featured-content

Idea-Idea Baru Dalam F1


Setiap musim perlumbaan F1 akan memperlihatkan pelbagai peraturan baru diadakan bagi terus mendapat sambutan dan yg utamanya menjadikan perlumbaan lebih banyak aksi yg menarik. Salah satu perubahan musim 2010 ialah tiada lagi pengisian minyak di hentian pit sepanjang perlumbaan kali ini. Semua pasukan akan memperbesarkan ruang tangki minyak dan membuat rekaan yg sesuai bagi mengelak jentera F1 terlalu berat semasa berada atas litar. Antara idea-idea baru yg menjadi kenyataan ialah penglibatan lebih banyak litar baru & perlumbaan pada waktu malam. FIA bertanggungjawab dalam menentukan peratutan baru dalam sukan F1.

Penglibatan pelumba wanita sukan F1 tidak lagi mustahil apabila FIA menubuhkan Women & Motor Sport Commision bagi menggalakkan lagi penyertaan kaum wanita di dalam kancah perlumbaan permotoran. Bekas ketua pasukan Renault, Flavio Briatore berkata "Perlumbaan terlalu lama dan mudah diramal". Briatore mencadangkan salah satu cara untuk menjadikan perlumbaan ini lebih menarik ialah dengan meletakkan pemandu terpantas di petak terakhir. Dengan cara ini kehebatan pemandu menjadi taruhan dalam aksi pintas memintas.

Selain itu, Presiden Ferrari Luca di Montezemolo mahu semua pasukan dalam F1 meletakkan jentera lumba ke-3 dalam perlumbaan. Ferrari juga akan menarik diri daripada perlumbaan F1 sekiranya sukan itu tidak menampakkan sebarang perubahan positif. "Kalau dahulu dalam kawasan pit ada ramai gadis-gadis cantik, sekarang ia kelihatan seperti satu kem tahanan. Kita perlu mengubahnya," kata di Montezemolo.

Pemilik F1 iaitu Bernie Ecclestone juga bertanggungjawab dalam setiap perubahan yg berlaku. Antara negara yg baru bakal menganjurkan perlumbaan ialah di Poland & India. Apa cadangan semua blogger untuk lihat F1 lebih menarik? Tinggalkan komen.







5 comments:

zamz July 1, 2010 at 9:32 AM  

ok gak tu kalau ada racer pompuan ..tapi ada ke yg layak

iRfan Johan July 1, 2010 at 10:16 AM  

da ade p0n..cme pasukan x layak msuk, usf1..danica patrick

Nine July 1, 2010 at 3:58 PM  

wahh bukan calang2 perempuan kalau diorang leh berlumba dlm F1 nih...kalau ada nanti mmg respect ..

phytohystrix July 3, 2010 at 3:45 AM  

slm,

sy hrp F1 akan jd mcm dulu,stiap team ada lbh byk plhn. peraturan2 br mmg akan tgktkn saingan atr pskn tp trlampau byk peraturan blh hilangkan thrill sukan F1 sbgai sukan yg 'unpredictable'. dlm F1,apa yg kt tgk adalah skill pmndu,sm ada blh bt kptsn yg btl dlm ms yg sgkt sbb smuanya ttg masa. dlm 1 saat mcm2 blh brlaku,n smua persiapan trmasuk yg berminggu2 sblm 1 prlumbaan tu akan mpgrhi apa yg akan jd pd hr prlumbaan. peraturan kn kreatif-stju ttg minyak sbb dr 1 segi kt blh tgk mcm mn pskn tu nk buat pgunaan myk plg maksimum tnpa tmbh brt jentera;tp dulu ada sistem demerit cthnya klu x ikut had laju ms kluar dr pit lps isi myk,kn penalti n dlm ms yg sm kn agak2 jgk spya x kena pintas dgn pmndu lain-jd 1 prkra yg srnk dah hlg kan? rsnya,plhn lbh byk ptt diberi wlupun FIA ttpkn prtrn2 trtntu. biarlah prtrn tu mnmbhkn cbrn tp x menghilangkn keseronokan F1 yg x ada dlm skn lain. mgkn jgk bila penaja dah sedia, FIA blh pknlkn 1 challenge br:guna bhn bkr bkn dr sumber fosil mcm yg petrobras guna. kt tgk mcm mn sumber bhn bkr blh pgrhi prestasi jentera smbl promote eco-friendly fuel. mgkn nt akan ada anjakan global plk dr pgunaan bhn api fosil kpd sumber yg blh diperbaharui. dlm sukan permotoran, F1 ada pgrh yg besar sebagai trendsetter,jd sgalanya mngkn,x terhad kpd hiburan shj. :)

nosembilanbelas July 3, 2010 at 8:04 PM  

org pompuan masuk F1? menarik gak tue...


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP