featured-content

Evolusi Kereta Hibrid

Kereta yg menggunakan teknologi Hibrid semakin mendapat perhatian pengguna apabila teknologi Hibrid ini bukan sahaja mesra alam sekitar malah juga memberi penjimatan tenaga yg dihasilkan oleh dua sumber tenaga iaitu petrol dan elektrik. Penggunaannya pada pemanduan standard akan digerakkan menggunakan motor elektrik yg di caj semula dari bateri ion litium dan menggunakan petrol pada pemanduan yg lebih laju.

Gambar kereta yg dipaparkan di atas merupakan Honda CRZ. CRZ merupakan kereta sport hibrid pertama dunia. Kereta Honda spesifikasi UK ini dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC IMA dengan transmisi enam kelajuan manual. Dianugerahkan Most Economical & Environment Friendly Sports HEV ketika menyertai pertandingan perlumbaan pertama RAC Brighton to London. Ini membuktikan Evolusi Kereta Hibrid menjanjikan sebuah kenderaan yg lebih pantas, berkuasa, stabil dan lebih mesra alam. 
 Proton keluaran Malaysia juga semakin ghairah meneroka teknologi ini selepas pelbagai gergasi automotif terkemuka menggunakan teknologi Hibrid. Harga model kereta hibrid pertama yg bakal dikeluarkan oleh proton pada tahun hadapan berharga bawah RM 100 ribu menurut penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad. Proton juga dijangka akan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yg berpangkalan di Britain Lotus.

 "Kemenangan ini memang tidak dijangka dan ianya membuktikan teknologi kami ini boleh bersaing dengan yang lain. Ianya momen yang membanggakan," kata Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Tahir. Exora hibrid yg dihantar oleh Proton untuk bersaing di pertandingan kereta elektrik antarabansa di London berjaya muncul juara. Proton juga menghantar Saga Elektrik dalam pertandingan yang disertai oleh 64 buah kereta lain bagi menentukan kereta dengan penggunaan tenaga yg paling menjimatkan.

1 comments:

nasri November 15, 2010 at 9:20 AM  

penerimaan rakyat Mlaysia trhadap kereta hibrid masih rendah.. walaupun kjaan dah umum pnurunan harga utk kereta hibrid, ttp jualannya xketara mne..

aku percaya lepas je proton kluarkn model hibrid sndri, ramai akn cuba.. sbb dorg xkn cuba sesuatu yg baru pada hrga yg mahal seperti buatan Honda.. jauh lebih rendah nnt harga proton..djangka model hibrid pertama proton bawak 100k...cayok proton!!!


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP