featured-content

GP Britain : Webber menang kali ke-3


Pemandu Australia merangkul kemenangan GP buat kali ketiga musim ini selepas memintas rakan sepasukan di Red Bull, Sebastian Vettel untuk menakluk Grand Prix Britain. Webber melakukan permulaan yang hebat dari petak kedua sehingga berjaya mengatasi rakan sepasukan, Sebastian Vettel dari Jerman seawal selekoh pertama di Litar Silverstone dan mengenepikan pendahulu keseluruhan, Lewis Hamilton di tempat kedua. Jentera Red Bull yang dipandu Webber lebih dahulu tiba di garisan penamat di Litar Silverstone.

Vettel terperosok di kedudukan ke-24 selepas pusingan pertama kerana tayarnya pancit dan menamatkan saingan di tempat ketujuh. Webber berhati-hati ketika bersaing dengan Vettel kerana cuba untuk mengelak daripada berlaku kemalangan seperti yang terjadi di GP Turki.

Webber, meluahkan kegembiraannya sebaik melintasi garisan penamat dengan memberitahu krew pasukan menerusi radio bahawa persembahannya tidaklah terlalu buruk sebagai pelumba kedua. "Tahniah Mark, anda boleh tersenyum," balas ketua pasukan tersebut, Christian Horner.


Dengan kemenangan tersebut, Webber kembali dalam persaingan untuk merebut kejuaraan bagi kategori pemandu selepas gagal mengutip mata di GP Eropah. Hamilton masih mendahului kedudukan pemandu keseluruhan dengan 145 mata, 12 mata mengatasi Jenson Button (122 mata), manakala Webber di tempat ketiga (128 mata). Penyandang juara, Button yang juga rakan sepasukan dan senegara Hamilton memulakan perlumbaan di tempat ke-14 dan menganggap jenteranya sukar untuk dikawal menyaksikan dia sekadar menduduki tempat keempat.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP