featured-content

Kereta Keselamatan


Bagi peminat sukan lumba F1 pasti akan tahu apa itu papan tanda SC. SC bermaksud Safety Car atau bahasa melayunya Kereta Keselamatan. SC akan memasuki litar lumba apabila berlaku kemalangan bagi tujuan mengawal perlumbaan. Penggunaan SC bermula pada tahun 1973 di GP Kanada dan dikendalikan oleh pemandu profesional. Bagi perlumbaan F1 2010, Mercedes-Benz SLS AMG digunakan. Setiap dua tahun kereta keselamatan akan bertukar dengan model baru.

Bagi tahun 2004 dan 2005, menggunakan model Mercedes-Benz SLK555 AMG, kemudian tahun 2006 dan 2007 model Mercedes-Benz CLK 63 AMG manakala tahun 2008 dan 2009 Mercedes-Benz SL 63 AMG.


SC 2010 dipandu oleh bekas pemandu DTM, Bernd Maylander dan ditemani oleh pegawai FIA, Pete Tibbetts. SLS AMG memiliki sesaran enjin 6.3 liter V8 menghasilkan kuasa 571 hp dengan tujahan 650 Nm. Enjin ini mampu membawa badan kereta dari kelajuan pegun hingga 100 km/j dalam hanya 3.8 saat sahaja.


Bahagian atas Mercedes-Benz SLS AMG dilengkapi lampu yang boleh bertukar warna hijau dan kuning. Lampu hijau memberi arahan untuk memotong Kereta Keselamatan, manakala lampu kuning tidak dibenarkan memotongnya.



0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP