featured-content

Hadir Temu Duga


Menghadiri temuduga kerja memerlukan persediaan yg lengkap. Penampilan pada sesi temuduga perkara paling utama kerana ia mampu memberi penilaian pertama kepada calon. Tempoh dua minit pertama, iaitu bermula membuka pintu dan masuk ke ruang temuduga hinggalah duduk di kerusi sebenarnya penilaian pertama oleh penemuduga. Tempoh itu boleh menjadi penentu kejayaan temuduga atau sebaliknya. Jika tarikan pandangan pertama itu berjaya, mungkin soalan yg diajukan tidak susah.

Oleh itu, serlahkan penampilan diri yg terbaik tetapi bukan bermaksud berpakaian secara berlebihan. Cukup sekadar kemas dan menepati kriteria jawatan yg dipohon di organisasi itu. Persediaan itu penting kerana apa jua ciri luaran yg ditonjolkan, ia memberi kesan dan persepsi daripada majikan. Antara cirri-ciri yg perlu ada bagi seorang bakal pekerja ialah kemahiran komunikasi dengan baik dalam English, mempunyai nilai kepimpinan yg tinggi, personality menarik, positif, boleh membuat keputusan yg bijak dan dapat bekerja dalam kumpulan.

Kemahiran itu perlu dan ia menjadi nilai tambah selain ijazah yg diperolehi sebagai pengukur kelayakan akademik. Majikan mengambil kira dalam penilaian dan pemilihan tenaga kerja mereka. Mereka akan memilih yg benar-benar layak dengan jawatan yg dipohon. Menjadi calon untuk di temuduga memang suatu cabaran. Perasaan gementar pasti ada pada setiap calon. Calon perlu fokus dan bersiap sedia supaya ketika hari temuduga tidak terlalu gementar. Perasaan yg terlalu gementar akan menjejaskan penampilan kerana ia menunjukkan keyakinan diri seseorang.


Di sini juga disediakan beberapa tip untuk anda. Tip untuk calon kerja.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP