featured-content

'He Fernando Alonso'


Nama: Fernando Alonso Diaz
Kewarganegaraan: Spain
Tarikh Kelahiran: July 29, 1981 - Oviedo

Dia ni laa...idola aku dalam sukan Formula 1. Sukacitanya aku bangga nak menulis entry kali ini. Juara Dunia Formula 1 Fernando Alonso pernah terlibat dalam kemalangan kecil kapal terbang, namun Alonso tidak mengalami sebarang kecederaan. Kejadian berpunca dari kapal terbang peribadi miliknya melanggar dinding di Malindi Airport di Kenya.

Cerita peribadinya tidak banyak yang didedahkan media. Bermula dari tahun 2005, Alonso muncul juara dunia buat kali pertama, sebelum mengulanginya pada tahun 2006 apabila bersaing sengit dengan Michael Schumacher. Sejak detik itu juga, kehidupan Alonso terus mendapat perhatian.

Kariernya sebagai pemandu F1 bermula pada usia 20 tahun dengan menyertai pasukan Minardi pada tahun 2001. Ketika itu Alonso menjadi pemandu ketiga termuda dalam sejarah F1 ketika beraksi pada Grand Prix Australia.

Hanya setahun bersama Minardi, Alonso kemudiannya menyertai pasukan Renault yang diketuai oleh Flavio Briatore sehingga tahun 2006 sebelum menyertai pasukan Mclaren. Begitupun, karier Alonso bersama Mclaren tidak lama apabila gagal mempertahankan kejuaraan dunia setelah berkongsi mata dengan Lewis Hamilton dan menyaksikan pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen muncul juara dunia 2007.

Alonso kembali menyertai pasukan Renault pada tahun 2008 dengan misi untuk mengembalikan kegemilangan lalu. Alonso menyedari bahawa pasukan Renault telah banyak berubah. Pada tahun yang sama Alonso memenangi dua perlumbaan berturut-turut apabila menjuarai Grand Prix Singapura dan Jepun. Alonso terus kekal bersama Renault pada tahun 2009.

Dua tahun kembali bersama pasukan Renault, kini Alonso menyertai pasukan Ferrari yang merupakan pasukan F1 paling berjaya dalam sejarah Formula 1. Musim 2010 peluang terbaik pasukan Ferrari kembali menguasai bersama Fernando Alonso.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP