Weekend@Lata Kinjang (part 1)
Konvoi berkereta student UTMICKL DDG 07 adalah memberi peluang kepada semua student lelaki sahaja untuk bersuka ria. Aktiviti konvoi ni x dimeriahkan oleh sekuntum bunga pun, yg ada bunga kt Lata Kinjang je. Disamping itu, aktiviti konvoi ini dapat memupuk semangat setiakawan & kemesraan serta dapat menikmati suasana menarik. Konvoi berkereta kali ini dianjurkan oleh SDN BHD yg selama ini sering menghantui kewangan student-student. Sekalung penghargaan buat penaja yang terlibat. Tanpa perancangan, kenderaan dan kewangan yang cukup, sukar untuk diadakan konvoi ini.
Malam : 8.00 pada tarikh ?/?/2010
Konvoi ini bermula dari Kolej Siswa Jaya atau lebih dikenali sebagai K2. Semua student seramai 17 orang yang terlibat berkumpul di bilik C-1-71 (bilik Nasri-Rs & Haziq Jr.) seawal pukul 8.00 pm lagi. Mereka semua sudah siap dengan barang2 yg perlu di bawa bersama. Masing2 ada yg bawa bantal peluk, cermin mata dan macam2 lagi la.
9.00
Pada mulanya kereta konvoi yang terlibat hanya 3 buah sahaja. Tapi kebetulan masa berkumpul di bawah blok C, tuan kereta kebal (Saga Hitam) milik Tuan Anazs juga nak follow dalam konvoi ni. Berlaku satu rombakan besar-besaran untuk mengatur student naik kereta yang sesuai. Maklumlah ada kete yang d‘imodified’ jdi lowerd, x leh naik rmai2 sgt. Ada kete yang semput-semput pn xleh bwk rmai org. Ade juga driver yang xtau jln dan nak yang naik kete dengan yang tau tunjuk jln. Akhirnya setelah berbincang secara majlis syura, kata putus kete kuning Bumble Bee milik Nasri-Rs dinaiki oleh Nas sendiri (dah tentu la), Syed Taufiq, Yus Fitri, dan Rahimi. Kete Wira milik Kaizer Sopan atau nama betulnya Hazwan dinaiki oleh beliau sendiri, Naim, Syifak, Ridzuan. Dan kete bapak aku yang berjaya dipinjam Accord SM4 dinaiki oleh iRfan Johan a.k.a. aku, Pudean, Fiq, Alip P. Yang terakhir kete WQN 691, dinaiki Tuan Anasz, Zul, Jan dan x lupe Mat.
10.00
Bermulalah perjalanan konvoi kami, yg naik ikut highway Duke diketuai oleh Nas, Kaizer, Aku dan Anasz. X sampai beberapa lama bergerak, kami berhenti di stesen minyak Petronas menunggu Anasz yg jauh ketinggalan di belakang. Setelah semua berkumpul semula, barulah perjalan di teruskan. Kelajuan yg dicapai setiap kerata tidak lebih dari 130 km/j dan mengikut had laju yg ditetapkan. Tiada diantara kami yang nak kene saman ‘speed trap’. Tiada sebarang masalah yg berlaku sepanjang laluan konvoi hingga ke detinasi pertama untuk berhenti rehat dan mkn mlm. Sebelum kami beradu di penginapan rasmi milik Kaizer di Rawang.
12.00 atau lebih
Setelah kami kenyang dan bayar, terus bergerak ke rumah tumpangan Kaizer. Dan berlaku kerosakan pada kete wira Kaizer sehingga terpaksa berhenti di bahu jln. Setelah kerosakan dapat diselesaikan perjalan diteruskan menuju destinasi pasti. Sekali lagi Kaizer buat hal apabila terlepas simpang dan membuat cornering yang tajam lagi merbahaya, mungkin berlaku sedikit drift disitu. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Kami selamat sampai ke ‘rumah ku syurga ku’. Rumah yang terbiar itu dibersihkan dulu dan disiapkan dengan alas untuk tidur. Pemilik2 kete pula, memikirkan tempat untuk parking kete masing2 dengan selamat. Setelah selesai semua kerja, memang peluang sebegini x dilepaskan untuk tidur dan rehat puas2.
2 comments:
missed that moment....=)
me t00..ble nk wt lgi?
Post a Comment