaha. Kita renungkan seketika semangat dua orang yg bergelar nenek ini menggenggam segulung ijazah. Nenek pertama, Hazel Soares berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) ketika berusia 98 tahun. Nenek kedua pula, Nola Ochs, kini berusia 99 tahun menerima Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Pertanian (Agribusiness). Dua orang nenek ini membuktikan jika hendak seribu daya. Kita ambil contoh Kolonel Saunders yg mencipta ayam KFC pada umur 68 tahun. Ideanya itu digunakan untuk membina empayar dan sehingga kini francais KFC ada di mana-mana negara termasuk Malaysia. Jadi, ini bermakna tidak terlewat untuk kita melakukan sesuatu walaupun usia dah lanjut. Apa yg penting ialah terus berusaha.

6 comments:

JMR June 28, 2010 at 7:13 AM  

manada umur itu sekadar nombor...hehehe

Ariffin Abdullah June 28, 2010 at 10:09 AM  

age is about given from God
Use it wisely

NiZaM Limited June 28, 2010 at 3:49 PM  

wow..tu ke yg dimaksdkan dgn umur hanya sbg angka..mksdnye tak kira umur, kita mesti berusaha dan terus berusaha..nice one..

tp dari segi pandangan lain plak..umur tu menunjukkan tahap kematangan seseorang. dgn umur jugak membezakan tahap hormat kita kpd seseorang tu. dgn umur jgk lelaki pilih isteri yg lg muda..ahaks..

p/s: blog ni agak perlahan. maybe sebab snow pouring tu. just from my humble opinion. no offence..

iRfan Johan June 28, 2010 at 7:29 PM  

terima kasih pd yg komen. ye btol pandangan2 yg diberikan...
-yup, sy akan cuba ubah utk jdi lebih laju.

MiJiE BLoG June 28, 2010 at 11:35 PM  

a'ah btul2..baru2 nie ade seorng ayah telah berjaya mendapat segulung ijazah di UiTM..bkn setakat mendapat ijazah tp telah mendapat ANC(Anugerah Naib Canselor). memalukan kan pulak kita yg muda nie pun ssh nk dpt ANC 2..huhu

iRfan Johan June 28, 2010 at 11:48 PM  

tahniah untuk ayah tu. semangat yg penting..hehe. yg muda2 byk leka...


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP