featured-content

GP Singapore : Giliran Hamilton Menang

Edisi ke dua GP Singapore kali ini dimenangi oleh pemandu McLaren Lewis Hamilton. Hamilton memulakan perlumbaan dengan sempurna dan mengekalkan posisi grid pertama yg dimilikinya untuk menjuarai litar Marina Bay itu. Timo Glock pula tempat ke 2 dan juara perlumbaan malam pertama musim 2008, Alonso menjadi pelengkap podium untuk pasukan Renault.

Sebastian Vettel memberi tekanan kepada Hamilton pada mulanya, namun gagal kerana memecut laju di laluan pit yg memaksa Vettel dikenakan  drive-through penalty. Pemandu Brawn GP, Jenson Button ke 5 dan rakan sepasukan Rubens Barichello ke 6. Button terus menambah pungutan mata untuk kekal sebagai pendahulu kategori pemandu. Button kini mengumpul 84 mata.

0 comments:


Recent Comments

Editor

My photo
Hi my name is iRfan Johan. I run this blog as a fan of Fernando Alonso. This is not just F1, but this all about Racing. Thanks for visiting.
myfreecopyright.com registered & protected

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP