Kontroversi Lewis Hamilton & McLaren
Perlumbaan hujung minggu ini akan berlangsung di litar Silverstone. Ia merupakan pusingan ke-10 dalam kalendar F1 2010. Tumpuan sudah pasti kepada pemandu Britain iaitu Jenson Button dan Lewis Hamilton. Dan yg lebih menarik, mereka memandu jentera dari pasukan British iaitu McLaren. "Apabila dua pemandu Britain memandu jentera yang terbaik di hadapan penyokong sendiri, kita pasti akan dapat saksikan saingan yang cukup hebat," kata Damon Hill yang muncul juara dunia F1 1996. Jentera MP4-25 bakal mengunakan blown diffuser di litar ini. Hamilton dan Button kini menduduki dua tangga teratas keseluruhan selepas masing-masing menjuarai dua perlumbaan musim ini.
Sejak bintang muda ini menyertai perlumbaan F1 pada tahun 2007 begitu banyak kontroversi yg melanda sukan F1. Yg menjadi tumpuan perselisihan antara Hamilton dan Alonso. Perselisihan ini juga dikaitkan dengan ketua pasukan McLaren ketika itu, Ron Dennis. Alonso memberitahu ketika bersama McLaren, pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai meskipun dia turut menyumbang ke arah kebangkitan pasukan. Hamilton juga mendakwa dia merupakan individu yg bertanggungjawab atas kebangkitan pasukannya. "Ron Dennis juga sudah bosan dengan perbalahan antara kedua-dua pemandunya," jelas sumber dari akhbar The Times.
Namun, layanan yg diterima Alonso di McLaren menjadi persoalan. Ia diakui oleh bekas pelumba F1, David Coulthard. Coulthard menyuarakan rasa simpatinya terhadap Alonso. "Ketika saya bersama McLaren, mereka lebih memberi tumpuan kepada Hakkinen. Apabila mereka meraikan kejayaannya, ia cukup memedihkan hati saya. Mungkin itu jugalah yg dirasai Alonso," kata Coulthard. Pasukan McLaren juga terperangkap dalam skandal pengintipan maklumat Ferrari dan dikenakan denda USD100 juta dan digugurkan dari kategori pengeluar. Ron Dennis mendakwa Alonso cuba memerangkapnya dalam skandal itu dan pasukan McLaren mula mengalih perhatian kepada Hamilton.
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) pernah menyiasat pemanduan Hamilton sehingga menyebabkan kemalangan antara pemandu Red Bull, Mark Webber dengan Sebastian Vettel dari pasukan Toro Rosso ketika itu di Litar Fuji 2007. Webber ternyata berang dengan kemalangan itu. "Saya rasa Hamilton melakukan kerja kotor di belakang kereta keselamatan," kata Webber. Vettel turut mengkritik Hamilton yg sengaja mengalih tumpuan pemandu lain apabila memandu perlahan di sebelah kanan litar. "Saya sangka dia mengalami masalah dan terpaksa menarik diri kerana kelihatan amat perlahan."
Hamilton diberi amaran oleh FIA untuk menjaga kelakuannya di podium sekiranya muncul juara dunia termuda F1. FIA memberi beberapa contoh kelakuan yg tidak disenangi di podium dan bimbang dengan tindakan Hamilton yg akan menunjukkan perangai tidak sopan jika menjadi juara dunia. Harapan menjadi rookie pertama muncul juara gagal apabila ditewaskan oleh Kimi Raikkonen. "Strategi mereka (McLaren) lebih kepada menyekat saya dan bukan Kimi. Saya tiada kuasa untuk membuat keputusan dan perlu berlumba seperti yg diarahkan oleh mereka," kata Alonso.
"McLaren kelihatan seperti sebuah pasukan yg mampu bergelar juara tetapi sebenarnya mereka tidak layak dan tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan dalam tempoh beberapa tahun ini," pendedahan Alonso yg meninggalkan pasukan McLaren untuk bersama Renault. Dakwaan itu ternyata benar dengan rekod kategori pengeluar sepanjang tahun
1999-2009, McLaren gagal menjuarai kategori pengeluar. Hanya ketegori pemandu sahaja yg menjadi juara iaitu Hakkinen (98/99) dan Hamilton (08). Jenson Button menyelar kemenangan Hamilton dengan menyifatkan jika dia memandu untuk pasukan McLaren, sudah pasti dia juga mampu muncul juara dunia F1.
Yg terbaru membabitkan Hamilton di GP Eropah. Boleh membacanya di sini. Alonso telah mengkritik pemandu Britain itu kerana memotong kereta keselamatan tanpa kebenaran. Ferrari pula menuduh ia satu perlumbaan yang tidak sah dan telah dimanipulasikan. "Kami saling menghantar mesej pada hari itu, semuanya telah selesai. Saya hantar mesej untuk bertanya khabar kepadanya dan dia kata semuanya dalam keadaan baik," jelas Hamilton. Musim 2010 masih panjang dan mungkin beberapa kontroversi lagi akan dicipta pemandu McLaren ini, Lewis Hamilton.
5 comments:
mika hakinnen jugk the best..;D
hamilton mmang suka cetus kontroversi..
nasib gk dpt mandu kete pasukan hebat..
tp dia memandu hebat gk..
tp ttap x suka gk..haha
hamilton kna kawen dlu agknya kurangkan kontroversi... :)
F1 dah kurang menarik skarang ini.
mak ai..macam tue pulak :D
usha entri terbaru
Post a Comment