Dia 'Zul HANDYBLACK'
Nama: Nurzul Suphian
Kewarganegaraan: Malaysia
Tempat Lahir: N9, Seremban - 35
Kewarganegaraan: Malaysia
Tempat Lahir: N9, Seremban - 35
Namanya lebih dikenali sebagai Zul Handy Black walaupun sudah lama meninggalkan band rock itu sejak tahun 2005. Zul memulakan kariernya bersama Kumpulan Handy Black pada era 90an sebagai vokalis baru mereka. Lagu bertajuk Kau Yang Bernama Seri bagi aku sebagai killer song dari Zul. Kisah cinta dengan aktres tinggi lampai Aida Aris menjadi buruan media dan namanya semakin popular. "Yang berakhir cuma hubungan kami berdua, tetapi silaturahim yang terjalin dengan keluarganya tidak akan putus," kata Zul.
Zul kini semakin aktif menggilap nama sebagai pelakon. Karier lakonannya bermula atas saranan Rosyam Nor yg membuka jalan untuknya mengembangkan bakat dalam bidang lakonan. "Memang sejak dulu saya minat berlakon," kata Zul yang berlakon sejak 2005 bermula dengan Janji Diana dibawah Skop Production arahan Datuk Yusof Haslam. Zul yang diberi kepercayaan oleh MIG untuk memegang watak Muzir dalam Mantra mengakui berpuas hati dengan peranan yang dimainkan. Filem arahan Azhari Zain itu berjaya menyerlahkan kemampuan Zul sebagai seorang pengamal ilmu hitam.
"Sekarang ini saya tidak mempunyai sesiapa selepas hubungan dengan Aida Aris selama tiga tahun putus. Saya belum terfikir lagi wanita macam mana yang akan menjadi pilihan, tapi saya tak kisah artis atau orang biasa"
1 comments:
zul handyblack... aku suke lau die... kau yg bernama seri!!
inilah janjiku....insan yg mngenal erti..sepi yang tiada sepi..sepi lagi.... lain smbung sndri k... hik2..
Post a Comment