featured-content

GP Hungary : Kemenangan ke-4 Webber


Pemandu Red Bull, Mark Webber menjuarai perlumbaan F1 GP Hungary dan sekali gus memintas Lewis Hamilton dari pasukan McLaren dalam kedudukan pungutan mata kategori pemandu. Hamilton gagal menamatkan perlumbaan setelah mengalami masalah kotak gear dan terpaksa menamatkan perlumbaan lebih awal. "Saya cuba masuk gear satu dan secara tiba-tiba jentera saya hilang kawalan. Saya fikir ia masalah kotak gear," kata Hamilton.

Webber kini mengumpul 161 mata, diikuti Hamilton dengan 157 mata, Vettel 151 mata dan juara bertahan, Jenson Button 147 mata. Alonso di tangga kelima dengan 141 mata. Alonso yang berjaya memisahkan pelumba Red Bull di awal perlumbaan berada dalam kedudukan ke-2 sepanjang perlumbaan apabila pegawai perlumbaan mengenakan denda penalti pandu lalu di hentian pit kepada Vettel kerana dia melakukan kesalahan berada dalam kedudukan melebihi jarak 10 jentera di belakang safety car.


Keputusan itu telah menyebabkan Vettel turun ke tempat ketiga di belakang Alonso. Di akhir perlumbaan, Vettel memberikan tekanan pada Alonso namun Vettel sekadar berpuas hati di tempat ketiga di belakang pemandu Ferrari itu. Vettel yang memulakan perlumbaan dari petak pertama buat kali ketujuh daripada 12 perlumbaan musim ini sekali lagi gagal memanfaatkan kelebihan itu.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP