featured-content

Kerja Sambilan Pengalaman Berharga


Kebanyakkan kerja sambilan dilakukan oleh mereka yg baru sahaja berakhir menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia. Sementara menunggu keputusan peperiksaan dan berjaya menempatkan diri di menara gading, bekerja secara sambilan adalah rancangan yg baik untuk mengisi masa lapang mereka. Selain itu, dengan bekerja sambilan dapat membantu meringankan beban kewangan sendiri mahupun keluarga. Ia juga adalah sebahagian daripada latihan untuk menghadapi dunia pekerjaaan sebenar.

Mereka ini akan mencuba nasib untuk memohon kerja seperti di cawangan-cawangan kedai makanan segera, stesen minyak, kedai runcit, pusat jagaan kanak-kanak dan sebagainya. Apa yg perlu dilakukan ialah peka untuk melihat iklan dalam akhbar yg banyak menawarkan kerja sambilan. Carilah kerja sambilan yg berdekatan dengan rumah untuk mengurangkan kos pengangkutan. Pilihlah kerja sambilan yg bersesuaian.

Gaji yg ditawarkan kepada pekerja sambilan ini kecil, tetapi janganlah berkira untuk mencari pengalaman yg tidak bolah dinilaikan harganya dan ia juga bekalan untuk menghadapi dunia yg sebenar. Dan perkara yg paling penting ialah, maklumkan niat anda terlebih dulu kepada keluarga untuk bekerja supaya mereka tidak bimbang akan kegiatan luar anda.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP