featured-content

Tulen VS Tiruan


Sekarang sudah hujung bulan MAY. Dalam tak sedar, belanja harian makin bertambah. Keperluan seperti gula hilang lagi. Itu belum masuk minyak akan naik lagi bulan depan. Sebagai pengguna, jadilah pembeli yang bijak. Begitu juga dalam penjagaan sesebuah kenderaan, pemilihan alat ganti perlu dititikberatkan kerana banyak barangan tiruan. Entah di mana silapnya, kita lebih terdorong memilih alat ganti tiruan kerana harganya yang lebih rendah berbanding alat ganti tulen.

Kebanyakan alat ganti tiruan yang melanda pasaran tidak menepati piawaian yang ditetapkan dan risiko kepada keselamatan kenderaan adalah tinggi. Kegagalan fungsi alat ganti tiruan adalah punca kemalangan yang pernah berlaku. Sebagai contoh, timing belt tiruan yang digunakan lebih mudah terputus sebelum tiba masanya. Bayangkan jika ia terputus ketika kenderaan sedang memecut laju minimum 110km/j di jalan raya, sudah tentu membahayakan nyawa si pemandu selain kerosakan teruk pada kereta.

Fikirkanlah mengenai keselamatan sebelum memikirkan penjimatan wang, walaupun harga barangan semakin hari semakin naik. Rasionalnya, alat ganti tulen lebih mahal dan kualitinya lebih terjamin. Dalam memilih alat ganti kereta, teorinya tak sama seperti barangan lain.

p/s: alat ganti terpakai di uptown cheras, leh caye ke?

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP