featured-content

Adnan Sempit : Samseng Jalan Raya


Entry kali ini tentang 'Pembuli Jalan Raya' dan gambar diatas sekadar mengisi ruangan ini sahaja. Dan bagi sesiapa yang baru memiliki lesen memandu 'Never try this at road'. Pembuli jalan raya biasanya bertindak ganas ke atas orang lain secara sengaja dan sedar sehingga sanggup membunuh kerana perselisihan yang berlaku. Ini merupakan satu jenayah yang berat dan boleh membawa hukuman penjara kepada sesiapa yang terlibat. Istilah `road bully', pembuli jalan raya atau samseng jalan raya dipopularkan media sejak 1995 sehingga dibawa ke Parlimen sebagai satu isu serius.

Contoh-contoh bagi kes keganasan jalan raya yang berlaku di Malaysia:
* Pada 8 April 2003 di Puchong seorang pemuda telah dibelasah kerana pihak berkenaan tidak puas hati akan tindakannya memotong kereta.
* Pada 9 April 2003 di Gelang Patah, seorang pemuda telah diserang orang dengan pisau seni lukis kerana beliau nyaris terlanggar orang yang berkenaan. Untuk itu beliau telah mengalami kecederaan di bahagian lengan dan telah menerima rawatan jahitan luka sebanyak 100 jahitan.
* Pada 25 Januari 2005, seorang AJK pemuda UMNO telah dibunuh oleh samseng jalan
* Pada 13 Februari 2005, seorang pemuda dari Balakong nyaris membunuh orang kerana ia menyerang orang dengan penukul besi.
* Pada 25 Februari 2005, seorang jurutera MAS telah diparang mati oleh seorang samseng jalan yang membawa kereta mewah.

Penyampai Radio Hot FM pernah terlibat dalam jenayah ini berikutan keretanya terbabit kemalangan kecil dengan sebuah motosikal. Bermula dengan sedikit pertengkaran menyebabkan lelaki itu mengamuk sebelum membuka topi keledar dan menghentak cermin belakang keretanya hingga pecah. Perbuatan menyebabkan kecederaan terhadap pengguna jalan raya itu banyak berlaku di bandar besar terutama di Selangor dan Kuala Lumpur.

Mengapa pengguna jalan raya boleh bertindak sedemikian rupa? Adakah pengguna jalan raya tidak takut pada undang-undang? Salah laku ini berkaitan dengan sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Kesesakan jalan raya menyebabkan pemandu menjadi tidak sabar, cepat marah, agresif dan tidak dapat mengawal perasaan apabila berlaku perkara tidak diingini walaupun berpunca dari kemalangan kecil. Pokok pangkalnya sikap pemandu perlu diubah.

Antara tip pakar psikologi yang boleh dijadikan panduan ialah pemandu perlu lebih bersabar, tidak cepat marah seperti lagu Pak Nil. Jika marah atau penat, berehat seketika bersama Kit Kat. Jangan mengundang kemarahan pemandu lain dengan membunyikan hon dan menunjukkan isyarat yang tidak sopan.

Akhir sekali, kita kena hormati pemandu lain, barulah kita akan dihormati. Pesanan ini dari iRfan Johan untuk semua pembaca.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP