featured-content

Ratu F1 : Miss Danica Patrick


Dunia hari ini menyaksikan pemandu lelaki mendominasi sukan permotoran terutama Formula 1 sehingga lahirnya nama-nama besar seperti Michael Schumacher, Fernando Alonso, Lewis Hamilton, Jenson Button dan banyak lagi. Nama-nama ini menjadi perhatian media yang menghiasi dada-dada akhbar seluruh dunia kerana kejayaan yang berjaya dicipta dalam sukan paling laju di dunia ini. Zzaaasss!

Danica Sue Patrick bakal menjadi Ratu F1 pertama dunia apabila namanya tersenarai dalam pelumba utama USF1 Racing. Namun kegagalan pasukan USF1 Racing menempatkan nama dalam senarai pasukan F1 2010 telah memadamkan rekod yang bakal tercipta itu.
Danica yang lahir pada 25 Mac 1982 dan dibesarkan di Roscoe, Illinois mula bersinar apabila muncul sebagai wanita pertama memenangi perlumbaan IndyCa pada bulan April 2008. Danica juga pernah menerima gelaran Rookie of the Year untuk dua musim perlumbaan IndyCar tahun 2005 dan Indianapolis 500.

Danica memulakan karier pelumba kereta sebagai pelumba go-kart pada tahun 1992 pada umur 10 tahun di Sugar River Raceway dan mula menyedari bakatnya apabila menjuarai beberapa kejohanan peringkat kebangsaan sukan itu. Pada usia 16 tahun, Danica berhijrah ke England untuk mengasah bakatnya dengan fokus perlumbaan atas jalan raya apabila menyertai banyak kejohanan antaranya Formula Ford dan Formula Vauxhall.

Pada tahun 2002, Danica menyertai pasukan lumba Bobby Rahal di bawah tajaan Argent yang membolehkannya menimba banyak pengalaman berharga apabila menyertai Kejohanan Toyota Atlantic 2003. Danica turut menyertai siri American Le Mans untuk pasukan Prodrive Ferrari pada Grand PRix Atlanta pada tahun 2003 dan Rolex 24 di Daytona tahun 2006.

Memiliki tubuh yang ringan sekitar 45 kilogram dan mempunyai tinggi 5 kaki 2 inci menjadi kelebihan buat Danica untuk memecut lebih laju berbanding pelumba lelaki yang jauh lebih berat.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP