Lotus Racing
Ketika aku menulis entry ni, jam dah pukul 10.45 PM waktu Malaysia dan tak lama lagi akan masuk bulan baru. Perlumbaan F1 GP Turkey baru saja melabuhkan tirainya dan yang mengecewakan aku ialah tahap Pasukan Lotus Racing. Pasukan milik Malaysia itu gagal mencari kedudukan terbaik apabila kedua-dua kereta Lotus Racing gagal menamatkan perlumbaan. Jarno Trulli terpaksa berhenti selepas mengalami masalah hidraulik pada pusingan ke-33 manakala Heikki Kovalainen juga menghadapi masalah stereng kereta bocor pada pusingan ke-34. Tapi masih ada 12 litar untuk memperbaiki prestasi. Itu bukan persoalan utama, bagi aku Pasukan Lotus Racing memerlukan masa untuk memperkemaskan setiap bahagian dalam jentera Lotus. Di entry ni aku nak cerita What, Why, When, Where and How Lotus F1 Racing terbina.
Pangkalan: Norfolk, UK
Prinsipal Pasukan: Tony Fernandes
Ketua Teknikal: Mike Gascoyne
Pemandu: J Trulli dan H Kovalainen
Pemandu Uji: F Fauzy
Chasis: T127
Enjin: Cosworth CA2010
Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keupayaan pasukan itu membina jentera perlumbaan dalam masa yang singkat telah menyebabkannya 'tewas pertaruhan'. "Saya berada di sini kerana saya tidak percaya mereka akan dapat menyiapkan jentera perlumbaan mereka, jadi saya cabar mereka. Anda siapkan dahulu jentera perlumbaan dan saya akan datang melawat, dan mereka berjaya menyiapkannya. Saya tewas dalam pertaruhan ini, nasib tidak melibatkan wang," katanya. Harapan Dr. Mahathir mahu pasukan itu mampu mengembalikan saat gemilang Lotus dan demi menjaga imej serta reputasi jenama Lotus itu sendiri. Dr. Mahathir juga merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk yang turut disertai oleh Prinsipal Lotus Racing, Datuk Seri Tony Fernandes, kedua-dua Timbalannya, Datuk Kamarudin Meranun dan SM Nasaruddin, Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia-F1 Lotus, Riad Asmat dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne. Lotus F1 Racing ditadbir oleh 1Malaysia Racing Team Sdn. Bhd.
Pemilihan Pemandu Lotus F1 Racing oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan dibacakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek. Pemilihan bekas pemandu Toyota, Jarno Trulli dan bekas pemandu McLaren Merc, Heikki Kovalainen sebagai pemandu atas dasar pengalaman. Kata Prinsipal Lotus Racing Datuk Seri Tony Fernandes "Experience is the most important thing for us, because it’s a value you can’t buy". Pemandu negara, Fairuz Fauzy pula sebagai pemandu ketiga.
Lotus Racing membuat penampilan sulung di Pavilion Kuala Lumpur dan pada masa yang sama PROTON Holdings Bhd melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Model Neo yang di naik taraf ini berharga RM 115 ribu sebagai simbolik kelahiran pasukan 1Malaysia Lotus F1 dan pemilik pertamanya ialah Pelakon terkenal, Rosyam Nor.
Spesifikasi dan fakta Proton Satria Neo R3 Lotus Racing:
1. Berkongsi chasis yang sama dengan model Neo R3 – dijana enjin CamPro Swithching (CPS), 16 injap Transverse FF, kuasa maksimum 145hp pada kelajuan 7 000 rpm.
2. 100 km/j dalam masa 9.2 saat, kelajuan maksimum 200 km/j.
3. Suspensi dual flow Ohlins Adjustable.
4. Transmisi manual 5 kelajuan.
5. Seat kulit Nappa dengan logo Lotus dan kemasan gentian karbon.
6. Bonet depan karbon fibre dan fender FRP.
7. Brek AP Racing merupakan OEM brek model Lotus.
8. Engine upgrade penggunaan ECU R3 talaan semula, ratio gear 1-4 yang lebih pendek dan sistem ekzos R3.
9. 25 unit yang dibuat untuk model ni adalah bersempena 25 tahun Proton.
0 comments:
Post a Comment