featured-content

Penjagaan Stereng


Pemilik kereta yg tidak boleh membiarkan barangan standard seperti stereng pasti akan menukar stereng bagi memberi kepuasan ketika memandu. Stereng yg ditukar ini kelihatan lebih sporty dari biasa walaupun harganya kadang kala mencecah ratusan ringgit. Namun, jangan lupa akan penjagaan stereng. Bahagian bawah stereng knuckle arm/stering arm perlu diberi perhatian dalam penjagaannya kerana kegagalan mengendalikannya dengan baik boleh menyebabkan tragedi tak diduga.

Terdapat 2 lengan stereng pada setiap kereta dan fungsinya apabila memutar stereng ke kiri, lengan stereng kiri menggerakkan roda kiri manakala yg kanan menggerakkan roda kanan. Lengan stereng disambungkan pada ikatan nut dan bolt skru. Hentakan dan goncangan stereng menyebabkan ia longgar. Oleh sebab itu, lengan stereng perlu perhatian dan diperiksa. Lengan stereng boleh diketatkan semula. Bagaimanapun, ia boleh tahan sehingga lebih 10 tahun.

Lengan stereng boleh didapati di kedai alat ganti kereta dengan harga tawar menawar tidak lebih rm50 bagi satu unit. Mekanik akan syorkan sepasang kiri dan kanan supaya ada keseimbangan. Jika bercadang untuk menggantikan sendiri, dinasihatkan hantar kepada yg pakar kerana lebih mudah, selamat dan cepat.



0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP