featured-content

Kerja Sambilan Jana Pendapatan Tambahan


Bagi mereka yg mempunyai kerja tetap di sektor awan atau swasta, kerja sambilan yg dilakukan boleh menjana pendapatan sampingan bagi mereka yg berpendapatan rendah. Bagaimanapun, harus diingatkan tugas utama mereka tidak terjejas. Antara kerja sambilan yg mudah untuk dilakukan ialah bekerja dari rumah. Terdapat ratusan iklan dan tawaran bekerja dari rumah tetapi orang ramai perlu berhati-hati agar tidak tertipu dengan pihak yg cuba mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mudah.

Jika tawaran yg dinyatakan terlalu menarik hingga tidak masuk akal, ia perlu disiasat dulu dan jagan mudah terpengaruh. Kita perlu memastikan syarikat yg menawarkan pekerjaan sambilan itu wujud dan jika perlu bertanya kepada pihak berkuasa. Individu seperti suri rumah sepenuh masa atau pesara, idea untuk bekerja dari rumah memang sesuai dilakukan untuk menampung kehidupan seharian.

Antara pekerjaan yg boleh dijalankan adalah membuka pusat jagaan kanak-kanak tetapi memerlukan lesen. Selain itu, gunakan kemahiran yg ada seperti menjahit, mekanik kereta atau motor dan membaiki perkakas elektrik untuk dilakukan di rumah. Kemahiran boleh dipelajari dengan mengikuti kelas latihan, banyak syarikat yg menawarkan perkhidmatan memberi latihan seperti ini. Korbankan masa untuk pulangan yg bakal diperolehi.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP