featured-content

Proton Inspira

Model baru PROTON yg diberi nama Inspira merupakan model Rebadge daripada Mitsubishi Lancer. Proton Inspira dibangunkan bersama oleh Proton dengan Mitsubishi Motor Corporation (MMC) dari Jepun untuk diubah suai dan dikeluarkan sebagai model Proton. "Proton melakukan usaha penambahbaikan terhadap model asal bagi memberikan nilai tambah kepada pemiliknya," kata Datuk Syed Zainal Abidin, Pengarah Urusan Proton. 

Zulkiflee Bidin, Pengurus Projek Proton Inspira merupakan individu yg bertanggungjawab dalam pembangunan model itu. Dengan kendalian dan sistem gantungan yg dipertingkatkan dengan sentuhan ‘pemanduan sebelah kanan Lotus’ untuk disesuaikan dengan gaya pemanduan tempatan telah mempertingkatkan ciri pemanduan dan pengendalian model itu lebih dari Mitsubishi Lancer. Ia diakui oleh tiga jurutera MMC yang ditugaskan memantau pembangunan model itu apabila memberi maklum balas positif selepas memandu uji Inspira.

Model Inspira ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8l M/T, 1.8L CVT dan 2.0L CVT dan didatangkan dalam empat warna iaitu Plum Red, Solid White, Tranquility Black dan Genetic Silver. Model ini ditawarkan dengan harga permulaan RM 79 888 seunit. Harga yg ditawarkan pada Inspira 1.8L M/T ini akan lebih berdaya saing dan mampu dimiliki pelbagai golongan rakyat Malaysia. Tutur ditawarkan oleh Proton ialah jaminan 3 tahun atau 100 000 km pertama dan servis percuma 2 tahun. 

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP