featured-content

GP Jerman : Alonso dan Massa one-two


Fernando Alonso dan Felipe Massa mencatat kemenangan 1-2 pada perlumbaan F1 GP Jerman. Kemenangan Alonso itu mencetuskan kontroversi baru dalam perlumbaan F1 musim ini ketika Massa memberi laluan untuk Alonso memintas pada lap ke 48. Massa dilihat memperlahankan jentera F10 walaupun beliau selayaknya menang perlumbaan di Hockenheim ini bagaimanapun semuanya adalah tertakluk kepada kehendak pasukan. "Alonso lebih pantas daripada kamu. Boleh kamu memahaminya?" kata Ketua jurutera Ferrari, Rob Smedley memberitahu Massa menerusi radio pasukan.



Kemenangan Alonso ini telah meletakkan dia hanya ketinggalan 34 mata di belakang pendahulu keseluruhan bagi kategori pemandu, Lewis Hamilton. Vettel yang memandu RB6 menamatkan perlumbaan di tempat ke-3 setelah beliau dipintas diselekoh pertama oleh pasangan Ferrari di awal perlumbaan dan beliau gagal menandingi kehebatan F10 Ferrari di sepanjang perlumbaan.








0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP